Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, June 28, 2012

Anyong Haseyo....

Assalamualaikum wbt.
Lamanya tak masuk ke sini. Kalau ruang tamu sendiri tak masuk-masuk, apatah lagi nak pergi menjenguk-jenguk ke rumah orang. Agaknya orang pun dah lupa akan kewujudan kita.

Beberapa hari lalu aku terdengar faris menyangi lagu kosong.. kosong.. Entah di manalah didengarnya. Mungkin dihenfon pakcik pakciknya. Anak kecil begitu mudah mengingat. Sebagaimana mudahnya dia mengingat doa dan zikir yang didengarnya di tadika. Dan ketika aku mendengar perkataan kosong yang disebutnya berulang-ulang, aku seakan-akan tersedar bahawa idea aku untuk menulis kebelakangan ini sebenarnya kosong. Tak ada benda yang nak aku repekkan.

Nak cerita pasal apa?
Ada yang berminat untuk tahu bahawa petang semalam aku melepuk jordan yang terjongket-jongket menyelongkar tempat sampah di sebelah sinki? Aku lepuk belakangnya dengan kertas surat kabar. Gedengang tempat sampah itu tergolek sebaik dia terloncat sebab terperanjat dilepuk.  Bertaburan sampah keluar. Mencicit dia lari. Sampah yang bertaburan ditinggalkannya begitu saja. Aku mengomel-ngomel marahkan dia.  Bibik mengomel-ngomel sebab kena bersihkan tempat yang berselerak. Jordan lari menyorok entah di mana. Ada dia kesah? Yang dia tahu nanti dia balik ngiau-ngiau gesel-gesel mintak simpati.  Argh.. kucing.

Pemerutan kucing di laman rumah aku sudah berkurangan. Tapi belum hapus sepenuhnya. Kadang-kadang terdapat tompokan yang masih lembik betul-betul tepi pokok cili aku di belakang dapur. Argh....

Suatu petang aku lihat kelibat muhammad basyir di belakang dapur.  Keluar masuk keluar masuk seolah-olah mempunyai satu projek yang cuba disorok-sorokkan tak mahu orang lain tahu. Aku intai dari celah tingkap. Kemudian untuk lebih pasti, aku keluar ke belakang. Aku lihat dia tengah menguruskan dua ekor kucing oren yang masih kecil-kecil. Ada sangkar kecil yang mengisi dua ekor kucing itu. Kemudian ada satu sangkar besar berjaring. Dalam sangkar besar berjaring itu diletakkan satu bekas berpasir, satu bekas makanan, satu bekas minuman.

Argh!!!  aku garu kepala. Mana awak dapat kucing ni!!
Kawan bagi.
Mak taknak bela kucing lagi.  Bagi balik..
Takpe la.. muhamad jaga.
Bagi balik!!!

Tapi sampai sekarang kucing oren dua ekor tu ada di tepi store luar. Aku tak ambil kesah. Dialah yang bersihkan sangkar, mandikan kucing dan bagi makan etc etc. Sesekali dibawanya keluar dan bermain-main dengannya. Aku sudah dapat bayangkan masa depan aku yang terpaksa berhadapan dengan kucing lagi. Argh!!! Niat ku untuk bebas kucing mungkin tidak akan kesampaian.

Selain cerita yang membosankan ini, hari-hari aku hanyalah satu rutin.  Dari pagi sampai ke malam hidup aku berputar-putar dan berpusing-pusing di situ juga. Tidak ada yang lain daripada yang lain. Bila semalam imah sms aku mengatakan ada ofer bagus untuk ke ho chi minh, aku terus bersetuju. Jom.  I need it.

Walaupun aku kurang berada di ruang tamu ini menghirup kopi panas, aku sebenarnya kerap ke dapur aku. Minggu lepas aku membuat satu tugasan untuk satu majalah. Selain merasa bangga sebab diberi kepercayaan untuk menulis resepi dan mengambil gambar, aku sebenarnya cuba mengukur kebolehan diri aku sendiri.  Nantilah aku cerita lagi mengenainya.

Selain itu, aku dikelilingi oleh sicomel sicomel ini;

 Maryam yang semakin lasak.


 Faris yang semakin tembam


Hafiy yang makin membesar.  Rambutnya sudah mula tumbuh setelah dicukur haritu.

Dan mengikut jadualnya, dua orang lagi akan menyusul tahun ini.

ibundo


24 comments:

aNIe said...

Salam Kak Pah...anak anie pelihara kucing tapi yang menjaganya kita...dia pergi kerja...kita jugak yang nak bagi makan... nak bersihkan pasir dia... tapi mandi aje dia yang buat...

