Do you understand? tanya cikgu bahasa orang putih itu.
Semua senyap. Jarum jatuh ke lantai pun boleh kedengaran.
Understand? Ulangnya.
Otak aku ligat ke segenap ceruk cuba mencari jawapan. Dan berlagak berlagak bijak aku bangun berdiri tanpa menyangka perlakuan aku itu diikuti oleh seluruh kelas. Apa yang aku lihat selepas itu adalah muka cikgu yang merah menahan ketawa. Barulah aku tahu bahawa perkataan understand itu bermakna 'faham' dan bukannya 'berdiri' mengikut kefahaman aku.
Begitulah dalam hidup aku seterusnya. Banyak benda yang aku tidak faham. Banyak benda yang aku tidak tahu. Namun cuba sedaya upaya untuk memahami dan mengambil tahu.
Seronok mak!!
Aku masih tidak faham dimana datangnya keseronokan yang dimaksudkan. Seronok terjerit-jerit sambil menahan rasa rama-rama yang berterbangan di dalam perut? Kalau aku mesti aku kaku kejung sebelum sempat mencapai tahap keseronokan yang dimaksudkan.
Mak tak nak cuba ke?
Jangan. Jangan memandai-mandai nak ajak aku mencubanya. Pernah dulu sekali aku dan hasben aku gatal-gatal mencubanya di disneyland. Lamaaaaa dulu. Kemudian aku bertobat tidak akan melakukannya lagi. Betul-betul bertobat. Bukan tobat sambal belacan.
Kefahaman aku tercabar lagi semasa berada di Lotte World. Masih cuba mencari-cari keseronokan yang dimaksudkan.

Seronok dik?
Aku tanya adik yang nampak gayanya merasa seronok tapi setiap kali aku menyarankan mencuba yang lain hatinya seperti masih berbelah bagi.
Senyum puas adik.
Aku masih tak faham.
ibundo


































