Pah.. ado surat saman untuk abah ni. Dan dia terus menerangkan tentang bil telefon abah yang telah banyak tahun tertunggak. Halnya, talian itu tidak digunakan lagi sebab abah dah pindah duduk dengan aku. Silapnya, abah tidak pergi ke pejabat telekom di kuala pilah untuk menamatkan talian dan memotong namanya.
Sebelum ini pun ada beberapa pucuk surat yang berirama sama. Tindakan akan diambil sekiranya gagal membuat bayaran. Aku tidak berapa mengambil acuh, pertama sebab jumlahnya hanyalah seciput. Kedua, untuk ke kuala pilah menguruskan hal tersebut aku terpaksa mengambil waktu dan hari berkerja dimana itu adalah sukar sedikit untuk melakukannya. Ketiga, abah mengatakan 'alah.. cakap yo nak saman tu. Takdo mano e tu doh. Pedulikkan yo lah'.
Oleh sebab acuh tak acuh aku jadi terlupa terus tentangnya sehinggalah diingatkan kembali oleh surat ugutan yang dikatakan oleh abang aku.
Pah, dio cakap kalau tak buek bayaran dalam maso sominggu ni, abah akan diambil tindakan mahkamah.
Barulah aku merasa kecut sedikit.
Aku menelefon nombor kontek yang diberikan di surat itu. Orang yang menjawab tidak pun menunjukkan kekuasaannya untuk menyaman orang. Tidak ada suara yang membuat aku merasa takut, gentar dan membikin badan aku menggeletar.
Abis, macam mana ni. Saya kalau boleh nak setel cepat, tanya aku.
Ala.. cik pegi je bayar kat TMNet. Mana-mana pun boleh.
Kenapalah tak dibagitahu awal-awal. Kenapalah aku tak terpikir untuk berbuat demikian. Kalau dari dulu aku tahu, kan senang cerita.
Begitulah kuatnya kuasa menyaman. Asal ada saman saja, menggelabah. Saman mpkj. Saman kereta. Sedihnya kereta yang disaman itu pemandunya bukan aku. Aku adalah pemandu yang berhemah...Betul!!
Semalam terbaca berita di surat kabar berkenaan seseorang yang menang saman dengan pizza hut sebab dalam spageti yang diodernya ada kaki lipas.
Teringat pula aku akan perihal ferrero roche yang dibeli oleh anak aku sempena hari ibu yang lepas. Terdapat ulat yang masih menggeliat segar semasa aku membuka pembungkusnya. Aku cuma memulangkannya semula dan meminta yang baru. Banyak kalanya sesuatu itu berlaku bukan di atas kehendak mereka. Bukan juga kehendak kita.
Kita semua belajar daripada kesilapan. Kan?
ibundo
14 comments:
Goli den :-)
la, kenapa kak pah tak saman ? :)
klu kak pah saman bleh dapat jugak beriban..... setuju jugak ngan kak pah...kekadang benda tu berlaku bukan atas kehendak mereka...
ye..belajar melalui kesilapan.. ia merupakan pengalaman yg sangat berharga dlm diri..
owhhh... nak kena saman baru seriau... dah potong ke belum line telefon tu?... ;p
kak pah..ulang tayang gambar ulek yo..goli la nak makan cokelat tu lopeh kak pah tayang gambar dulu
salam kak pah
mungkin asalnya coklat tu ok je, kemungkinan masa di kedai, penyimpanannya tak ikut seperti yg ditetapkan atau terdedah pada suhu panas, tu yang keluar ulat tu hehehe
mcm ulat buah juga kan hehehe
alaaa,kalau akak nak saman pun makan maso..5-6 tahun lom tontu selosai...buang maso dgn tenago yoo,baik berpikiran posiitif kak kan?
Kalau kita tahu hak sebagai pengguna, memang kena bawa barangan tak berkualiti tu kepada penjualnya dulu.... he he hehh bukan terus menyaman, setuju tu..bukan kehendak mereka dan bukan kehendak kita, ambil jalan tengah...win-win!
tengok gambar ferrero roche tu geli nak makan coklat dah, Bundo. cakap je ni..nanti makan jugak. hehe
Ya Allah kak... Akakpun ponah ado kes jumpo ulek kosan ehh.. Tak tau lak sey pasal ni...
Toghuih moromang bulu roma tengok ulek tu.. huhuhu..
bundo, tu ke gambo ferero roche yang ada ulat tu.. eewwww.. geli geleman okehhh.... sib baik le saya tak berapa gemo menda2 cekelat ni.. ishkk nak kena careful ler ngan jajan anak2 lepas ni..
saya tengah tunggu surat saman.. eh?
suliana,
den lagi lah goli geloman..
cikgu nomah,
hehe..banyak keje lain.
zaidah,
takde siapa yang suka buat silap. Tapi kalau dah nak tersilap tu ada kalanya padah tak tertanggung.
sal,
hasben kpah selalu pesan.. belajarlah dari kesilapan orang lain sebab kalau belajar dari kesilapan diri sendiri, pahit..
maria,
mau tak gigil kepala lutut. Err.. lum sempat nak pegi potong.
erna,
haha.. kpah pun camtu gak. Dah tak berani lagi dah nak makan ferero roche. Tapi coklat yang lain tu bantai gak..
pak itam,
tu lah yang kpah rasa. Storage tak betul ataau benda tu dah terlalu lama dalam simpanan.
Dah macam ulat sampah dah pak itam oi..
kaklong,
osah botul e. Banyak bondo lain nak pike.
amie,
sebenarnya bundo ni memang tak suka dengan perkataan saman..hiii..
cahya,
haha.. ni mesti hantu coklat ni.
azz,
eee... osah goli e azz oi.
anaa,
haah.. Terus amek kamera dan rakamkan kejadian. Kena berhati2 bila makan sesuatu. Tak leh main ngap jer.
Post a Comment