Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 12, 2012

Tesco yang tak customer friendly

Dah lama tak cerita pasal tesco. Seperti biasa aku ni tiap-tiap minggu tak mis pergi menghabiskan duit kat tesco. Tiap minggu beli barang dua troli. Telinga dah  lali mendengar pertanyaan:
berniaga ke?
stok sebulan ke?
Selalunya aku selamba jawab yang famili aku besar. Anak cucu aku ramai nak bagi makan. Sebab tak ada sebabnya aku nak explain panjang-panjang yang aku ada ramai anak taska dan tadika yang aku juga nak bagi makan.

Cerita aku sebenarnya bukan pasal ini. Tapi pasal milo dua kg yang aku beli. Apa yang kepoh sangat dengan milo dua kg ni. Ha..ni lah yang aku nak cerita.

Bila sampai kat kaunter bayaran, budak yang jaga kaunter tu cakap:
cik.. milo ni ada free gift. Dapat mancis sekotak.

Dalam hati aku, ape ke jadahnya aku nak buat dengan mancis. So aku tanya balik.
Mancis?
Haah cik . Ada kat rak tengah tu ha.. Sambil dia menunjukkan ke arah rak biskutbiskut.
Dan barulah aku faham yang mancis yang dimaksudkan itu ialah sejenis biskut.

Kalau acik nak,cik kena ambik kat situ. Kata budak tu lagi.

Korang nampak tak. Kat sini je dah ada sesuatu yang tak betul. Aku ni yang memang sedikit tak megheti tentang jenama biskut ni pergilah ke rak yang ditunjukkan tapi datang balik ke kaunter dengan tangan kosong sebab memang sebenarnya aku tak kenal. Kirin yang ada bersama aku sudah mula membebel-bebel marahkan tesco.

Datang seorang pekerja yang berpangkat sikit. Agaknya lah. Budak jaga kaunter minta dia tolong ambilkan biskut mancis. Aku tak salahkan yang jsga kaunter sebab dia memang tak boleh tinggalkan kaunter dia. Orang lainlah yang perlu tolong kan. Pekerja yang berpangkat sikit, agaknyalah, datang dengan biskut sebeban di tangan. Dia bagi sebungkua pada budak jaga  kaunter.

Nah! buat contoh. Dia cakap.
Dan aku kata, bagilah saya sebungkus.
Dengan penuh lagak dia menjawab, pergi ambil sendiri di rak.

Tak mendidih kau?

Aku tengok contoh biskut. Tertulis Munchys kot. So, berdasarkan contoh aku pergi cari. Aku bukanlah hadap sangst nakkan biskut tu tapi dah memang hak aku kan.

Dipendekkan cerita aku pergi komplen kat customer  service. Budak ysng konon sda pangkat sikit kena panggil  dan terhegeh hegeh nak tegakkan benang basah. Aku cakap tak payah cakap. Dengar saya  nak cakap. Awak tu tak customer  friendly.

Dan dengan itu aku isi borang komplen.
Bukankah sepatutnya:
Free gift diletakkan di customer service supaya customer cuma bawa resit dan ambil?

Macam sia-sia je aku belanja dua troli tisp minggu dan dapat treatment macam tu.

p/s aku rasa banyak spelling error ni. Aku taip guna tablet. Dan malas nak cek spelling debab cursor aku asek hilang je.


ibundo

25 comments:

Acik Erna said...

haaa...kan kak pah dah komplen..padan la dia..tesco memng cam tu..dh lah maleh nak masukkan dalam plstik..main cmpak2 kito kutip pi masukkn dalm plstik..maleh la kak pah..sya poi kalau nak copek yo..sobb dio kol lapn dah bukak

ibundo said...

erna, tulah pasal. Imaginlah barang dua troli tu kitorang sendiri masukkan dalam plastik. Tu pun tak terimo kasih ko. Tak tolak ansur ko. Hangen botul...

S..U..D..@..I..S said...

kat sini pun supa kakpah...benda free dok tempat lain kena tuntut sendiri..kadang malas berjlan tak kuasa tuntut.....

mamawana said...

