Nanti kat mekah selera kita sedaaapppp je.
Memang pun. Lepas subuh, lapar. Pukul 10 lepas umrah, lapar. Lepas zohor lapar. Nanti kang asar, lapar. Lepas isya' lagilah lapar. Diaorang berdua merungut-rungut sebab asek makan. Kononnya takut gemuk.
Tapi aku kata, di mekah ni kita banyak guna tenaga. Hari-hari tenaga dikerah. Dari pagi sampai ke malam. Imagine la, duduk di hotel yang jauhnya lebih kurang 200 meter lebih. Dari hotel ke perkarangan masjid mahu makan sepuluh minit. Puas kaki menghayun dan peluh juga tidak boleh disukat banyak mana mencurahnya terutamanya kalau berjalan masa mahu bersolat zohor atau asar. Itu baru sampai ke kaki masjid. Dari situ ke tempat nak sembahyang jaraknya ditambah lima minit lagi. Kalau kami memilih untuk bersolat di safa/marwah, jaraknya dari kaki masjid ke sana semacam sama dari hotel ke kaki masjid.
Itu baru satu hala untuk sembahyang satu waktu. Pergi balik dah dua kali ganda. Kalau lima waktu, darab je lah. Itu pun tak termasuk buat umrah satu kali setiap hari. Kadang-kadang kami pillih untuk duduk di masjid saja dari asar sampai ke isyak untuk jimat tenaga dan lenguh kaki.
Jadi, kalau banyak makan pun memang tak heran. Makan untuk ganti tenaga yang banyak keluar. Rasanya tak sempatlah budak-budak tu nak gemuk pun.
Imah dan kirin tak habis-habis mencari kebab. Kali akhir aku bawa mereka ke mekah, mereka masih lagi bersekolah. Masa itu mekah masih ada kedai-kedai dua riyalen, gerai-gerai di tepi jalan yang beratap di mana di celah-celahnya terdapat kedai-kedai makan menjual kebab dan roti canai. Roti kebab yang dirasa pada masa itulah yang mereka ingat. Tersangatlah sedap mengikut tekak anak sekolah.
Kedai makan seperti itu sekarang sangat susah untuk kami cari di sekitar masjidil haram. Kedai makan yang menjual roti canai dan ayam golek semasa ramadhan tempoh hari pun sudah dirobohkan. Dan kami sebenarnya terlalu penat untuk merayau-rayau mencari. Keinginan aku untuk makan ayam golek juga terpaksa dilupakan kerana ia tidak kelihatan pun di mana-mana.
Kami membeli kebab di kedai ini yang mengikut imah tidak sama dengan kebab yang dia makan dulu. Di sebelah kedai ini terdapat satu lagi kedai yang menjual 'chicken broast'. Satu set mengandungi ayam 4 pieces dan fries berharga 12 riyal. Kami beli set 8 pieces yang berharga 24 riyal untuk dimakan 4 orang. Sedap. Ayam gorengnya lebih sedap daripada ayam kfc.
Andalusia menyediakan makanan di dewan makan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ustaz yang ada di situ semasa jemaah menjamu selera selalu berkata; Makan kalau sedap boleh tambah. Kalau tak sedap diam sahaja. Kami pilih untuk diam.
Setiap hari berulang alik ke masjid, kami akan lalui jalan ini. Jalan bersebelahan safwa tower yang menempatkan jam besar, hotel berbintang-bintang dan shopping complex. Kami selalu singgah di sini membeli nasi briyani arab. Satu set boleh makan dua orang sebab nasinya memang tersangat banyak. Pertama kali kami membelinya semasa perut memang tengah lapar giler. Kami beli 4 set, satu set seorang. Oleh kerana kedai tidak menyediakan kerusi untuk kami duduk, kami cari satu port yang tidak ramai orang lalu lalang dan membentang saprah (selalunya kedai yang jual nasi briyani ini menyediakan alas plastik untuk dijadikan lapik makanan). Lawak betul. Terlupa pula untuk mengambil gambar sebab masing-masing yang kebuluran hanya ingat makan saja. Sudahnya yang habis cuma dua set setengah. Selebihnya kami bawa balik ke bilik.
