Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, June 6, 2012

Becak lawan Kering

Satu daripada benda wajib ada apabila berjalan di luar negara ialah botol air mineral kosong. Gunanya ialah buat bekas mengisi air di sinki untuk keperluan beristinjak di dalam tandas. Kita sudah biasa dengan air. Mati akal kita kalau tak ada air.

Tapi bisalah.  Bila tandas ada air, lantai akan menjadi becak dan kotor dengan bekas tapak kasut. Kalau tak ada air pula, tandas berbau pering dan hancing.

Semasa berada di satu pusat jade di beijing, penjaga tandas bersungut-sungut marahkan orang malaysia dan orang indon yang membuatkan lantai tandas di situ lecah dengan air. Nak buat macam mana kan?  dah memang pembawakan semula jadi yang tak mahu main lap lap dan dedat dedat saja.

(Bercakap pasal tandas, aku teringat satu tandas semasa di beijing yang pintu toiletnya hanya di paras dada sahaja.  Jadi, untuk mengetahui sama ada toilet itu ada penghuni atau tidak, orang cuma jenguk ke dalam melalui pintu.  Tak seriau kau? Buang air pun boleh tergencat tau..)

Aku suka banding bandingkan tempat orang dengan tempat sendiri.
Di korea dan singapura walaupun tandas mereka tak ada air, ia tetap bersih dan bebas bau hancing. Mungkin aku pergi ke tempat yang tandasnya diselenggara dengan betul. Tapi apa yang aku perhatikan, pekerja tandas mereka sentiasa on the move.  Sentiasa bekerja.  Lepas seorang masuk tandas, bekejar dia mengemop lantai dan membuag tisu dan sampah di tandas itu.

Bayangkan Universal Studio yang pengunjungnya begitu ramai dan tandasnya pula diserbu dan digunakan oleh ramai orang. Ia bersih. Buat kita selesa untuk menggunakannya.

Tetapi bila aku sampai di lcct dan bekejar ke tandas, aku dihidangkan dengan bau busuk sampah yang termuntah-muntah di tempat sampah.  Bukan setakat tisu tetapi pampers budak yang bertahi. Lantai kotor tak usah cakap.

Di luar tandas, aku lihat pekerjanya berbual-bual kosong dengan mat bangla. Mahu rasanya aku jerit jerit pada dia supaya pergi buang sampah dan bersihkan lantai tandas yang menggeli-gelemankan itu.

Apalah agaknya yang dikatakan dan dipikirkan oleh para pelancong yang datang ke negara kita ini mengenai  tandas kita?

Sekian edisi meluahkan ketidakpuasan.

ibundo


29 comments:

Cik Azz said...

Boto tu kak.. Kok dapek la jamban hancing ni, osah nak muntah ghaso ehh.. Tapi kok dah tak tahan, hambur yoo la, kan... huhu...

Kadang2 tandas kek masjid pun ado pampers bersepah2 kak.. Memang tak tau adab boto orang yang buang pampers merato-rato ni...

Sey suko bonti kek RnR.. Borsih yoo tandas ehh... Tak payah nak bersungut tol mahal kalau kemudahan dijago sobaik mungkin..

kakngah said...

biar toilet buruk rupa paras janji bersih dan tiada bau kurang enak..
cnth - kek workshop ni ha..
mmg pesen toilet dedulu.. dinding papan. nun jauh kek ujung kampung. siap ado kolah kocik lain. tapi, bersih dan xdo bau..

Kakzakie Purvit said...

Bukan prejudis kakpah tapi itu adalah realiti. Balik dari S'pore masuk JB tidak sampai 15 minit tapi perbezaan amat ketara. Bukan memuji org sana tapi memang itulah hakikatnya...

bujal X said...

tiap kali ke shopping komplek..saya akan guna tandas untuk oku..saya terpaksa...itu je la tandas yang bersih~

Kakcik Seroja said...

Salam Kakpah.

Saya macam nak rakam je gambar tandas yang kotor di LCCT tu, tapi tak tergamak pula - mungkin lain kali.

Satu lagi, semasa di KK baru2 ini, saya lihat warga Singapura begitu berdisiplin beratur di 'muka pintu' bukan depan tandas tapi orang kita menonong je masuk tunggu depan tandas. :(

dear anies said...

sy lbh reda menanhan drpd msk toilet yg mcm tmpt pelupusan smph!

miloaiskurangmanis said...

memang sakit hari serik menggunakan public toilet kat malaysia ni....

Kemboja Putih N said...

pekara pertama yg di nilai apabila bertandang ke rumah org adalah tandas...kerana di situlah kita bersuci dan membersihkan diri ..kalau kotor ntahlah apa persepsi tetamu yer...salam ceria smua..

kasihibu said...

kalau cerita pasal kebersihan tandas ni, sya kalau dah terpaksa sangatlah baru tempuh tandas

memang geramlah sepatut diorang bersihkan tandas tp berborak borak dgn senang hati je kan?

sud@is said...

malaysian kuturrr....

JunAina said...

