Memang semalam ahad 13 Mei Kuala Nerang kena serang. Pikirlah kan, kuala nerang yang besar lebih kurang sebesar pekan kuala pilah tu tiba-tiba orang datang berpusu-pusu dari segenap pelusuk malaysia ni. Ia jem dengan kereta. Jem dengan orang. Sampaikan nasi kat restoren pun habis sebab toke kedai tak bajet cukup-cukup.
Belum masuk kedai lagi, toke kedai dah meluru ke depan. Maaf cik.. nasi takdak. Habih teghuih!!
Laa.. macamana boleh habis?
Tak tau la. Oghang mai cukup ghamai haghi ni. Tengok nu.. meja pun dak sempat nak kemaih.
Cik cuba pi kat sana tu. Belakang sana tu ada lagi kedai makan.
Kami pun terhegeh-hegeh masuk kereta semula cari kedai makan lain sedangkan perut dah mula krukk krakk krukk krakk.
Kuala Nerang kena serang sampai nasi habis.
Nasib baik kami jumpa kedai makan yang nasi belum habis lagi. Itupun dah tinggal sipi-sipi. Dapatlah makan nasi ayam sepinggan seorang. Walaupun dalam hati aku berkata-kata yang nasi ayam yang aku masak lagi sedap.
Macamana pula asal kejadiannya kuala nerang ni diserang.
Anak bongsu aku si adik memang minat sangat nak ambil aviation engineering. Yang ada ofer course ni MIAT uni KL. Orang kata the best di malaysia. Betul ke? Dia sendiri yang mohon. Dia sendiri yang uruskan bayaran menerima tawaran semasa kami di mekah haritu.
Masa menunggu result haritu dia cakap nak ambil aerospace engineering. Rasanya dua-dua ni lebih kurang sama lah kot. Yang jelasnya dia memang minat. Tawaran buat matrikulasi di penang, ditolaknya. Tawaran buat foundation di UIA pun ditolaknya. Bila ditanya:
Ala.. nanti buat matrikulasi bila masuk U entah apa kursus yang dibagi.
UIA tu tawarkan kursus computer science. Taknak la..
Maka kami pun ikut sajalah apa yang dia minat.
Adik kena ikut foundation satu tahun di Kolej Mara Kuala Nerang. (Register cuma 500. Makan minum tempat tinggal semua mara tanggung).
Jadi, hari sabtu kami bertolak dari bangi. Sampai Alor Star menginap di Sri Malaysia. Itupun nasib baik dapat bilik. Masa call untuk booking, bilik tinggal satu je lagi. See.. sampai alor star dah termuntah dengan orang yang nak pergi menyerang kuala nerang yang hanya 30 km saja jauhnya.
Semalam, ahad 13 Mei berlakulah peristiwa penyerangan bermula jam lapan pagi sampailah tengahari. Penat menyerang kolej mara, berpusu-pusu pula menyerang pekan dan kedai-kedai makan. Aku siap menyerang kedai baju sebab adik terlupa bawa sepasang baju melayu, samping dan songkok.
Semasa bersalaman dan berpelukan ketika aku nak balik, aku terasa sebak yang sedaya upaya aku sorokkan. Sedih sebab aku terpaksa berpisah jauh dengan adik. Bukan tak pernah tinggalkan anak-anak lain di asrama tapi penangan anak bongsu ni lain sikit kot...
Sekian. Oooopss.. nanti kejap. Ada sikit lagi. Semasa melalui Padang Terap on the way balik, aku tercari-cari akan sawah Lahuma dan Jeha. Yang aku nampak cuma pokok getah. Agaknya anak-anak Lahuma dan Jeha yang enam orang itu sudah berpindah duduk di kuala lumpur.
Sekian.
ibundo
21 comments:
teraso sodeh ea kak kan...walaupun kito selalu yo bepisah ngn anak2.tapi ni nak tinggal an dio berdikari sdri...
selamat hari ibu kak...
