Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, February 7, 2012

Memori

Semalam, selepas bersalam dan bertanya kabar, mertua aku bertanya; kau bila balik?
Aku yang kurang pasti akan soalan bertanya semula; balik dari mana mak?
Kan hari tu kau pergi umrah, jawabnya.
Oooooo... panjang o aku.  Umrah tu dah lama mak. Bulan puasa haritu.  Kan kami beraya di Mekah?
Dia angguk-angguk. Dia memikir-mikir.  Padahal baru saja sebulan lalu dia ke rumah aku semasa kenduri.

Semasa ke rumah adik ipar, kami berbincang-bincang perihal mak yang sudah mula kurang daya ingatannya.
Tapi tak boleh nak cakap jugaklah, cakap adik ipar aku.
Sebab dia boleh cerita balik hal-hal yang berlaku berpuluh tahun dulu. Cukup lengkap dengan nama dan tarikh bagai.

Betullah tu.
Otak kita ada banyak fail. Macam-macam. Ada fail untuk memori jangka panjang.  Ada fail untuk memori jangka pendek. Ada perkara serta ingatan kita yang tak ada fail langsung untuk disimpan.  Sebab itulah banyak kali aku terpaksa mencangkung depan peti ais untuk mengingatkan balik apakebenda yang aku nak ambil dari dalam peti ais itu.

Perkara-perkara yang kita tidak mahu  lupa, kita simpan dalam memori jangka panjang. Kenangan manis, kenangan pahit, sumpah seranah orang yang membuat hati kita teramat terluka, kita tidak akan lupa sampai bila-bila. Fail ini tidak akan hilang.

Tidak seperti fail-fail peribadi aku di desktop. Hilang lenyap bila hard disk aku rosak. Habis gambar-gambar yang tidak sempat aku simpan dalam external terkubur. Gambar insects, gambar buttefly aku, kerja-kerja sekolah.  Menangis pun tak ada gunanya sebab akan ditempelak orang. Padahal sudah banyak diberitahu, buat kerja tu save dalam external. Tu lah padahnya kalau tak mendengar nasihat orang.

Aku mula balik kutip gambar-gambar insects. Terbongkok-bongkok mencari.  Kalau di belakang rumah aku ni apa sajalah yang ada.  Ini sahajalah hasil tangkapan aku tengahari tadi.


 Ada serangga dalam gulungan daun kunyit.


 Belalang ni berkulit menggerutu.  Mungkin berpenyakit? Gambar tidak clear sebab dia asek terbang.  Tangan aku pulak goyang.


 ladybird.



 Serangga yang terperangkap dalam sarang labah-labah.  Dia masih bergerak-gerak.


Sekian.  Besok kegheje..  jangan tak kegheje..


ibundo

27 comments:

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum Kak..
setuju dgn tiap butir bicara akak..kadang2 dari dapur nak ambil benda kt depan..bila tiba lupa apa yg nak diambil..patah semula untuk mengembalikan memori....

cantik2 gambar yg akak snap..nak2 ladybird tu..

Acik Erna said...

kak pah..bukan meruto kak pah je..saya pun boleh ingat dulu2 punyo erito..tapi..kalau nak ambik barang kek dapo dari bilik..boleh pusing masuk bilik semulo..baru ingat..

Mieza said...

Assalamualaikum kak Pah,

Nak tanya, kalau gambar micro, lens apa yang bagus?

tasekM said...

haa... spider jenis la aku buat laga masa kecik2 dulu...
ko pernah main laga spider kak...?
ke ko dah tak ingat...

hehe.



.

JunAina said...

Kak Pah...
Aina ni tergolong dalam orang yang cepat hilang memori. Banyak kenangan zaman kecik2 dah lupa tak leh recall langsung.

AZANI said...

salam hajjah
menarik gambar tu....

saya dulu minat...tapi kamera digitaal tak berjenama...lepas tu give up...asyik tak menjasdi je...

Marina Monroe said...

Salam,

Kismis dapat membantu mencerdaskan minda, menajamkan daya ingatan, menangani penyakit lupa..InshaAllah

ejaMaria said...

Bundo, kulit dia menggerutu bukan pasal sakit... tapi tu baby dia la... hihihi...kita suke tengok national geographic... ;p

Zaitun said...

Saya pun selalu lupa, letak barang kat tempat lain bila nak mencari puas memikir.

Kalau lupa dikaitkan dengan umur ada juga tak benarnya. Ayah saya dah berumur 85 tahun tapi masih kuat daya ingatannya manakala kakak saya baru 63 tahun dah kena penyakit alzheimer.

rezeki said...

salam kak pah

hehehe

karang terbongkok2 terpeleot pinggang hehehe

tergolak den baca tas punya komen hahaha

~ Cik Azz ~ said...

