Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 16, 2012

kisah di pasar segar yang tak sesegar mana pun

Bukan tak ada bakul. Bertingkat-tingkat atas lantai.  Tapi dia letak juga atas kaunter. Ambil satu letak kat kaunter.  Ambil satu letak kat kaunter. Bersepah-sepah atas kaunter tu.

Ada yang lagi pandai. Ambil barang masuk dalam bakul.  Bila dah separa penuh, dia letak bakul atas kaunter. Lepas tu dia pergi cari barang lain. Bila dah dapat barang yang dicari, masukkan ke dalam bakul yang dia letak atas kaunter tadi.  Lepas tu blah lagi cari barang lain pula.

Ni dah dikira macam booking line dah ni.  Habis, orang lain yang macam aku ni yang dah selesai mencari ikan, udang, sotong , sayur bagai dan nak buat bayaran, kan dah susah. Mana space nak letak bakul satu hal. Nak pikir sama ada letak bakul aku kat depan barang diorang atau kat belakang barang diorang pun satu hal jugak.

Sudahnya aku kuis-kuis ikan sayur bawang yang bersepah atas kaunter dan juga tolak bakul yang tuannya entah kemana itu ke belakang.

Okay dik, kira., aku cakap.
Aku tengok sekejap lepas tu  macam sekelip mata saja yang empunya bakul berdiri di sebelah aku.  Dan aku buat-buat bodoh.

ibundo

22 comments:

cikmanggis said...

hehe kat mana tu kak pah?bangi?(Bizi bodi ni hikhik)

iina said...

emmm mmg takde tolerasi.. kalau den dah sound dah.. ;)

ejaMaria said...

eh... klu kita pun buat mcm Bundo... kita bukan takat kalih ke belakang je... kite letak jauhhhhh-jauh kebelakang... pandai la tuan dia cari sendiri.... hihihi

ejaMaria said...

eh... klu kita pun buat mcm Bundo... kita bukan takat kalih ke belakang je... kite letak jauhhhhh-jauh kebelakang... pandai la tuan dia cari sendiri.... hihihi

Kakcik Seroja said...

Amboi boleh main 'cop-cop' tempat pulak ya?

atuk said...

Assalamualaikum Ibundo

saya selalu kena dengan makcik2..he he

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nasiblah setakat barang yg beratur mana acii tunggu sampai dia siap cari barang hehe.... kita siap dulu.. kita bayarlah dulu kan..

dear anies said...

dia tu empunya kedai kot

kaklong said...

good job's!

kaklong said...

good job's!

ieja amieja said...

mmg patut pun akk buat gitu...siapa cepat dia lah bayar dulu..ni main cop2 la plk..kang main sorok2 brg dia baru tahu ..huhu..macam2 pe'el manusia ni..

aNIe said...

Hehehe...kak memang patut pun buat camtu...abih takkan kita je yang nak tercongok tunggu bakul yang tak bertuan kat situ...

mamaijat said...

.....ha ha ha ...
padan muke dia..
ingat dia pandai!!!!

Cik Azz said...

Ala, buek yo camtu kak.. Orang jenis macam tu mmg nak kono ajar sikit.. Podulik la dio nak joling ke.. nak jogil ke bijik mato dio tu kek kito..

Nizam.Ariff said...

macam pucuk enau di belukar... hmmm...

mamawana said...

Masa ni yg cashier kena bijaksana dan jujur mlayani pelanggan yg dah sedia ready utk membayar, bukan menanti customer yg terhegeh2 masih mencari brg2...tak gitu gamoknyer...

ibundo said...

cikmanggis,
kat bangi ni ha..

iina,
haha.. malas nak begaduh

maria,
mau tejuih mulut dia tu

kakcik,
tu lah pasal.

atuk,
wkslm. Kesian atuk..

madiha,
ni semua dulukan kepentingan diri sendiri je

ibundo said...

khairin,
haha.. mana der

kaklong,
well..

ieja,
memang memacam. Sabau je la.

anie,
kena guna akal pikiran

mamaijat,
terlebih pandai lah tu

azz,
kalau dio jogil, den jogil dio balik hahaha

aku,
ish.. lama tak beli gula anau ni

mamawana,
sib baik lah cashier tu tak menyalak

lupekanje said...

Kiranya akak lagi pandai la dari diorg ... tahniah kak..!! heheheh

Anonymous said...

Selamba jer kan dia orang buat macam tu, tak rasa berdosa sikit pun.

Nizam.Ariff said...

hah?

enau ada gula macam gula kabung ke?

eh enau dgn pokok kabung tu sama la ek?

sud@is said...

setuju dengan cara kakpah, sebenarnya tu cerdik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...