Aku yang kurang pasti akan soalan bertanya semula; balik dari mana mak?
Kan hari tu kau pergi umrah, jawabnya.
Oooooo... panjang o aku. Umrah tu dah lama mak. Bulan puasa haritu. Kan kami beraya di Mekah?
Dia angguk-angguk. Dia memikir-mikir. Padahal baru saja sebulan lalu dia ke rumah aku semasa kenduri.
Semasa ke rumah adik ipar, kami berbincang-bincang perihal mak yang sudah mula kurang daya ingatannya.
Tapi tak boleh nak cakap jugaklah, cakap adik ipar aku.
Sebab dia boleh cerita balik hal-hal yang berlaku berpuluh tahun dulu. Cukup lengkap dengan nama dan tarikh bagai.
Betullah tu.
Otak kita ada banyak fail. Macam-macam. Ada fail untuk memori jangka panjang. Ada fail untuk memori jangka pendek. Ada perkara serta ingatan kita yang tak ada fail langsung untuk disimpan. Sebab itulah banyak kali aku terpaksa mencangkung depan peti ais untuk mengingatkan balik apakebenda yang aku nak ambil dari dalam peti ais itu.
Perkara-perkara yang kita tidak mahu lupa, kita simpan dalam memori jangka panjang. Kenangan manis, kenangan pahit, sumpah seranah orang yang membuat hati kita teramat terluka, kita tidak akan lupa sampai bila-bila. Fail ini tidak akan hilang.
Tidak seperti fail-fail peribadi aku di desktop. Hilang lenyap bila hard disk aku rosak. Habis gambar-gambar yang tidak sempat aku simpan dalam external terkubur. Gambar insects, gambar buttefly aku, kerja-kerja sekolah. Menangis pun tak ada gunanya sebab akan ditempelak orang. Padahal sudah banyak diberitahu, buat kerja tu save dalam external. Tu lah padahnya kalau tak mendengar nasihat orang.
Aku mula balik kutip gambar-gambar insects. Terbongkok-bongkok mencari. Kalau di belakang rumah aku ni apa sajalah yang ada. Ini sahajalah hasil tangkapan aku tengahari tadi.
Ada serangga dalam gulungan daun kunyit.
Belalang ni berkulit menggerutu. Mungkin berpenyakit? Gambar tidak clear sebab dia asek terbang. Tangan aku pulak goyang.
ladybird.
Serangga yang terperangkap dalam sarang labah-labah. Dia masih bergerak-gerak.
Sekian. Besok kegheje.. jangan tak kegheje..
ibundo
27 comments:
Assalamualaikum Kak..
setuju dgn tiap butir bicara akak..kadang2 dari dapur nak ambil benda kt depan..bila tiba lupa apa yg nak diambil..patah semula untuk mengembalikan memori....
cantik2 gambar yg akak snap..nak2 ladybird tu..
kak pah..bukan meruto kak pah je..saya pun boleh ingat dulu2 punyo erito..tapi..kalau nak ambik barang kek dapo dari bilik..boleh pusing masuk bilik semulo..baru ingat..
Assalamualaikum kak Pah,
Nak tanya, kalau gambar micro, lens apa yang bagus?
haa... spider jenis la aku buat laga masa kecik2 dulu...
ko pernah main laga spider kak...?
ke ko dah tak ingat...
hehe.
.
Kak Pah...
Aina ni tergolong dalam orang yang cepat hilang memori. Banyak kenangan zaman kecik2 dah lupa tak leh recall langsung.
salam hajjah
menarik gambar tu....
saya dulu minat...tapi kamera digitaal tak berjenama...lepas tu give up...asyik tak menjasdi je...
Salam,
Kismis dapat membantu mencerdaskan minda, menajamkan daya ingatan, menangani penyakit lupa..InshaAllah
Bundo, kulit dia menggerutu bukan pasal sakit... tapi tu baby dia la... hihihi...kita suke tengok national geographic... ;p
Saya pun selalu lupa, letak barang kat tempat lain bila nak mencari puas memikir.