Oleh kerana imah batuk, kami tak makan aiskrim takut memburukkan keadaan batuknya. Di hotel hilton bersebelahan safwa tower ada kedai menjual baskin robin. Aku cuma jengah dari jauh sahaja. Tapi dalam hati sebelum pulang ke malaysia kami mesti pekena aiskrim sekali. Kami makan aiskrim semasa di madinah. Masing-masing kemaruk walaupun batuk kelengkang kelengkung. Masa ni semua orang dah batuk tapi oleh sebab umrah sudah selesai dan kalau nak batuk pun dah-nak-balik, kami makan je lah aiskrim dengan nikmatnya.
Makanan yang paling aku nanti-nantikan ialah nasi briyani di wadi kudait semasa dalam perjalanan ke madinah dan dari madinah ke jeddah. Memang power.
Sekian.
ibundo
17 comments:
Kak Pah poie tigo boranak ehh...? Untung anak2 Kak Pah.. Mudo2 lagi dah jojak kaki kek situ...
azz, berompek. Campur ayah e.
salam kak pah.
betul tu cik azz untung muda lagi dah pegi sana. nasi briya tu nampak pun dah sodap apalagi dah rasa ye dak kak pah .cik ina nengok gambar burger tu terus jadik lapar : )
ada beriyani tilapia???
tak pernah tau pun...
nostalgia nih...nasi beriani tu menggoda kalbu.
Kalau tengok orang pergi Mekah rasa membara dihati, bilalah turn saya nak pergi lagi.Pergi banyak kali pun tak pernah jemu ya kakpah.
Nasi bryani kat sana memang menggoda.
cik ina, tu baru nengok gambar je hehe
aku,
ikan goreng tu tambahan je. Sedap dimakan dengan nasi briyani.
Hani,
memang teringat-ingat kesedapannya.
Zaitun,
Itulah satu-satunya tempat yang tak pernah jemu nak pergi berulang-ulang kali..
Assalamualaikum kak pah... adik ipar anie pun baru balik dari Mekah... ikut Andalusia jugak...memang dia kata sekarang Mekah berhabuk...tp bak kata kak Pah...nak tunggu tak berhabuk sampai bila kan?
anie,
wksalam. Bila ada rezki dan kelapangan, pergi je tak payah tunggu-tunggu. Anie bila pulak..
salam kak pah
nasi ikan tu memang mengoda
tu kira tempat persingggahan wajib kalau dari madinah ke makkah
mmg kat sana berselera betul tekak kita , apa jumpa pun sedap , janganlah kata tak sedap, nanti Allah bagi tu jam jugak semua tak sedap , jawab sendirilah
kalau tak sedap dan tak kena selera kita, kita pakat diam2 je
tapi alhamdulillah, tahun lepas masa saya pergi , makanan yg disediakan oleh syarikat pengendali umrahnya sedap dan menyelerakan
As salam Kak Pah
insyaallah Tok Ma akan ke Mekah awal bulan Ramadhan tahun ini.
kak... memang nampak bayak nasik tu...
pak itam,
memangnya mulut kena diam. Kalau cakap tak selera nak makan, hah.. siaplah sampai balik takde selera. Jangan memain lempar cakap hehe.
Pak itam guna pekej apa. Haritu nak cuba yang lain tapi takde yang kena dengan hari cuti bos. Terpaksa jugalah ambil andalusia. Kalau ada rezki nak pergi lagi nak cuba pekej yang lain. Pak itam boleh rekomen?
Pb,
salam. Alhamdulillah...
miloais,
nasi yang itu masa berhenti di wadi kudait. Satu dulang untuk makan 5 orang.
waaa besh nyer tgk nasi ni..etrus rasa lapar..
salam perkenalan..mieza follow..
terima kasih ibundo sudi ziarah blog mieza ::)
kak pah
alhamdulillah
rayhar travels ,cawangannya kat KL di Menara PNB Darby , kalau tak kena tarikh , dia boleh uruskan ikut tarikh kita tapi kira perjalanan anak beranak jelah macam private tour, penginapan pun dia boleh uruskan ikut mana kita nak tinggal , tapi mungkin harganya tinggi sikitlah
lagi satu kalau kita just nak berada di Makkah je tanpa ke Madinah, pun depa boleh uruskan
Apa2 pun kita hanya mampu merancang je , ketentuannya hanya Allah je yang tahu bagaimana
Mieza,
terima kasih juga jenguk bundo di sini.
Pak itam,
Memula hari tu rancang nak guna rayhar juga sebab dah banyak dengar tentangnya. Tapi mungkin belum sampai jodoh. Insyaallah akan datang nak cuba. Hehe.. masa kat mekah haritu dah berdoa kalau datang lagi letakkan aku kat hotel di safwa tower tu hehe..
Post a Comment