Bagus adik ada pendirian mana dia nak....Tak kiralah kakpah kalau kita yg tinggalkan mereka rasa lain tapi bila mereka nak duduk asrama walau kita boleh jengah bila-bila masa tapi sayunya bukan kepalang...
Kisah Ranjau Sepanjang Jalan Dato' Shahnon Ahmad rasanya anak-anaknya dah lebih dari usia kita agaknya. Mesti mereka dah senang sekarang.
sya ingat apalah tadi kak, sbb semalam enpakwe sya kata hari ni 13mei kan?
hehehee....
Akhirnya Lahuma dan Jeha perlahan2 dilupakan...
Semoga Adik berjaya mencapai cita2nya. InsyaAllah. :)
duk gugel sape lahuma dan jeha.
ranjau sepanjang jalan.....
tahniah buat adik...
kak - perpisahan sementara aje tu kak....
memang rasa berat hati dan sedih
tapi - untuk kebaikan adik jugak tu....
tahniah buat adik...
kak - perpisahan sementara aje tu kak....
memang rasa berat hati dan sedih
tapi - untuk kebaikan adik jugak tu....
ooopss nanti kejap... lahuma ngan jeha sapa? hahaha.. siap ada brek2 tuu.. kekeke..
oopss nanti jap..
tadi pagi masuk blog tengok gamba dah tukar.. lawaaaa...
petang tukar lagi.. lawaaaaa...
Tahniah buat anak bongsu akak tu...memang penangan anak bongsu ni lain sikit kan...
Semoga dia berjaya mencapai cita2nya...
RSJ teks mama kaji masa kat ukm.. SA memang tiada tandingan tapi sebab 'tergelincir', terus namanya terpadam terus dari persada
yuppp anak lahuma dan jeha dah dewasa,
seronoknya tengok anak2 berjaya dalam pelajaran, kira akak ni tengah 'menuai' hasil la kan.. alhamdulillah..
al maklumlah anak bongsulah katakan, sedihnya lain macam ya kakPah.. huhuhu... sabar jelah kakPah.. setahun bukannnya lama, pejam celik pejam celik dah sampai...
Dlm sedih sedih sempat lagi nak tengok sawah si Lahuma dgn Jeha... hehehe
nnt sllu lah dtg Alor Star... grenti nasi tak habihh....
kaklong,
osah sodeh e kaklong. Baru ni tadi dapek sms cakap tak makan malam sebab pegi je kantin dah tutup. warghh.. kosian e.
kak zakie,
anak yang ni suka makan. Tambah2 lagi masakan mak dia. Tu yang rasa kesian..
Hehe.. lahuma dan jeha pun entah entah dah tak ada lagi.
kasihibu,
teringat dulu 13 mei, ada orang kena bunuh dekat depan sekolah huhu..
kakcik,
kakpah dah dekat 40 tahun tinggalkan lahuma dan jeha tapi mereka masih dalam ingatan.
kakngah,
ha.. nasib baik tau.
miloais,
memang terasa berat kan? tapi demi masa depannya..
Ana,
haha.. orang kampung dalam ranjau sepanjang jalan.
Anaa,
masa ana masuk tu kita tengah repair ..
Anie,
insyaAllah anie.. semuga tercapai apa yang dicitakan.
Aimaniman,
RSJ adalah teks sastera bundo masa form six dulu. Bila tu? Tahun 76-77. Lamaaaa dulu.. Tapi ia masih segar dalam ingatan. Bundo tetap kagum dengan hasil2 penulisan SA.
SMM,
sedih. Maklumlah tak pernah berpisah dari bawah ketiak mak haha..
Sudais,
nampaknya kena selalulah ngulang alor staq.
Moga urusan adik dipermudahkan..
Ingat juga kesah Lahuma dan Jeha ni.
Terkenalkan Kuala Nerang yer.
Tahniah buat adik.
Nanti pasti ada rindu2an, mak tak lalu makan makanan kegemaran sianak hehehe....
Penangan anak bonsu memang lagu tu kata org Kedah...
anak2 akan senantiasa kekal bayi di mata ayah bonda..syabas..
Post a Comment