Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, July 4, 2012

Aku tidak bersalah

Mesen cash deposit yang berderet-deret di dalam bank, gunanya untuk memudahkan customer. Tak perlulah lagi menunggu lama di kaunter sampai terlelap sebelum nombor dipanggil, walaupun wang yang nak dimasukkan cuma sepuluh ringgit.

Aku masukkan sejumlah wang dalam mesen. Separuh ditelan, separuh lagi disuruh ambil semula sebab tidak diterima. Aku masukkan semula yang tidak diterima. Ditelan lagi lebih separuh tetapi tetap menolak beberapa helai. Aku ambil yang ditolak, masukkan semula. Tak diterima. Masuk.  Tak diterima. Masuk. Tak diterima. Masuk. Takditerima. Masuk....

Dalam kepala aku terbayangkan selipar jepun.
Rasa macam nak lepuk je mesen tu dengan selipar jepun.


p/s orang yang berderet berdiri belakang aku kelihatan gelisah dan tensyen.  Jangan salahkan aku.  Salahkan mesen.

ibundo



23 comments:

kakcik said...

Assalamu'alaikum Kak Pah.

memang tensen bila jadi macam tu! :(

ejaMaria said...

hihihi...
saya nunggu kat belakang tu Bundo... ;p

Tijah said...

samo la kito. semlm nak masuk rm55 kat kawan. 5 engget tak lopeh2 pastu ckp kat kawan utang dulu la rm5 tu. org dah menggelisah kat belakang...

Kakzakie said...

Memang selalu macam tu kakpah. Buat kita resah apa lagi kalau dibelakang kita ramai berderet menunggu.

kucingorengemok said...

betul, kalau gigih tarik-sumbat-tarik-sumbat, akhirnya semua akan tersumbat juga ke dalam... tahan tak tahan je la orang belakang dah start jenguk², hehe

secangkir madu merah said...

hehehehe.. sabar kakkk...

kakngah said...

mesen tu memilih kak... ko duit cantik ke.. kot duit lembik sikit.. gitu la jdnya...

~ Cik Azz ~ said...

Dio kadang2 tak nak duit yang dah renyuk.. Dio nak tolan duit yang masih kogheh.. huhu..

Sey sampai skang tak ghoti guno mesin tu kak... Biar la sey nonggok kek dalam tu nunggu giliran... Untung2 ado line wifi free, dapek gak sey ber-fb... kihh3...

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Mesin pun dah pandai nak bergurau dengan kita ya, hajah.

aNIe said...

Salam Kak... anie pun selalu kena camtu...tak tentu arah jadinya bila berderet2 orang di belakang... geram betol dibuatnya...

julietchun said...

memang semua mesin cash deposit bermasalah ya. kadang saya rasa kesian dengan orang belakang dok beratur panjang masukkan je berapa yang mesin terima.

ibundo said...

kakcik,
wkslm..tensyen dan serba salah orang nunggu lama kat belakang.

maria,
patutlah macam kenal je yang menjenguk2 kat belakang tu.

jah,
yang sepuluh pun susah nak masuk jah.
limo hingget lai la direjek e..

kak zakie,
buat-buatlah bersungut biar orang belakng dengar masalah kita hehe..

kog,
kena gigih dan sabar. takut orang belakang je yang tak sabar.

yati,
sabar dah tu..

kakngah,
tu la.. kena tukar duit. Itupun kalau ada duit yang lain.

azz,
ado jaga bank tu dulu bilo di tengok e duit tak boleh masuk2, diajar e satu cara. Diambek e duit yang tak boleh masuk tu, di rameh-rameh e bagi keronyok. Lopeh tu dibukak e balik. Elok yo duit tu masuk azz. Tapi kan.. bilo akak buek cam dio buek, tak maun pulak de.

kak nora,
tu lah kan? main cak cak pula dianya..

anie,
tu yang rasa nak bagi penarpar jepun haha..

juliet,
bank kena buat sesuatu jangan bagi orang asek panas hati je.

sal said...

tulah pasal terkadang buat keja2 camni membawa anak..adalah teman untuk sama2 tensen..taklah kesorangan menanggung derita nestapa..

KhaiRin : anies said...

akk lupa baca bismillah kot? ;-)

miloais milo said...

kak pah lepuk aje mesen tu ngan selipar jepun
memang manja giler kekadang CDM kat bank nih!
duit kelepet skit pun depa rejek!

mamawana said...

Saya pun selalu terkena cam tu.. last2 gi kaunter bank jugak.. gggrrr

~~zana@pb~~ said...

Rasa nak angkat bawa balik je kan kakpah? Letak dpn rumah buat hiasan:-)

S..U..D..@..I..S said...

betoi kakpah.. rasa cam nak sepak, kalu sepak malu dapat sakit pun dapat..hehe

Ku Tak Sempurna said...

cubo tolak lah duit tu kat den. kompem den tolan terus. takyah susah2 nak terbygkan selipar jepun

hahahaha

.
.

:D

anaa said...

kekeke... mesin tu sungguh tak mesra alam kan.. bundo len kali lipat duit tu cara memanjang.. pastu luruskan balik.. bagi ada kesan lipatan baru masukkan duit tu balik.. mesin tu memang wengg kadang..

Irfa said...

mmg ada mesin memilih mcm tu
kat klia ni pun ada..kdg2 rasa malu kat org belakang yg lama menunggu..mcm nak masuk juta-juta
rm50 je pun..kuar masuk,kuar masuk.sabar jelah ;)

Zaitun said...

Salam kakpah...lama saya tak berkunjung.

Rindu dengan coleteh kakpah hehehe....

ibundo said...

sal,
kalau sengsorang,berleter dengan mesen tu je lah.. Kakpah okay je cakap sengsorang haha..

khairin,
hikhik.. pandai je la ko nak buat tuduhan palsu.

miloais,
nanti nak bawak spare slipar jepun dalam henbeg

mamawana,
kalau banyak takper jugak. Sikit2 tu rasa macam tak bebaloi je nunggu lelama.

zana,
ha.. nanti ada je wartawan metro ikut sampai rumah.

sudais,
hehe..

kts,
dah tau dah. Kau memang jenis tak tolak punya..

anaa,
ooo ye ke. nanti nak cuba trik macam tu lah.

irfa,
mesen memang tak boleh diharapkan sangat kan? Manusia pun selalu tak sempurna jugak.

Zaitun,
salam.. ala.. kakpah ni celoteh on and off je ikut mood.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...