Itu cerita tandas...kadang2 lagi kesian dengan surau tempat beribadah pulak tu!

aza ni said...

salam hajjah

tandas ini keperluan,kadangkala kebersihan diabaikan....taapi mungkin juga baru saja dibersihkan tapi dicemari oleh yg sebelum kita, saya pernah tangguh hajat dan cari attendan untuk dapatkan berus darinya,mujur masih boleh kawal...,kalu tak .....

ejaMaria said...

public toilet - jadi mcm tu la...
cuba klu tandas bayar rm1... bersih la kut...

Hjh Noralenna Abbas said...

Semua kerana sikap. sikap tak sayang dan bangga dengan negara sendiri, atau bagi pekerja import,sikap who cares.

atuk said...

Waalaikumusalam Ibundo

kalau kat negara Arab...Subhanallah tandasnya....kotor...

ibundo said...

Azz,
Masalah e kan.. kalau dah nak terkucil bona camno tu haha.. Nak kopit kopit cari jamban lain pun dah tak tahan lagi dah.
Tandas masjid ni pun banyak yang tak berservis. Kitorang selalu cakap, duit amal jariah yang masjid dapat tu apalah salahnya dibuat untuk menggaji cleaner. Sekurang2nya terjaga jugak kebersihan.

ibundo said...

kakngah,
tu lah kan.. nak bersih ni tak semestinya canggih. Buruk buruk pun kalau dijaga, okay je.

kak zakie,
Kita ni puji mana yang betul kan? Sepatutnya kita jadikan yang baik itu sebagai pedoman dan amalan.

bujal,
ko terpaksa pura-pura jadi oku tak?

kakcik,
terasa benar kekurangannya tandas lcct tu. haritu teragak juga nak komplen tetapi tak tahu saluran. Sepatutnya pihak berkuasa diorang kena pastikan tu semua sebab tandas memberi impression pertama tentang negara kita.

ibundo said...

khairin,
kalaulah boleh tahan dik oi.. kaalau dah hujung hujung tahan tahan kang terbarai pulak.

miloais,
bukan tak ada yang bersih. Ada. Tapi yang tak bersih lebih banyak. Kalau nak yang bersih pergilah toilet yang berbayar seringgit atau dua ringgit sekali masuk.

Namora,
ya.. kakpah pun berfikiran sama. Tandas menunjukkan peribadi kita. Kalau di rumah, peribadi tuan rumah. Kalau public, peribadi negara. Malunya kita juga..

ibundo said...

kasih ibu,
dah tu kerja diorang, buat je lah kerja tu. Kalau geli, mintak lah kerja lain.

sudais,
setuju sesangat..

Jun,
haa.. yang tu satu cerita lain. Yang berbau hapak dan telekung setahun tak basuh eeee...

azani,
Yang tu kakpah dah tengok sendiri di spore. Setiap kali orang keluar tandas, pekerja meluru masuk mop lantai dan buang sampah. jadi, takde langsung masa terluang untuk tandas tu kotor. Pekerjanya sedia standby di situ..
Kau sampai berus jamban sendiri? haha.. tu cukup bagus tu.

ibundo said...

Maria,
kalau berbayar, adalah sedikit perbezaan. Kat loyat yang tandasnya nak masuk bayar seringgit (ke 2 ringgit) memang bersih.

kak hajjah nora,
dah balik ye..
Macamana toilet di sana? Okay tak..

Atuk,
haha.. siap dengan bau sekali.

nazayiena said...

Salam kakpah,pelik juga tandas yg kat Beejing tu pintunya takat dada,bahaya betul tu,memang malu jika negara je maju tp tandas awamnya masih kotor....

Acik Erna said...

kak pah..har ahad lopeh sayo asuk tandas hancing terus sakit kepalo..tak jadi buang..sanggup tahan..

secangkir madu merah said...

Aku suka buang air kat R&R utara selatan kakPah.... bukan saja bersih free pulak tu heheheheheehe

mamawana said...

Toilet free kotor. Toilet mahai ajer yg bersih. Gitu kut...

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/06/jom-mandi-kolam-mandi-pantai-pd.html

Kamsiah yusoff said...

salam
fenomena yg amat2 biasa di malaysia-tandas awam kotor...kalau yg bersih,mungkin kat R&R ja...

salam kenal and follow sini

julietchun said...

kadang2 sanggup tahan nak buang air bila tgk tandas yg kotor.

h4ni3 said...

kat indon area yg kurang maju tu pun, tandas diorg lagi elok drp kita.. huuu~

ibundo said...

naza,
kita yang di dalam pun asek gelisah memandang ke atas arah pintu takut ada yang menjenguk.

erna,
kalau tahan pun buleh poning kopalo tau..

smm,
rnr memang dijaga kebersihan.

mamawana,
yang masuk harga seringgit dua tu memang macam hotel. Yang free ada gak yang okay. Ntah.. rasanya yang patut buat pantauan tu pihak atasan yang berkenaan.

kamsiah,
tk kerana sudi datang dan memfollow

juliet,
pasti kau terkepit2 cari yang lain kan?

hanie,
kita ni pengguna toilet patut di brainwash..

Hjh Noralenna Abbas said...

Toilet di Turki untuk ladies di panggil 'bayan', untuk men 'bay'. Of course bersih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...