Kalau lupa dikaitkan dengan umur ada juga tak benarnya. Ayah saya dah berumur 85 tahun tapi masih kuat daya ingatannya manakala kakak saya baru 63 tahun dah kena penyakit alzheimer.
salam kak pah
hehehe
karang terbongkok2 terpeleot pinggang hehehe
tergolak den baca tas punya komen hahaha
Mertuo jiran sey org Jawo.. Ado la skali hr tu poie ghumah jiran tu nak htr utk buek lubang butang... Pehtu mertuo jiran tu tanyo la kek sey.., rumah awak mana..? Pehtu sey jawab la, kat simpang depan sana.. tak lamo lopeh tu, ado la dalam 2-3 minit, dio tanyo lagi, awak tinggal mana..? Sey pun jawab lagi, kat depan tu haa..
Bak kato jiran sey tu la, lotih nak molayan mak mertuo ehh tu.. huhu..
Rajinnya Kak Pah menembak. :)
Kita datang ni..eh lupa la pula nak cakap apo???minta secawan kopi le..kes duduk depan peti ais tu sama le kita...nanti kita pakat ramai2 makan ginko ya.
kite pon nnt akn jd mcm tu jg kak..
mesti kamera mahal ni...
tah camno gak eh klu kita dah ilang ingatan tahap kronik nnt ye kak pah. Kok la bulih back up kat external disk memano, ok gak. Tpi yg ado blog camni ha, kiro back up la ni kan kak. Sok2 kok panjang umur, meraso mamai ni, kurang2 anak2 blh selak2 blog ni nk carik fakta yg sebona eh. hehe..
Kak, goma sey nengok gamba belalang dn lain2 tu ... memang akak leh apply kojo kat National Geography lah kak...
kekeke, mencangkung depan peti ais yang nak guling2 gelak tu.. serupaaa...
eee geli ler gambo belalang ada penyakit tu.. gross.. kekeke..
sekarang ni aku pun dah mula kena penyakit lupa ni kak.. adakah kerana aku suka makan kepala ikan?
Salam,
Ikut usia tapi ada yang ok sampai akhir hayat .. Isteri kata LF ni pelupa tapi LF kata tidak .. Mana nak mengaku kita tak ok ?
hasil tangkapan tu menarik sungguh dengan hijau2...
cangkung depan kabinet dapur pun ye gak kak..terpikir2 mende apa nak amek.....sayala tu hahahahah
nyanyisunyi,
orang kata penyakit orang tua tapi tak jugak kan/ Orang muda pun mudah lupa.. apatah lagi melayu hehe..
erna,
kalau benda tu kita nak ingat, setiap kata setiap memek muka.. kita ingat sampai bila-bila.
mieza,
ada micro lense. Khas untuk ambil gambar yang tiny winy ni..
tasek,
spider? laga spider? Yang aku ingat spider man je haha
Junaina,
Tak semua benda masa kecil dulu kita ingat. Sebab kita tak simpan dalam long term memory.
azani,
beli je .. Tengok si tasek. Gambar semua menjadik.
Marina,
Kira dah berkotak jugak makan kismis dah ni hii..
Ejamaria,
Ooooo... baru tau. Baby dia ek.
Zaitun,
Orang yang banyak beramal ni mungkin daya ingatan kuat.
Pak itam,
Sayanglah gambar yang kpah ambil banyak yang hilang..
Azz, ekau yang sesekali datang situ poning. Yang tingga kek situ lagilah poning gak e.
Kakcik,
Nak replace gambar yang dah hilang
Ros,
Minum le kopi yang ada kat dapur tu...
Khairin,
Kita semua pasti akan mengalaminya
Acik
Mintak-mintak kito ni takdolah sampai ko tahap tu. Buek nyusahkan anak-anak yo.
Skang ni pun kalau keluar, mosti tulih apo apo bondo nak buek. Masalah e, koteh yang ditulih tu pun totingga kek ghumah atau lupo lotak kek mano hii..
Anaa,
Tu dah dikira penyakit ke tu kahkah..
Smm,
Kepala ikan sedap per..
LF,
mana kita nak mengaku kekurangan diri sendiri hehe
Sal,
pada kpah tak berapa cun tu.
Lilies,
haha.. serupa.
bila kakpah nak ajar saya tangkap gambo cantik2 ni?
yang tak berapa indah apa kata kita masukkan dalam fail tutup.
terpukau dengan gambar hiasan
hanie,
tak payah ajar. Kau pun lagi terer.
sudais,
tu lah pasal..
Post a Comment