Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 26, 2012

Halus Mulus

Aku bukan peminat drama korea. Juga bukan fanatik dengan pelakon cantik dan hensem mereka. Tanyalah apa drama popular  mereka. Satu pun aku tak tahu melainkan winter sonata. Itupun bukan sebab aku mengikutinya tapi anak-anak aku satu ketika dulu sibuk dengan winter sonata ini. Sikit sikit winter sonata. Sikit sikit winter sonata. Nama pelakonnya pun aku tak tahu.

Realitinya, adakah orang korea ini cantik-cantik? Susah aku nak buat satu konklusi kalau hanya ke sana selama lapan hari. Namun, dalam jangka masa yang pendek itu aku telah mula terpegun apabila melihat pramugari korean air yang halus mulus kulit mukanya. Aku cuba mencuri-curi mengambil gambarnya menggunakan kamera adik.  Susah.  Takut dia terperasan.


Gambar kurang jelas. Jadi, aku biarkan dalam saiz kecil saja.

Di bawah adalah gambar yang aku curi-curi tembak.


















Selama beberapa hari di sini kami lebih banyak makan makanan cara mereka. Rebus.  Rebus. Rebus. Rebus.... sehinggakan aku termimpi-mimpikan sambal belacan.  Supnya main curah dengan air saja.  Garam kurang. Pedas tak ada langsung. Dan mereka ini kebanyakannya skip breakfast sedangkan perut melayu kita mengidamkan nasi lemak dan roti canai.


 Kisan nin, river bas kami


 JC, tour guide kami


 Pakcik yang jual tshirt kat Myeongdong


Dan seekor lembu yang merayu-rayu supaya gambarnya diambil dan dimasukkan ke dalam blog.


Jadi, pada pendapat aku, mereka ni cantik dalaman dan menyerlahkannya ke luaran.  We are what we eat.

Sekian untuk kali ini.

ibundo

19 comments:

mamawana said...

Comel Comel..mulus mulus..Bestnyer... tingin plak nak gi Korea... hu huhu cek tabung.. tak cukup2...

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Putih gebu kulitnya, agaknya sebab makan pulut kot..agaknyalah hehe

kaklong said...

sebijik jerawat pun takdo..!
hihihihi!

cahya indah said...

Bundo, Koreans ni kulit memang superb..sebab makanan and skin care diorang la kot. kalau bab good looking tu sama je macam kat sini, ada yg memang lawa ada yg biasa2 je. ni yang Cahya tengok masa kerja la. semua Koreans yang datang memang kulit cantik..tua and muda sama je.

Hjh Noralenna Abbas said...

Betul tu, hajah, we are what we eat dan dari kecik-kecik lagi. Sekarang saya suka tengok some cerita Korea. Muka pelakon2 dia memang kulit halus mulus. Saya naklah cuti-cuti ke sana lagi, musim winter pula.

Granny Hani said...

Setuju. Nak cari sorang buat menantu lah!

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Agaknya iklim dan makanan menjad mereka demikian rupa.

Zaitun said...

Kakpah... kalau drama korea tu saya ni taklah kemaruk sangat tapi kalau winter sonata tu memang tengok sampai habislah hehehe..

Memang betul apa yang kita makan memainkan peranan pada kulit dan bau badan.

Acik Erna said...

kak pah dah sampai korea yo..patut lamo tak do kek sini.
saya peminat cerita korea kak pah..suko betul tengok kulit waha pelakon tu cantik2..tu baru tengok lam tv..

rezeki said...

salam kak pah

saya tak menonton cerita korea, tapi org rumah suka pulak hehehe

kerana sejuk buatkan kulit yg putih dah kemerah-merahan

masa tu kat sana masih winter lagi ya

pB said...

kalau tak lawa , tapi punyai kulit yang cantik mulus halus putih , pun mesti ada ramai peminat , kan

Insyirah said...

Salam kakpah. Seronok gi Korea? Hehe. Ikut travel agency ek?

Satu je yg saya perasan pada org Korea, semuanya mata sepet2...mengalahkan mata org Cina. Hehe. Masa bawa Azfar gi Korea hari tu, semua org ingat Azfar org Korea sbb putih mcm org sana gak kut, tapi matanya tak sepet. Hehehee.. :D

Kat sana Islam adalah minoriti...so kalau pergi ke mana2, org yg pakai tudung mesti akan menjadi tumpuan. Kalau naik train Subway...berpuluh2 pasang mata duk perhatikan kita.

Masa saya pergi sana, kami ada kenal seorg perempuan Korea beragama Islam. Dia adalah seorg daie di Masjid Itaewon. Rasa comel je bila tgk org Korea pakai tudung. Yg paling best, dia boleh cakap bahasa Melayu sbb ustaz dia org Melayu :)

ibundo said...

mamawana,
cukup-cukupkan le.. sedap gi melancong ni

tie,
beras dorang memang berkanji tak mcam berasa kita

kaklong,
ado kaklong.. kono pakai kanta heehe

cahya,
tour guide cakap diorang ni memang konsyes bab bab makan ni

kak nora,
kalau dapat pergi winter yang salji banyak lagi, seronok kot. Masa kitorang pergi salji turun kat jeju island je. Itupun tak lebat. Pergi la.. Preparelah dengan kesejukan yang teramat sangat.

ibundo said...

hani,
kalau dapat bagilah kat kita satu haha

kunang-kunang
salam,iye kot

zaitun,
balik ni nak cuba praktikkan makan rebus-rebus je dan banyakkan makan sayur. hiii.. tak taulah berapa lama boleh tahan.

erna,
iyo... poi morayap dan mongabihkan duit.

rezki,
hehe.. orang perempuan je yang suka sangat tengok drama korea ni tapi kpah tak ek.
Winter lagi tapi dah nak habis. Masa kat nami island, air kat tasik beku.

pb,
apasal ek orang minat sangat kat koreans ni..

ibundo said...

mamaazfar,
salam. Berjalan ni memanglah seronok. Tak ingat apa pun dah.
Haah.. pergi dengan travel agency. Senang. Kita takyah pikir apa dah.

Kitorang semayang sekali je kat masjid tu. Selebihnya semayang di restoren yang kitorang singgah. Ada sekali tu semayang kat lotte world. Oleh sebab takde tempat untuk semayang, kitorang semayang je kat pojok yang kurang orang lalu lalang. Kebanyakan mereka memandang agak heran.
Kat nami island ada disediakan surau untuk muslim.

Anonymous said...

Assalammualaikum KakPah,

cantik2 gamba yg kakpah snap..skil yg boleh dibanggakan..boleh tau kakpah pakkai camera apa ye?sungguh teruja saya..

-mamasue-

ibundo said...

sueMY,
wksalam. Guna nikon d60.

Irfa said...

tu pasal saya rasa diorang ni banyak yg buat pembedahan plastik.kalau tgk artis diorang sumenya mata besar dan gigi tersusun.sdgkan org biasa2 takde la lawa mana pun (jeles kah)

Anaasuria said...

sempat lagi tu tembak menembak.. haha.. comel comel anak orang korea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...