Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, June 30, 2012

Yang jauh di mata

Pagi ni sarapan nasi lemak. Aku terbayangkan tangan adik mencedok nasi lemak hampir memenuhi pinggan. Sambal disudu seperti menutupi keseluruhan nasi. Telur dicekut dua ketul. Letak ikan bilis dan timun di tepi tepi.

Semalam semasa kami makan nasi goreng berlaukkan ayam kepsi, aku bayangkan adik sama-sama berebut-rebut mencari ayam yang 'best' bak kata kami.  Ayam yang ada tulang-tulang.. bukannya penuh berdaging seperti di bahagian dada.

Kelmarin semasa aku masak nasi tomato berlaukkan ayam kuzi, aku terbayangkan adik yang cukup gemar makan nasi special berlaukkan special bak katanya. Dia akan makan bertambah-tambah sambil jilat-jilat jari dan berkata mmm.. sedapnya mak masak.

Hari-hari sebelum kelmarin apabila aku memasak di dapur, aku terbayangkan adik yang selalunya sama-sama menjengah-jengah di dapur melihat apa yang aku masak.  Sesekali dia akan memegang tangkai sendok atau sudip dan mengacau-ngacau apa yang ada dalam kuali atau periuk.  Kalau tak pun, dia cuba berdiri tercangok memerhatikan. Kemudian berlalu sambil berkata nanti kalau dah masak panggil adik ye..

Satu petang aku menelefonnya;
adik baru lepas makan
sedap ke dik makan kat sana
kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap
kalau kat rumah pun macam tu jugak. Kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap.
tapi kalau mak masak, sedappp je...

Tiba-tiba aku merindui adik.



ibundo

16 comments:

Anonymous said...

Sayu pulak hati saya kak pah.

Terkenang anak bongsu saya yang dah kena kurung sehingga SUKMA bermula sedangkan orang lain sedang seronok bercuti semester.

apa nak buat yer kak pah demi masa depan mereka kita memendam rasa dan berdoa semoga mereka selamat dan berjaya

zino said...

melencong ke mana tu.....

Cik Azz said...

Dio sambung bolaja kek mano skang ni kak..?

Mmmg mcm tu kan... Kok sapo yg suko makan tu, taim masak mesti kito tingat kek dio...

Hjh Noralenna Abbas said...

Cair hati ibu!!

kakngah said...

la hai kak.. samo la.. asek tebayang yo adam kek asrama tu. padohal sejongka yo jauh eh..
kok tanyo dio sodap ko tak mkn kek asrama tu.. jawap eh.. tak sedap pun kite makan, kalau tak kite lapar...

secangkir madu merah said...

begitulah perasaan seorang ibu ya kakPah.. rindu pada anak2 yg sudah tidak lagi di depan mata, tidak seperti semasa mereka kecik2 buat mulut ibu tak pernah senyap ada saja yg dibebelkan, anak2 dgn macam2 pe'el dan kerenah tapi itu dulu masa anak2 kecik dan sekarang semua sudah dgn urusan memasing maka tinggallah ibu dan ayah saja spt pengantin baru yang dah lama... hehehehe..

sal said...

Moga adik sentiasa sihat..ameen

Temuk said...

As-salam
Hiba pula baca entri ini. Teringat pula ibu yang sudah tiada, yang pasti pernah merindui kami anak beranak semasa sekolah beberapa tahun di seberanglaut... dalam zaman alat komunikasi belum begitu canggih lagi.

Semoga adik tu maju jaya!

ibundo said...

ani kunang kunang, semuga mereka berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat.

Zino, tu gambar masa melencong ke korea dulu.

Azz, takdo la jauh bona. Dio buek foundation kek kuala nerang nun jo ha. Tapi sojak nganta haritu lum ponah jumpo lai.

Kak nora, memang cair

ibundo said...

kakngah, ekau dokek buleh jongok selalu...

Hehe..memang dah jadi pengantin baru yang dah tak baru hehe..

Sal, amin..

Assalam cikgu, bila dah jadi ibu baru dapat memahami hati emak dulu...

aza ni said...

hajjah,

cuti nanti bersama lagi...tapi yelah kekadang tu terkenang juga bila ada peristiwa yang berkaitan...

along kami pun dah masuk bulan ke2 duduk di tangkak

Unknown said...

salam pekenalan....sayu membacanya

ibundo said...

amn,
tangkak tu takde la jauh sangat. Lompat pagar je dah sampai hehe..

mawar,
salam kenal dengan mawar. tk kerana sudi datang blog yang dah suam2 kuku ni..

Anaasuria said...

hati seorang ibu...

ASH said...

ooohhh
muka faris iras Pak usu le ghopernya..

Irfa said...

sedih la rasa ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...