Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, July 16, 2012

Bukan Tipah je tertipu

Beberapa bulan dulu ada aku cerita pasal stokin yang berasal dari satu kilang tetapi dijual kepada beberapa kompeni yang berlainan.  Dari situ, dilabelkanlah stokin stokin itu mengikut jenama kompeni kompeni tersebut. Stokin yang berjenama terkenal akan dijual dengan harga yang lebih tinggi manakala yang biasa biasa, boleh kita beli dengan harga murah.  Bagi yang mementingkan status, sudah tentulah memilih harga yang lebih tinggi walaupun pada dasarnya stokin itu mempunyai kualiti yang sama sebab keluar dari perut kilang yang sama.

Realitinya, kita tidak tahu pun yang kita telah ditipu dan dikelabukan mata.

Semalam aku menghadiri satu kursus peluang perniagaan dan pemasaran. Kami ditunjukkan kepada gambar  satu kilang yang menghasilkan minuman kesihatan.  Pengeluar boleh menghasilkan pelbagai minuman jus yang digemari mengikut kehendak semasa. Namakan saja.. jus manggis, jus mengkudu, jus kurma etc..etc.  Semua dia boleh buat. Dan paling mutakhir adalah jus delima.
Secara melawak, penceramah berkata sesiapa di antara kami yang berminat untuk membuat jenama minuman sendiri, bolehlah membelinya dan membotolkannya mengikut pekejing yang kita hendak.

Maknanya, minuman jus kesihatan yang melambak di pasaran itu datangnya dari satu punca. Ia dipasarkan dengan pelbagai jenama dan dalam botol yang berlainan. Siapa yang kena tipu? 
Aku memang dari dulu lagi tidak berapa yakin dengan minuman seperti ini apatah lagi apabila dikaitkan dengan penyakit-penyakit berat yang dapat disembuhkan hanya dengan meminumnya. Kalau begitu mereka ini telah menjangkaui kepakaran para doktor dan saintis.

Kalau mahu menyentuh isu pengguna kena tipu, memang tak habis nak bincang satu hari satu malam. Sadisnya kita sendiri banyak kali tak sedar bahawa kita ini senang-senang kena tipu.  Untunglah bagi mereka yang peka dan tidak menelan bulat-bulat setiap apa yang disogokkan.

Pernah mencuba jus atau makanan yang mendakwa boleh menguruskan badan? Cuba baca cara-cara pemakan secara terperinci. Terang-terang dinyatakan di situ, apabila mengambilnya pastikan banyak minum air, ambil makanan sedikit saja, malam tidak boleh makan nasi. Lagi, banyak makan sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak.  Kurangkan makan nasi. Boleh nampak tak?  Tak payah makan pil kurus atau jus kurus pun kita dah boleh kurus kalau kita amalkan cara pemakanan seperti itu. Jadi apa gunanya pil dan jus kurus tu dik oi..  Membazir duit je beratus-ratus.  Dah tu bukan cukup sebotol.  Kena berbotol-botol.

Banyak lagi kalau nak cerita.  Apa kata cerita pengalaman you all pula.

Sekian

ibundo


22 comments:

Kakcik Seroja said...

Hahaha... saya nak gelak je! :)

GREENJADE said...

mmg betul tu bundo..sy mmg susah nk percaya konon2 magic yg dipropa mereka ni..tp sedih lah tgk org kita (Melayu) byk yg termakan & teruja dgn propa magic gitu..

Acik Erna said...

salam kak pah sibaik se tak ponah boli..sobab tang air2 ni memnag tak suko..tapu kalau vitamin2 tu ado gak kak pah..apo cito e yang tu kak pah..

ejaMaria said...

saya pemalas makan supplement ni... tapi... lately ni ambil spirulina (atas saranan doktor) untuk kawal sinus kita... ;p

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Begitu juga dengan produk kecantikan. Kilang sama, botolkan aje ikut jenama kita.

NenetPenne (NP) said...

saya sokong dgn statement Hjh Noralenna Abbas tu... kosmetik pun sama jugak....tak kiralah jenama apa pun, yang pasti satu sumber kecuali yang ada lab atau RnD sendiri...

asyifamustaffa said...

salam kak.
sy smpi skrng x berani pun nak cuba sebarang ubat/air minuman utk kurus nie...efeknya tu..kita x tau kan....

tasekM said...

aku setuju kak.
mengarut ke produk2 tu.

bg aku satu.
jaga makan.
bersenam.

tu je la ubatnya kalau nk kurus..



