Kalau kita buat cookies apa bahan mesti ada?
Tepungggggg!!!..... bergema satu sekolah
Lagi?
Gulaaaa!!!!!!!!!
Lagi?
Telurrrrrr!!!!!!
Lagi?
Majerin!!!!!!!!
Lagi?
Senyap. Tapi ada satu suara berkata dengan penuh konfiden.
Sadinnnnnn!!!!!!
Haha.. kita buat cookies nak oi. Bukan buat sandwich.
Maka selepas itu berlakulah sesi timbang menimbang, pukul memukul, gaul menggaul, bentuk membentuk, bakar membakar dan akhir sekali makan...
Kami perkenalkan bahan.
Kami tekankan kebersihan sebelum memegang bahan dan adunan.
Kami juga memberitahu akan bahaya oven yang panas. (Dalam aktiviti ini guru yang melakukan tugas bakar membakar)
Kami tekankan juga sifat tolong menolong, bantu membantu. H'a.. nanti ibu-ibu yang di rumah tu kalau buat biskut raya jangan lupa ajak anak-anak membuatnya juga. Mereka seronok.
Mereka seronok membuatnya walaupun rupa cookies tak adalah secantik mana.
Kejap-kejap ada yang menjengah ditangga dapur;
Ummu.. belum siap ke. Saya dah tak sabar nak makan ni.
Boleh bawa balik tak? Saya nak bagi emak, ayah, adik, abang dan saya. Saya nak lima.
Yang habis dimakan lebih daripada separuh. Dapatlah bawa balik dua biji seorang.
Laa... dua biji je cikgu? ,kata suara yang tak puas hati.
Haha.. nantilah kita buat cupcake pula ya...
Sekian.
ibundo.
23 comments:
syoknyaaa! ah poh jr dah cakap, dia dah besar nanti nak kerja jadi tukang masak, hehe
Seronoklah anak2 tu dpt buat biskut,klu Nurul kat rumah nak buat kuih pun anak2 mesti semuanya rajin nak menolong.
mesti terujakan budak² nak buat biskut ni .. kalau kat rumah jgn haraplah ..
Wahhh kakpah kakak rasa Aulad memang bestlah. Anak kakak dulu tak ada pun sessi cooking/baking macam nie. Kalau tanam-tanam tu adalah. Seronok bebudak tu dah buat dapat merasa siap bawa balik lagi..
wah seronoknya tgk anak2 main tepung.saya nak join jugak boleh ke?hehe
biskut letak sardin sedap kot??
2 bijik kang berebut pulak yang ada kat rumah tu, kekekekkeke
Budak2 memang suko buek bondo2 camni,kan...
Kek ghumah ni kalau sey buek biskut, ado yoo anak buah yg nak nolong.. Tapi tu la, makin lambek jadi ehh kalau dorang nolong.. Sudah ehh sey suruh dorang basuh pinggan mangkuk yoo... Tak maun lak masing2.. sekor2 ilang dari dapo.. adoyaii...
Assalamualaikum Ibundo
suka nyerrrrr budak2 tu
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
tahniah ! ramai staf ni kak...boleh bukak kilang cookies ni !
selamat menyambut ramadhan al-mubarak
good 'aidio
hahaha... kiut je... yang ramai2 tuu berminat nak tau resipi ke? nak makan je tuu?? kahkahkah
Seronoknya dpt jadi murid Chef Teepah. Hehehe
kog,
tukang masak sekarang ni masuk ribu riban wo..
Naza,
anak-anak ni memang suka nak ambil tahu. Kita je kadang2 malas nak layan sebab melambatkan kerja. Nak nak kalau kita nak cepat kan?
Masha,
apa tak teruja nya. Dapat main tepung majerin bagai lah katakan.
Kakzakie,
memang diorang seronok. Sampai balik pun mereka bercerita.
Irfa,
boleh tapi kena sain kontrak buat kue raya haha..
bujal,
nantilah makcik terai bujal weh..
juliet,
haha.. tu sampel je tu juliet. kalau nak lebih kena oddder haha..
Cik azz,
biasolah azz. Tang menyibuk.. dioranglah yang sibuk. Tang buek kojo memasing moncicit ilangkan diri.
Atuk,
wkmsalam wbt.. Selamat menyambut ramadhan almubarak juga pada atuk. Semuga ibadah kita diterimaNYA.
sonata,
haha.. tu yang train dari kecik tu haha..
selamat menyambut ramadhan..
kayna,
resepi tak kesah asal boleh makan hehe
cklah,
apa tak seronoknya cklah. yang tukang basuh mangkuk, bersihkan pinggan.. chef teepah nilah ..
hhahahaah...
.
.
.
jangan lupo hidang maso rayo!
Boleh order untuk raya,pekerja ramai tu kihkih...
Anak2 makchaq pun masa kecik suka baking dan masak2, jadi kami selalu baking ramai2..
Tapi biskutnya jarang boleh dihidang sebab depa suka terap gambar tak sesuai.. ayam, rabbit, bear, orang...jadi depa saja la yg makan....
Ada parents tak suka anak2 kacau mereka di dapur, esp time buat kuih/biskut raya. Jadi tadika seperti Aulad memberi peluang budak-budak mengalami 'seronok'nya buat kuih raya. Tahniah hajah!
ash,
rayo kena buat yang lainlah pulak
makchaq,
buat untuk diri sendiri ye makchaq
kak nora,
haha saja nak bagi diorang rasa seronok
owh owh...
abis la mengamuk Mak-Mak org yg nak buat biskut kat rumah... kalau tolong jadi cepat takpe... ini lagi lambat... pastu belum penuh sebalang, dah abis sedulang...
oh no... 'takpe Luqman nanti tolong makan je, tak perlu tolong buat...'
^_^
best nya bebudak tu dapat buat cookies.. ada coklat ye dalam nya? nampak cam ada melting je tu..
banyak aktiviti aulad ni.. seronok saya tgk.. untung dapat mem yg kreatif..
puasa apa aktiviti nya kak pah? anyam ketupat? :)
Post a Comment