Seminggu sebelum pergi aku beli polariser tetapi tersalah beli sebab tak fit dengan lense. Entah macamana aku boleh lupa ukuran lense aku. Nasib baik bila aku ke kedai itu semula untuk menggantikan dengan yang betul, cina tu tak banyak soal. Malah memancing aku supaya membeli polariser filter terbaru yang boleh diadjust tahap kegelapannya. Dan aku kalau bab kamera ni memang mudah kena pancing.
Sampai di sana kadang-kadang aku pasang polariser tu kadang-kadang tidak sebab tertinggal dalam bas. Oleh sebab aku tak beli cover untuk polariser tu, aku terpaksa kejap tanggal kejap pasang. Cover lense sedia ada tak ngam dengannya.
Sehari sebelum balik semula ke tanah air, lense cover aku hilang. Habis aku selongkar beg, tak jumpa. Masuk dalam bas, selongkar lagi. Tak ada juga. Oleh sebab takut lense aku calar, aku bungkus dengan setokin. Magisnya, keesokan harinya aku terjumpa balik ianya dalam bas. Bersyukur sangat-sangat.
Jeju. Oleh kerana ia adalah sebuah pulau, pandangan di tepi laut banyak yang memukau.
Gambar-gambar di bawah adalah salah satu tempat yang menjadi kegemaran untuk penggambaran filem. Kalau tak silap tempat ini dipanggil Seopjikoji Hill. Ini adalah hari kedua kami di Jeju.
Selepas tempat ini, kami dibawa ke Seongsan IIchubong Sunrise park, mempunyai 360 parasitic volcanos dan merupakan kawah terbesar dunia di pesisiran pantai. Aku mengah nak mendaki sampai ke puncak. Adik tak. Jadi aku tunggu sekerat jalan saja.
Pernah tengok drama korea 'Daeganggeum' atau Jewel in the palace?. Kebanyakan penggambaran diambil di Jeju Folk Village. Gambar-gambar di bawah diambil dalam kawasan ini. Ia merupakan satu kawasan yang memberikan gambaran tentang cara kehidupan tradisi masyarakat jeju.
Sampai sini dulu. Perjalanan pada hari kedua di Jeju masih belum tamat.
Aku harap gambaran yang aku berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang berhasrat untuk ke korea selain daripada tujuan utama aku iaitu merakamkan kenangan aku di sana.
ibundo
15 comments:
cantik....
lagi cantik bilo aomak kono polok dongan adik.....hihihih!
cantik nya... Subhanallah...
Kak...cantik2nya gambar yang akak ambil... especially gambar kat Jeju Folk Village tu...sangaaaaaatttt cantik... Thanks for sharing kak
cantik2 pemandangan..foto pun smart dan clear..happy holidy..
assalam kak pah..cantik2 gambar e kak pah..satu yang bueksaya twertarik boto..gambar langit yang biru.
sojuk dan bersalji..tapi langit totap cerah..dan cantik..
salam kak pah
cpl a.k.a circular polarizer filter satu aksesori wajib utk ambil landscape , boleh pusing2kan depannya.
filter ni menjadikan langit lebih biru dan menawan namun dia tak jejaskan warna asli
semalam nikon d800 baru realease dan reganya dah dekat 18K hehehe
cantiknyaaaaa Bundo, Cahya paling suka yg number 2. nanti cahya nak pegi sana boleh bawak Bundo sekali jadi photographer..hehe.
Thanks hajah for sharing jeju island. Memang bercita-cita nak ke sana, InsyaAllah. Ada saya folo Jewel in the Palace. Jeju Island rupanya! Hati ku sudah tergoda!!!
cantikkkknyaaaaa...
pandai u snap pics
Subhanallah...cantiknya pemandangan disana, gambar yang kakpah snap pun clear sesangat.
cuci mata tgk gambar lawa :)
lawa2 gambo bundo amik.. bundo pun dah rupa orang korea dah..
Takdo jumpo produser drama ke kak...?
hehehe....
Sodap ehh poie molancung, kann....
Bilalah dapat pergi Korea ni... ish ish ish... tengok gambar kak pah di Korea pun jadilah... huhuhu
bestnya kak pah..saya ni peminat cerita Korea.selalu dorang sebut Pulau Jeju ni..sungguh cantik sekali pemandangan dalam drama Korea tu kak Pah... gambar yang kakpah ambik ni pun sangat cantik..sama seperti gambar yang ada kat postcard tu...Berangan jap......
Post a Comment