Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, May 28, 2012

Ni Dewang Kongvengseng. Masjik kristel blakang nuu..

Sudah lama aku tidak ke kuala trengganu. Banyak tahun. Paling akhir aku ke sana masjid kristal masih belum ada.

Perginya aku ke sana sabtu lepas bukanlah sebab mahu makan angin tetapi untuk memenuhi undangan sepupu aku yang mengahwinkan dua orang anaknya. Dan aku pergi berdua saja dengan hasben aku. Memang sekarang ni pun kemana-mana kami banyak berdua saja. Anak-anak dah tak ada yang mahu mengikut,  Mereka mempunyai rancangan rancangan sendiri.

Aku lihat trengganu sudah banyak berubah.  Bandar-bandar yang kami lalui sepanjang perjalanan sudah menjadi bandar besar.  Kalau dulunya sepi dan kedai-kedai kayu saja yang ada, kini berganti dengan bangunan cantik. Cukai sudah tidak seperti dulu. Dungun sudah tidak seperti dulu. Begitu juga dengan paka  dan marang. Hasben aku merungut sepanjang jalan kerana terlalu kerap sangat berhenti disebabkan banyak traffic light.

Sepupu aku kata nak sampai ke kuala trengganu sekarang ni dah cepat.  Lima jam dah sampai. Lebih-lebih enam jam. Tapi aku keluar dari bandar baru bangi pukul 7 lebih sikit dan check in di hotel pukul 5. Sebabnya, hasben aku bawak kereta average 100, berhenti di RnR atau hentian sebelah berkali-kali sebab keluar masuk tandas. Dah tu berhenti buka bekal sekali pukul sembilan lebih di temerloh dan sekali lagi di pantai burok untuk lunch.  Lunch dah dekat pukul 4. Setiap kali berhenti kami bersantai-santai saja sebab tak ada benda nak dikejar-kejar. Itulah seronoknya bila dua orang warga emas meredah lebuhraya. Santai. Darah bukan lagi darah orang muda.

Niat ke pasar payang tidak menjadi kerana dah penat dan tak larat nak keluar selepas check in. Bagusnya, berjalan kali ni duit aku habis tak sampai 50 ringgit. Duit orang lain yang habis sebab bayar petrol, tol, makan dan bayar hotel err..tu dah kira duit orang kan.

Pagi Ahad sebelum ke rumah sepupu aku, kami sempat melihat masjid kristal dan masuk ke taman tamadun islam. Masjid kristal lebih merupakan tempat untuk ditengok-tengok, dilihat-lihat, difoto-foto. Aku rasa banyak pembaziran di situ. Duit yang berlebih tu lebih bagus kalau digunakan untuk membiayai anak-anak miskin melanjutkan pelajaran.




Di bawah ini di antara miniature masjid2 yang sempat aku rakamkan.





Setelah makan-makan di majllis kenduri, kami tidak menunggu lama sebab perjalan untuk balik adalah jauh. Lagipun kami akan terus ke tanjung malim kerana hari isnin hasben aku kerja.


Berhenti di Masjid Putih



Berhenti mengambil gambar di Kemasik.


Sampai di Tanjung Malim hari dah malam.
Sekian.  Hanya catatan untuk kenangan aku.

ibundo

29 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam bundo..
sy tiap kali blk t'ganu hanya setakat dungun jer (kg kat situ).. tak sempat nak lajak ke KT.. masjid kristal tu pun belum ada rezeki nak tengok lagi.. alahaii.. nama je kg kat sana.. hehe...

cantik2 gambar bundo ambil..

Unknown said...

Dah lama berhajat nak jejak kaki masjid kristal ni tp tak sampai juga. Tengok dari jauh je kalau lalu....cuti panjang ada kesempatan nak juga bw anak ke sini.

Acik Erna said...

kak pah..dah 23 kali se poi masjid kristal tu..dan semayang kek dalam e.

"Duit orang lain yang habis sebab bayar petrol, tol, makan dan bayar hotel err..tu dah kira duit orang kan".ha ha..best kak pah nyo ayat ni

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
ejaMaria said...

tergeliat lidah nak baca tajuk Bundo... hehehe

Kakzakie Purvit said...

Kakak baca pun santai terasa. Makan agin beruda, makan di RnR bedua, jalan-jalan berdua, tapi bila bab bayar sorang-sorang... tapi ini biasalah kakpah kan... understood:)

Masjid Kristal tu memang sayang. Masa kakak sampai nov. last year pun bagaikan muzium je org tengok-tengok. Yg solat tahiyyatul masjid pun kurang sangat...sedih juga.