Mertuo jiran sey org Jawo.. Ado la skali hr tu poie ghumah jiran tu nak htr utk buek lubang butang... Pehtu mertuo jiran tu tanyo la kek sey.., rumah awak mana..? Pehtu sey jawab la, kat simpang depan sana.. tak lamo lopeh tu, ado la dalam 2-3 minit, dio tanyo lagi, awak tinggal mana..? Sey pun jawab lagi, kat depan tu haa..

Bak kato jiran sey tu la, lotih nak molayan mak mertuo ehh tu.. huhu..

kakcik said...

Rajinnya Kak Pah menembak. :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kita datang ni..eh lupa la pula nak cakap apo???minta secawan kopi le..kes duduk depan peti ais tu sama le kita...nanti kita pakat ramai2 makan ginko ya.

KhaiRin : anies said...

kite pon nnt akn jd mcm tu jg kak..

mesti kamera mahal ni...

lupekanje said...

tah camno gak eh klu kita dah ilang ingatan tahap kronik nnt ye kak pah. Kok la bulih back up kat external disk memano, ok gak. Tpi yg ado blog camni ha, kiro back up la ni kan kak. Sok2 kok panjang umur, meraso mamai ni, kurang2 anak2 blh selak2 blog ni nk carik fakta yg sebona eh. hehe..

Kak, goma sey nengok gamba belalang dn lain2 tu ... memang akak leh apply kojo kat National Geography lah kak...

Anaa said...

kekeke, mencangkung depan peti ais yang nak guling2 gelak tu.. serupaaa...

eee geli ler gambo belalang ada penyakit tu.. gross.. kekeke..

secangkir madu merah said...

sekarang ni aku pun dah mula kena penyakit lupa ni kak.. adakah kerana aku suka makan kepala ikan?

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Ikut usia tapi ada yang ok sampai akhir hayat .. Isteri kata LF ni pelupa tapi LF kata tidak .. Mana nak mengaku kita tak ok ?

sal said...

hasil tangkapan tu menarik sungguh dengan hijau2...

Ms.Lilies said...

cangkung depan kabinet dapur pun ye gak kak..terpikir2 mende apa nak amek.....sayala tu hahahahah

ibundo said...

nyanyisunyi,
orang kata penyakit orang tua tapi tak jugak kan/ Orang muda pun mudah lupa.. apatah lagi melayu hehe..

erna,
kalau benda tu kita nak ingat, setiap kata setiap memek muka.. kita ingat sampai bila-bila.

ibundo said...

mieza,
ada micro lense. Khas untuk ambil gambar yang tiny winy ni..

tasek,
spider? laga spider? Yang aku ingat spider man je haha

Junaina,
Tak semua benda masa kecil dulu kita ingat. Sebab kita tak simpan dalam long term memory.

azani,
beli je .. Tengok si tasek. Gambar semua menjadik.

Marina,
Kira dah berkotak jugak makan kismis dah ni hii..

Ejamaria,
Ooooo... baru tau. Baby dia ek.

Zaitun,
Orang yang banyak beramal ni mungkin daya ingatan kuat.

Pak itam,
Sayanglah gambar yang kpah ambil banyak yang hilang..

Azz, ekau yang sesekali datang situ poning. Yang tingga kek situ lagilah poning gak e.

ibundo said...

Kakcik,
Nak replace gambar yang dah hilang

Ros,
Minum le kopi yang ada kat dapur tu...

Khairin,
Kita semua pasti akan mengalaminya

Acik
Mintak-mintak kito ni takdolah sampai ko tahap tu. Buek nyusahkan anak-anak yo.
Skang ni pun kalau keluar, mosti tulih apo apo bondo nak buek. Masalah e, koteh yang ditulih tu pun totingga kek ghumah atau lupo lotak kek mano hii..

ibundo said...

Anaa,
Tu dah dikira penyakit ke tu kahkah..

Smm,
Kepala ikan sedap per..

LF,
mana kita nak mengaku kekurangan diri sendiri hehe

Sal,
pada kpah tak berapa cun tu.

Lilies,
haha.. serupa.

h4ni3 said...

bila kakpah nak ajar saya tangkap gambo cantik2 ni?

S..U..D..@..I..S said...

yang tak berapa indah apa kata kita masukkan dalam fail tutup.

terpukau dengan gambar hiasan

ibundo said...

hanie,
tak payah ajar. Kau pun lagi terer.

sudais,
tu lah pasal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...