Kadang malas nak jaga dah..tapi tgk mula lolly tak sampai hati...sayang sangat kat dia...

Ena said...

Ramai je yg suka baca omelan kakpah..

wahhhhhh.. cepat la cerita..

atuk said...

Assalamualaikum Ibundo

saya tak pernah beli kucing
anak2 tak tahan...asma


comel2 cucu nenek...

ibundo said...

anie,
kpah dah malas nak bela kucing ni. Banyak yang susahnya..

ena,
haha.. tunggu dulu. nanti nanti.

Atuk,
kalau boleh memang taknak dah.
Alhamdulillah atuk. Semua comel dan keletah..

Hjh Noralenna Abbas said...

Congrats! Hajah spotted by the majalah (yang mana satu, eh?) Bila nak shopping di HCMC?

Hjh Noralenna Abbas said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hjh Noralenna Abbas said...

2x terbit komen. Padam satu,Hajah.

ibundo said...

kak nora,
Err tak boleh cerita dulu. nanti bila dah confirm keluar baru cerita hehe.
Cadangnya September. Jom kak nora. Air asia ada buat ofer bagus end 1st july.

~ Cik Azz ~ said...

Akak masuk majalah..?? Alhamdulillah.. Tumpang seronok donga ehh.. Nanti jangan lupo sobut namo blog sey kek wartawan tu yoo... hahahaha...

Laman ghumah sey dah bosimen dah kak.. Tak dapek dah kucing2 tu nak momoghut kek situ.. Padan muko dorang kono cari jamban baru.. hehe...

Kek ghumah ni ibu2 kucing dah mula bunting dan boghanak balik dah.. Tu yoo la kojo yang dorang pandai buek.. adoyaiii... haha..

quinnie said...

pertama kali sampai sini...comel nya cucu kak pah...suka tengok..:)

Acik Erna said...

kak pah..kak pah tulis la apo2 pun se mosti jonguk sini..insaallah..lagi2 kok ado gambar2 cucu yang comel tu.

ibundo said...

Azz,
Kalau tak maun de memorut ateh simin tu elok amek amek la. Tapo kok moghut pun sonang nak jirus ..

Q,
hehe.. tak penah masuk sini ye. Asek jenguk dapur je. Datang la sekali sekali kat ruang tamu ni.

Erna,
Gambar2 tu pongganti idea yang hilang hehe. Pokoba erna.

azieazah said...

Kucing memang comel, tapi nak jaga leceh la. Pada saya.

Wahh comel lagi cucu-cucu Kak Pah nih. Rasa nak cubit jerrrrrr!

Kakzakie said...

Dia yg ambil dialah yg jaga kakpah. Ikut jejak siapa kalau bukan kakpah juga yg suka kucing. Tapi besar ganjaran menbela kucing ni kakpah.

Muka Maryam dah banyak iras Faris juga dah. Semakin besar Faris semakin macam anak mat salleh dah dia ni kakpah. Hafiy pun tak kurang akan ikut jejak sepupunya juga...

amn said...

salam hajjah

cucu cucu nya comel, sejuk mata...

amn said...
This comment has been removed by the author.
amn said...
This comment has been removed by the author.
amn said...

maaaf hajjah slow connection.

ckLah @xiiinam said...

Comel comel cucu nenda...

JunAina said...

Kak Pah bukankah antara penghuni syurga adalah org2 yg sukakan kucing...

Letih2 tengok cucu lega rasa...comeyyy...

Ku Tak Sempurna said...

takpe.
kucing-kucing-kucing-kucing-kucing tu pasti akan doakan kakpah.
redolah dgn hsl pemerutannya. cuba jdkan baja ke


muahahahaha

anaa said...

bundo,
boh noktah sebijik pun saya komen.. kahkah..

bab kucing saya kenot komen lelebih, tak suka kucingg heee..

uik, ramai dah cucunya.. wat koleksi cucu je lah..

KhaiRin : anies said...

alolololololo comeeeelllll

ibundo said...

azie,
kucing ni masa kecik seronok buat main. Bila besar urgh..

kak zakie,
dah memang buat perjanjian macam tu pun. Tapi rasanya janji bakal tidak ditepati hehe.. kak zakie,hafiy tu adik faris.

amn,
orang kata sayang cucu lebih daripada sayang anak.

cklah,
alhamdulillah.. anugerahNYA.

Jun,
hehe.. lega rasa hati.

kts,
urgh!!!

anaa,
harini dalam suratkabar ada berita orang kena denda sebab tak bagi kucing makan haha..

khairin,
diorang cakap .. tq auntie khairin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...