Geram jugak ya dilayan gitu.

rezeki said...

salam kak pah

kekadang bebudak ni, depa ni budaya keja tak berapa nak bagus , senang cerita PR tak bagus, apa salahnya kalau mereka membantu dengan rela hati, dapat pahala lagi memudahkan urusan orang lain

saya pegi belanja kat econsafe je kak,maklumlah duduk pekan kecik hehehe

Aku said...

hah.. memang kena dgn muka dia kak.

hahaha

~ Cik Azz ~ said...

Dio ingat kojo kek tompek bosa camtu, diopun buleh la bolagak bosa gak ehh.. Hompuk yoo dgn mancis tu kak.. hehehe...

Kek sini mmg friendly sangat dorang ni.. Pehtu tompek amek adiah mmg kek lain.. Kito cumo tunjuk resit yoo bak kato akak tu...

Tapi kek sini bukan Tesco.. tapi TF.. Tong Fatt... hehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Setuju,memang tak customer friendly! Saya pun pernah buat komplen kat customer service.

kakngah said...

adeh.. kok tak buleh kojo front desk, layan customer.. poei kojo kek tompek siang ikan tu.... ikan tak pandai komplen.

ibundo said...

Sudais, patutnya mcm tu la. Takkan lah customer pulak thegeh2 cari. Dahlah tak tau mana letak. Rupa pun tak tau..

ibundo said...

mamawana,
gerammm

pak itama,
kena kursuskan betul2 diorang ni.
Kpah kdg2 pergi gak ekonsef masalahnya troli nya roda senget. Sakit perut menolaknya hehe..

Aku,
memang padan muka dia..

ibundo said...

azz,
Tong fat pun tongfat la kan?
Asal hati sonang.

Kak hjh nora,
We have the right

Kakngah,
Warghkahkah.. Tang nyiang ikan tu yang tak tahan tu

NenetPenne (NP) said...

amik sendiri kat rak?
mcm tu jawapannya??
kena pi kursus tu...

marinahunny said...

kena kursus dulu pekerja2 ni, kursus mesra alam..padahal kita yg bagi untung patut layan la elok2 kan

Granny Hani said...

geram kan bila mereka buat mcm kita ni dah tak de kedai lain nak pergi..padan muka budak tu.tu belum jadi manager lagi.

Ms.Lilies said...

errkkkk!!!!
macam itu ka jaga hati pelanggan?
pangggggg sedas dia kakpah :p

ibundo said...

NP, jawapan tu lah yang tak boleh diterima tu.

GH, rasa macam nak tukar pergi carefour je.

mi, memang ada rasa nak pangggg.. tapi sabo..sabo..

kaklong said...

bukan akak yo mendidih...
kaklong lgi lahhh..dah nak melotup baco nih....
huhhhhhh!!!!

ejaMaria said...

family saya kecik... jadi takde la pegi shoping tempat2 besar cam tesco tu... paling habis saya pegi kat pasaraya 'gergasi' je... tu pun sbb dia paling dekat dgn kaw. rumah... hihihi

Anaa said...

salam bundo..

saya pun mendidih.. saya kalo bab2 cenggini memagn boleh hanginnn...

ibundo said...

kaklong,
raso macam nak boikot yo

maria,
kpah macam nak beralih arah ke carefour pulak lah yang di alamanda tu.

anaa,
salam. Mau tak hangen..

Kakzakie said...

Suka kakak kalau ada customer yg pandai macam kakpah. Ada org merungut belakang tapi management tak tahu SO... baru padan muka dia. Tapi sayangnya selalu yg begini bangsa kitalah kakpah... sedih:(

rahel said...

Wah...ni betul2 panas punye cite ye..ish..kalau Rahel lagi la mendidih dibuat macam tu..tak hormat pelanggan langsung kan..

ibundo said...

kak zakie,
kita ni kena berani. jangan main cakap kat belakang je. Memang pun.. bangsa kita lah yang banyak macam ni.

Rahel,
memang mendidih rahel...

JunAina said...

Dah lama tak pergi tesco asik beli kat econsave saja, sekadar utk kami anak beranak hanya satu troli sebulan kak pah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...