Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, February 28, 2012

Kimci dan salji di jeju

Aku dengan adik saja.  Adik yang sedang bosan dalam debar menunggu keputusan spm sungguh teruja menjelajah negara orang.
'Nanti kat sana mak jaga adik, adik jaga mak,' kata-kata sebelum berpergian.
Yang lain-lain juga teruja mahu mengikut sama tetapi halangan kuliah, kerja dan terutamanya kalau-nak pergi-kena-kumpul-duit sendiri, membuat keinginan itu disimpan untuk masa dan ketika lain.



Keluar dari Incheon International airport, kami disambut oleh suhu -8deg C. Sejuknya tembus sampai ke tulang temulang walaupun memakai berlapis-lapis. Bila bercakap, mulut berasap-asap dan adik yang belum pernah mengalami keadaan itu terasa begitu seronok sekali menghembus-hembus nafas ke udara. Dan bermulalah pengembaraan kami di bumi korea dengan program yang ketat dan penuh dari pagi hingga ke malam.  Penat memang terasa tetapi keseronokan mengatasi segala.

Kami terus dibawa menaiki bas melalui blue house dan singgah sebentar di museum ntahpekenamanya, lunch, sebelum dibawa pula ke kimci school di mana kami belajar membuat kimci.


Kepada sesiapa yang tidak tahu apa dia kimci, beginilah rupanya.  Ia adalah kubis cina jeruk dan boleh disimpan selama berbulan-bulan malah bertahun kalau tak dimakan. Setiap kali kami lunch atau dinner, kimci ini memang ada sampaikan tekak pun dah tidak lalu nak menelannya.




Ini adalah kimci hasil tangan aku.  Oleh sebab ia cantik dan menjadi seperti yang diajar (hehe..) aku diberi hadiah berupa seekor beruang kecil yang sebenarnya tour leader aku memang nak bagi beruang tu pada semua orang pun.  Nak resepi?  Nanti aku update di dapur ibundo.

Selesai di sini kami ke gimpo airport menuju ke Jeju island pula. Penerbangan ke Jeju kurang dari satu jam. Semasa pesawat mendarat, ternampak kepingan kepingan salji berterbangan turun ke bumi. Alhamdulillah, masih sempat adik melihat kepingan salji yang berterbangan bagaikan kapas-kapas dan berkumpul di muka bumi.

Kami dibawa terus ke bear museum tetapi yang lebih mengujakan kami adalah salji....





Kemudian kami ke mysterious road. Kenapa misteri? Apabila enjin kereta/bas dimatikan dan gear difreekan, kenderaan tetap terus maju mendaki jalan ke hadapan.  Panjangnya mysterious road ini adalah lebih kurang 100 meter. Air juga kelihatan mengalir mendaki bukit ini.

Yang lebih misteri pada aku adalah menahan sejuk yang tak boleh aku cakap betapa sejuknya. Setiap kali kenderaan berhenti, aku mesti mencari tandas terlebih dahulu. Kepada sesiapa yang mahu ke luar negara, satu alat penting yang mesti ada bersama adalah botol air mineral kosong.  Di tempat sebegini tidak ada paip dalam tandas.  Mereka semua main dedat dengan tisu. Kita kena pandai ambil air sendiri di sinki dan musim winter ni airnya macam air batu.  Kebanyakan tandas tidak ada air panas.

Selesai program untuk hari pertama dan malamnya aku dan adik tidur tak ingat dunia.  Nasib baik ada waking up call pukul 5.30 untuk sembahyang subuh.

Sekian.

Ibundo


36 comments:

Tijah said...

tengok adik, teringat faris. seghoman kan?

Kakcik Seroja said...

Bilalah saya dapat merasai pengalaman itu?

Bitt (double IS) said...

owh kimci ni kobis yg berlada tu i tot sotong akekkkeke bestnya bermain2 yuki :)

NenetPenne (NP) said...

duit dan kuliah..2 perkara yang membantutkan perjalanan...
wahhh nanti nak pegi jugalah jeju island ni..
saya kalau ke oversea memang akan bawak botol mineral kosong untuk isi air untuk waktu2 kecemasan mcm ni...
selalu pakai yang air asia punya..ha ha

ibundo said...

tijah,
sepusat sepusing.. Mano nak poi lagi hehe

kakcik,
insyaallah satu masa nanti kakcik

ibundo said...

Bitt,
Sebelum pegi kitorang pun tak tau apakebendanya kimci ni. Almaklumlah.. bukan peminat korea pun.

NP,
Duit terutamanya.. ekeke..
Woo.. air pun kena jaga standard jugak ke hihi.

Irfa said...

wah ..korea ;)
sejak gila citer korea ni teringin nak jalan2 kesana..ada salji mesti lagi best kan?

Cik Azz said...

Baru nak cakap, tapi Tijah dah cakap dulu dah.. hehehe...

NenetPenne (NP) said...

bukan..maksud i, i pakai botol kosong air mineral air asia punya... dah kosong malas nak buang, guna tu jelah ke hulu ke hilir....lagipun kecik..senang masuk beg

Tie said...

