Situasi itu mengingatkan aku pada lawak standing harith iskandar dalam 'lawak ker der?' yang aku tengok dalam u tube.
Singaporeans kalau nak melintas jalan mereka akan cari jalan yang ada belang-belang untuk mereka melintas. Kemudian mereka tunggu sehingga lampu yang ada gambar orang bertukar kepada hijau, barulah mereka melintas.
Malaysians beruntung kerana kerajaan begitu baik menyediakan sepanjang-panjang jalan untuk mereka melintas. Sebab apa? We Malaysians believe in the power of hands....
Haha.. aku tersengih-sengih melihat lawak harith iskandar kerana memang terbayang di ruang mata aku akan orang melintas jalan di jalan TAR sambil mendepakan tangan dan membuka tapak tangan seluas-luasnya serta berkumat kamit 'tunggu..tunggu...!!' atau pun cakap bahasa omputih 'stop..stop...!!'
Dan selalunya kuasa tangan akan membuat pemandu memperlahankan kenderaan. Namun tak kurang juga kenderaan yang berdesup terus malah ada yang melanggar mereka yang melintas. Mungkin tangan mereka tidak berapa berkuasa.
Pada kita jejantas ataupun zebra crossing adalah menyusahkan. Kita cuma mahu ke seberang jalan saja sedangkan tempat menyeberang yang disediakan adalah terlalu jauh untuk kita menapak. Di pekan kecil seperti kajang pula, satu tempat melintas pun tak ada disediakan. Apa pilihan yang kita ada? Melintas sajalah sesuka hati dengan menggunakan the power of hands.
If you want to cross the road, use the zebra crossing. You cannot simply cross the road anywhere you like because if anything happens to you, the authorities do not hold the responsibilities.
Itu kata tourist guide semasa di korea haritu.
Adakah kita ni mengada-ngada, manja dan kurang berdisiplin?
Apa-apa pun aku memang anti dengan orang yang melintas jalan terhegeh-hegeh dan melenggang kangkung seperti jalan tu dia yang empunya.
ibundo
16 comments:
Kat rumah ni dah naik jelak saya tengok budak2 tu menonton Lawak ke der tu sejak anak yg sulung beli kat astro first hari tu. Dah naik hafal dialog setiap pelawak tu termasuk the power of hand tu .... huhuhu
Kita 'malas' sebenarnya. Malas mendisiplinkan diri. :(
eh saya firstlah hari ni...
yeehaaaa!
alaaa kak,kek highway silk ni bangla linteh jalan pun ado...herannnn
bila drive - mmg nyampah tengok org melintas mcm tu...
tapi bila jalan kaki - buat juga melintas ikut suke gitu... hihihiii
Adakah kita ni mengada-ngada, manja dan kurang berdisiplin?
all three above!
semua tu ada dlm diri kite..cuma kite je x mengaku
Orang Malaysia memang terlalu dimanjakan.
cepat2 melintas dijalan raya...kdg2 siap berlari2 anak..
sabo ajelah....kang terlanggau kang kita gak yang kene ye...semuanya cukup, ngengada, manja, kurang disiplin pun memang ia.
kak pah..semua ado lah..tapi jangan togo nanti marah..boto kan kak pah..he he
YB,
macam hafal skrip lawak p ramlee? haha..
kakcik,
betul.. setuju dengan kakcik
yb, haha
kaklong,
molinteh kek highway tu yang tak paham tu. Highway!!! berapa lane yang nak dilinteh. Bang*** betul.
maria,
hehe.. bila melintas tu bayangkanlah orang yang ada dalam kereta tu kita.
milo.
betul gak tu
khairen,
kenapalah agaknya ek
zaitun,
sebab tu susah nak disiplinkan diri
sal,
tak ramai yang macam tu sal. Yang ramai melenggang kangkung jer hehe
amie,
tepuk dada tanyalah diri kita sendiri ek
erna,
osah boto e. Silap-silap kono pelompang lagi..
kat pasar borong lagi dasat, dorang lintas jalan sambil pikul sayur 2-3 guni, pehhhh, kagum.
juliet,
aku kagum gak ni
bundo,
saya berlari manja kak kalao lintas jalan.. kekeke..
Post a Comment