Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, July 2, 2012

Kunci opis aku dah jumpa ke belum pah!!

Agak-agak baru sampai sungai buluh, dia telefon aku.
'Cuba cari kunci kat almari tempat sembahyang.  Mungkin letak kat situ. Semalam masa masukkan kereta, kunci tu ada'

Aku jawab dengan k yang panjang.  Kkkkk.....

Puas aku kelobek belakang sejadah. Celah-celah rehal.  Tepi-tepi kitab. Aku dongak ke atas. Aku tunduk ke bawah. Aku meniarap tengok bawah almari. Jangankan nak nampak kunci, bayang pun tak ada. Give up, aku naik masuk dalam bilik aku dan on laptop. Nak tanya faris, dia pula terus ke tadika mengikut emaknya. Tengahari baru datang.

Satu jam lepas tu dia sms.
Jumpa tak?
Tak jumpa. Dalam beg opis dah tengok ke belum.  Cuba tengok!!

Lepas tu aku terima sms lagi;
Dah jumpo.  Bilo ekau kato dalam beg, den buko jeng jeng.. ado.

Ek ele laki aku ni....


nota: Satu ketika dulu aku ke hulu kehilir, turun naik, ke luar ke dalam, ke atas ke bawah mencari kunci kereta. Rupa-rupanya kunci kereta aku ada dalam poket seluar hasben aku. Seluar tu pula sedang dipakainya kat opis.


20 comments:

~ Cik Azz ~ said...

Orang lelaki mmg salu macam tu, kan kakk.. Adik2 sey la punyo pangai tu.. Kok enpon, buleh gak kito dail nak tau mano diam ehh.. Ni kok kunci, moncungap la cari.. huhu..

Hjh Noralenna Abbas said...

Ketawa saya baca kisah absent minded prof. Mujur ada 'Pah'

Acik Erna said...

kaka pah..soba yola..he he ..masalah kek rumah ni pun samo..asek2 kunci kunci kunci..kadang2 nak yo marah raso e..nak se rantai kan kek leher e tu..he he

CikNi Ahnie (KakNi) said...

Hai kelakar lah pulak.. kadang2 tu cari kat tempat yang sama 2-3 kali pun tak nampak, dah masuk kali ke 4@5 barulah nak jumpa... selalu berlaku kepada saya...

cikmanggis said...

hehe biasa la tu kak pah...bila cari pen pusing pusing tapi pen atas tinge je:)....

~~zana@pb~~ said...

hehe...bukan org lelaki je, kaum kita pun sama..
kisah rumahtangga, mcm2 hal berlaku ye kakpah.

kakngah said...

eh.. dulu ponah kakpah & prof g sabah ko mano tobawak kunci gak kan??

FnF Simple Life said...

laaa... sabo je le...hehehe

pB said...

tak ada spare key ker ??

ejaMaria said...

hahaha...
sepesen je la org lelaki ni kan Bundo... hubby saya pun selalu je, klu barang dia hilang, kita la jadi tukang geledah mencari... ;p

Nizam.Ariff said...

huh.. nasib baik jumpa.

kalau tak tadi aku dah nak tuduh orang bunian yang sorokkan.

kucingorengemok said...

cerita yang kedua tu, kah kah kah, berair bijik mato den golakkan (eh, ketawa=golak ke?)

miloais milo said...

dah berhari2 tak masuk blog akak...
iols baca habis entry2 tertunggak.... hiks

gelak iols - bab terlupa kunci tu...
harus kena letak note kat henpon lepas ni
kat mana letaknya barang2 yg penting....

julietchun said...

lenkali sebelum suami keluar rumah kakpah kena tanya siap2,kekekekekke

anaa said...

segalanya bini gak yang kena hingatt kann... kehkeh..asben saya kalo carik menda kat umah tu selalu tak jumpa.. sakit no hati kadang tuu.. hehehe.. .

klcitizen cikgunormah said...

Dah tua memang gitu la , kak pah

ibundo said...

azz,
elok e kunci ni boleh brdering macam henpon. Sonang nak carik.

Kak nora,
dia selalu cakap. Dulu dulu kalau dia cari barang tak jumpa dia akan tanya saya. Saya tahu je kat mana nak carik. Tapi sekarang ni, bila tanya, hehe.. saya pun sama tercari-cari.

anie,
Kalau cari tempat yang sama tak jumpa, kakpah cakap dia cari dengan kepala lutut haha..

erna,
haha.. selalu dah cakap cam tu na. Rantai yo kek leher tu.

ibundo said...

cik manggis,
cari cermin mata, cermin mata ada atas kepala hehe..

zana,
ya.. tu lah yang buat asam garamnya. Kalau tak hambar je hehe

kakngah,
iyo.. bawak kunci sampai klia. Nasib baik klia tu ado pos opis. Buleh hantar balik pakai pos laju.

ibundo said...

FnF,
hehe

pb,
spare key ada tapi kat main office tempat kerja dia.

nizam,
bunian kepala hitam?

kog,
nak buek camno kan..

miloais,
masa letak tu ingat. bila nak cari dah tak ingat hehe

juliet,
macamana nak tanya kalau aku sendiri lupa nak tanya kahkah

anaa,
ada masanya bini boleh tolong. Ada masanya bini pun sama blurrr..

cikgu normah,
tulah pasal. Banyak dah skru yang longgar dan hilang ni.

Irfa said...

hahahha..lain kali kuar umah kena buat check list :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...