Alaahai... kakpah gi korea rupanya. Napalah tak cakap kat Tie, boleh tumpang jadi tukang angkat luggage, hehe...

Teringin nak ke sana, lebih2 lagi ke tempat Heroin dan Hero citer winter sonata tu, maklumlah rupa Tie ni memang iras2 heroin tu.. (perasanlah pulak!)

aza ni said...

hajjah
kimci...
teringat masa satu plant dengan orang hyundai sewaktu di sabah dulu...memang kimci wajib ada pada hidangan mereka...esp lunch....

tasekM said...

-8 tu kalau aku dan2 dtg resdung kak.
haha.

Kakzakie Purvit said...

Istinjak dgn air sesejuk air batu kakpah hihi... adik relex je. Rambut adik ada snow.

Next N3 kakpah. Tepek gambar banyak-banyak sikit. Kakak suka gambar dari camera kakpah...

Ena said...

mcm faris lah... hehehhe..

kakngah said...

bosa ank dr omak hihihi!!

Hjh Noralenna Abbas said...

Untungnya adik dapat pergi Korea. Macam mana boleh nanti sambung belajar di sana? Saya teringin nak ke Korea musim sejuk. Rindu kat si snow!

h4ni3 said...

waaa..
awat pi korea tak ajak ai..
huhu~

Zaitun said...

Seronoknya dapat tengok salji berterbangan dan dapat pegang.Kakpah tak buat iceman ke?

Yunus Badawi said...

Nak buat kimci tu pun sampai ada sekolah. Boleh jadi produk pelancongan lagi pulak tu. Kat sini patut adakan sekolah buat tempe atau tapai dan bawa pelancong melawat ke sekolah tu. Siapa yg pandai buat boleh bagi hadiah bear.... hehehe

kaklong said...

sesapo yg ad batuk2 maun terkucil yo kojo ea sojuk2 tu kak...hahahahah!

dear anies said...

best nyerrrrrrrrrrrrr

ibundo said...

irfa,
ramai yang dalam group kpah tu memang hantu citer korea pun..

azz,
betul ke. Sebenarnya kami dalam famili ni tak nampak pun persamaan tu.

NP,
hihi.. lambat tangkap. Tapi kalau tebuat yang 'besar' tu rasanya tak cukup satu botol sebab kecit sangat.

ibundo said...

tie,
haha.. iye ke.
Masa pergi beg penuh dengan megi. Bila balik penuh dengan tshirt korea. Tapi insyaallah masih boleh bawak sendiri kehkeh

azani,
kalau tiap kali makan ada benda tu memang muak. Rasanya dorang ni tak muak muak.

TM,
weeee.. sejuk yang amat.

ibundo said...

kak zakie,
sejukkkkkk....
insyaallah.. nanti kpah letak gambar lagi.

ena,
iye ke..

kakngah,
osah botul e.

kak nora,
ni sebab rindulah ni decide pergi winter time.
Adik tu dah berangan dah nak belajar kat luar negara.

hanie
weh.. kau pegi lagi jauh ar.

ibundo said...

zaitun,
tak sempat hehe


YB,
betullah cakap yb tu. Pelancong kat sini tak ada pun dibawak pegi kilang tempe ke dan belajar buat tempe.

kaklong,
yang tak batuk pun asek tekucil yo haha..

khairin,
bestttt...

Wa said...

Bestnyaaaaa salji..:),

ejaMaria said...

best nyerr... bila la kita nak merasa gak nye... ;p

sonata anak kancil said...

berangan jg kak nak ke korea - tp belum ada masa ...opppsss....bajet-bajet-bajet.

Nieda said...

Wjah adik mcm Hafiz awan nano la pulak..

mamawana said...

seronoknya.... kena jugak belajar bahasa hangeul kalu nak ke sana kan?

cahya indah said...

seronok baca pengalaman Bundo kat Korea..Cahya berangan dulu, dah cukup duit baru pegi..hehe. gambar kat bear museum Bundo tak letak?

sal said...

pengalaman menarik yg dititipkan, tentu bnyk kisah suka duka spt takde air di tandas..moga segala kesulitan dipermudahkan..happy..happy di sana..

Anaasuria said...

bundo, air mengalir mendaki bukit? serius sungguh misteri.. Kuasa Allah kan bundo..

wahh, best nyer jenjalan.. kulit dah halus mulus macam orang korea lom.. ? heheh..

Anaasuria said...

bundo, air mengalir mendaki bukit? serius sungguh misteri.. Kuasa Allah kan bundo..

wahh, best nyer jenjalan.. kulit dah halus mulus macam orang korea lom.. ? heheh..

ieja amieja said...

mesti seronok kat bumi korea kan kak..camne agaknye air boleh mengalir ke atas tu ye?? subhanallah..

Chempaka Aziz said...

salam kak.

wah bestnyer pengalaman itu.paling best tu nak rasa mcm mana rasa kimchi tu kan.selalu tgok kat dlm citer korea.kt sini ada jual tapi tak terliur pulak nk rasa.tgok gmbr ni mmg terliur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...