.

Unknown said...

Dah bnyk mencuba, sama je....
Lemak tepu dlm bdn bukan senang nak hapus kalau takde exercise.

ASH said...

Aku selalu kata pada diri aku...kalau beli produk yang beratus ratus hinggit tu bukan aku yang kurus tapi poket aku yang kurus duluuuuuu...
.
.
.
hahahahaha
.
.
.
sekian

*sila ambil maklum..jangan datang pada aku dan jual produk kecantikan atau produk kurus badan..

cahya indah said...

cahya dah perasan pasal 1 kilang keluarkan produk untuk banyak brand bila tengok kasut n bag yang sama ada jual kat different shops.
lepas ni memang tak payah nak fikir lagi mahal, lagi bagus la kan. dalam kelas marketing pun memang dah belajar barang2 mahal is not always sebab it's good in quality.

product utk kuruskan badan..memang tak pernah percaya. hehe

ibuintan said...

yo ko camtu Kak Pah... osah tetipu kok camtu

Cik Azz said...

Ontah ehh.. Copek bona pocaya dgn bondo2 ni semuo.. Kok sey la, takdo mado an dohh.. Kok sakit, ubek spital tu la yg sey makan.. Dah tontu ubek tu dapek kelulusan...

Oghang kito ni nak dapek hasil yg copek.. tu yg mudah pocaya tu gak ehh..

Minum banyak air kosong yoo.. hehe..

Granny Hani said...

Tertipu dek kebodohan sendiri nak buat macam mana kannn...orang cakap tak nak dgr, biarkan lah ...

Yunus Badawi said...

Badan belum tentu kurus kalau makan pil atau ubat kurus tu tapi poket yg semestinya kurus .... huhuhu

kucingorengemok said...

tapi kak, stokin 5 $10 lagi cepat kembang dari stokin 1 $5...

Nizam.Ariff said...

haah, aku sokong KOG... hahaha

tapi aku beli yang di pasar malam la... 3 RM10 je, elok sikit dari 4 RM10.

ibundo said...

kakcik,
haha..

green jade,
ada yg betul ada yg memang sah tak betul. kita ni yng kena pndai memilih

erna,
ponah marin cubo satu jus ni. laki bini cubo.. sudah e buang sobab bilo minum gayang. tapi yg kpah rekomen kek ekau tu doktor pun prescribe kek patient. yg tu buleh dipercayai.

maria,
makan tmbhn ni ada gunanya. untuk melngkpkn apa yg tak cukup dlm badan kita ni. cuma jgnlah ambik yng claim dia boleh sembuhkn semua penyakit.

kak nora dan NP
kita kalau tersalah pakai tu yng tumbuh jeragat satu muka tu

ibundo said...

asyifa,
yng bagusnya kalau nk kurus, kuruslah secara sehat.

Tasek
betul.. betul

zana,
betul tu. tak boleh nak rely kat ubat2 kurus ni

Ash,
haha.. aku tak jual

Cahaya indah,
Agaknya lah tu. Tapi kita kena ambil kira juga bahawa tidak semua yang di pasaran tu begitu. Banyak juga yang asli. Kita je lah yang kena pandai. Masalahnya.. kita tak berapa nak tahu mana yang betul mana yang tak.

ibuintan,
haha.. camtulah nampak e

ibundo said...

Azz,
memacam yang ado dijual. Maleh nak nengok e yo. Somo e claim produk dio yang paling hebat. Osah lah..

GH,
haha.. tu belum masuk kes cepat kaya tu

KOG, nizam..
Tu lah pasal.. Kita ni kena bijak pilih mana yang betul mana yang tak betul. Dalam banyak banyak benda yang ada kat luar tu, takkanlah tak ada yang ori kan?

YB,
haha.. tapi aku rasa poket kau kembung je selalu.

Kak Lia said...

Memang betul tu kak pah...soerang doktor penah citer ngn saya...minuman 3in1 yg mcm Power root ke.super power ke..apa2 je la...sama je kandungannya...huuu.....

ieda said...

minuman segera pun sama ja...husband pernah dapat offer dari org yg buat product ni...dia cakap kalau awak nak saya boleh buatkan utk awak...letak ja brand apa yg awak mau.banyak kompeni yg ambil serbuk kopi campuran ni dari dia pastu packing kat kilang masing2..letak mcm2 jenama.adalah sikit yg pengeluar ni ubah2 formula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...