Unknown said...

orang jauh dah sampai ke mesjik kristel tu..orang teganu sendiri nih belom sampai2 lagi...haha macam mana tuh.

lawolah gambo hok bonde amek. napok lebih lawo dari hok asal doh.
hehe

salam dari terengganu. datanglah lagi lain kali ;)

sal said...

seronok jln berdua2an..anak2 dah besar panjang..ada urusan sediri2..

cantiknya masjid kristal..memang lap lip dari jauh..

ibundo said...

madiha,
oo orang ganu ye Takper. cuti sekolah ni boleh pergi. Dungun ke KT tu dah tak jauh dah.

zana,
pergilah kalau ada kesempatan.

erna,
dua tigo kali ko atau duaploh tigo kali. Banyak kali dah tu.

maria,
haha.. kitorang berhenti dekat satu bangunan. Tanya orang tu ni masjid kristal ke. Dia jawab, bukang...haha rupanya kitaorang berhenti kat tepi dewan konvensyen.

ibundo said...

kak zakie,
hehe.. bila time bayar makan je, dia hulur duit suruh pegi bayar. Terima je lah kan. Tu pun nasib baik tak nak keep the change...hiii..

Anifa,
ganu kat mana. Bolehlah bundo pesan beli kghepok haha.

sal,
kecik2 dulu pantang keluar je nak ikut. Sekarang ni walau ajak skali pun, taknak dah..

h4ni3 said...

biar lambat asal selamat kan kakpah
:)

bila la saya nak gi mesjik keristel tuh

julietchun said...

tak sempat singgah losong?

JunAina said...

Kak Pah...cinta saya jatuh di terengganu tapi sayang tak lama...

apapun terengganu memang best!

kaklong said...

dulu kekocik kalau tak dapek ikut omak ayah,meraung sampai guling2..ni dah bosa tak hinggin laie ikut...beduo yo lah kemano pun..romantik..hehehehe!

Unknown said...

semalam saya di sana..tapi tak jumpa pulak masjid tu ...lalu sebab kesuntukan masa kami pun pulang ke kl...tujuan ke sana nak daftar anak di Dungun...agaknya kita berselisih tapi tak kenal kan ....

zino said...

cantik nya tak pernah sampai sinun lagi...

ibundo said...

hani,
ala.. yang jauh jauh tu dah sampai. takkan yang dekat takleh sampai hehehe..

juliet,
lalu je tapi tak singgah sebab masa lalu tu kedai semua masih tutup.

kaklong,
osah betul. Asal nampak bosiap yo nak ngikut.

Jun,
sekarang dah tak ada lagi penyu bertelur kan? Dulu kalau datang kt mesti beli telur penyu.

ibundo said...

Karisma merah,
o ye ke... Berselisihlah tu. Anak belajar di dungun? Matrikulasi?

zino,
poi la.. pojam mato dah sampai (kok tak jadi dreba la).

Unknown said...

salam pagi dingin kak pah..anak saya di UITM ambil office management .baru je daftar..

secangkir madu merah said...

KakPah, aku pernah ke masjid kristal tu 5 taon dulu... dah pernah masuk dan sempat solat zohor di masjid itu.. memang gah masjid tu kak, tapi bayangkan tempat itu klu takda yg dtg melawat.. tentu sunyi sepi je ya kak.. sayang sungguh.. betul kata kakPah lebh baik duit tu digunakan utk biaya pelajaran anak2 miskin yg memeerlukan...

hehehe kakPah dan hasben bukan lagi berdarah org muda... relax & stedi je ya kakPah..

miloaiskurangmanis said...

iols juga dah lama tak ke terengganu...
cantik2 lah gambo yg kakpah snappy2 ni...

aNIe said...

Salam Kak Pah... anie pernah pergi tengok masjid2 mini tu...suka sgt tgk model2 tu...Rasa nak pergi lagik...

ASH said...

Aku pun semenjak ada masjid kristal tu tak sampai sampai lagi KT...nanti nanti la, aku poei...
.
.
.
nak poei pun, nak berfoto foto jer..keh keh keh..

Anaasuria said...

gi ganung ke kite.. hee..

Cik Azz said...

Sey pon tak lopeh lg sampai Ganu tu.. Bilo ingat jauh, lagi la maleh nak poie.. huhu..

Granny Hani said...

Negeri yg berjiran dgn negeri saya ni memang banyak kelebihan..Masjid nya cantik2..lain kali biar lajak ke kelantan pulak yer..saya menunggu.

Amie said...

Assalamualaikum Ibundo,
seronok dapat jalan2 ke Teregganu, terakhir Amie pergi tahun 1987... lamanya dah 25 tahun lalu!

Unknown said...

btl2 bandar kuala terengganu...setakat kepok tu boleh sgt2 lah bonde...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...