Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 28, 2012

Pin

Masa anak-anak aku kecil, mereka suka bermain dengan 'password'.  Apa-apa sikit bagi password. Kalau password tak betul, tak merasalah kau.

Satu hari lama dulu adik mahu masuk ke bilik kaklang. Ketuk ketuk pintu tapi kaklang buat tak tahu.  Adik ketuk lagi.
Password!!! jerit kaklang dari dalam.
Kaklang CANTIK!!!  kata adik dari luar.
Cepat kaklang buka pintu walaupun password yang adik bagi itu bukan password yang sebenar.

Dalam dunia sekarang password atau nombor pin sudah menjadi sesuatu yang mesti ada. Kalau kita ada beberapa akaun dalam internet, sebanyak itu pulalah nombor nombor atau password atau ID yang kita perlu ingat. Itu belum lagi termasuk nombor pin kad atm kita yang banyak keping itu. Masalahnya, nombor-nombor dan ID itu kadang-kadang aku terlupa hendak mencatatnya di mana-mana. Ataupun aku catat di dalam buku tetapi aku tidak ingat buku mana yang aku tulis.  Sudahnya, banyak akaun yang aku dah tak boleh masuk, termasuklah maybank2u.

Mak.  Apa nombor pin kad cimb adik? anak aku sms dari Kuala Nerang.
Laa.. manalah mak tahu.
Adik tak boleh kuar duit ni.

Nombor pin kad atm lagilah kena berhati-hati.  Nak tulis dalam buku nota takut kalau-kalau terjatuh pada tangan orang lain.  Kejadian henbeg aku kena ragut dan kehilangan 6K lebih masih bermain-main dalam kepala aku.  Mahu tak mahu, nombor pin aku kena simpan dalam kepala.  Bila sesekali kepala jem, aku kena ketuk-ketuk keyboard backspace, enter, delete memacam sambil termenung-menung depan mesen atm.

Tapi hasben aku ada sikit bijak.  Semua pin number dan ID dia tulis dalam kertas nota dan simpan dalam peti.  Bila dia kemana-mana  dan terlupa akan nombor-nombor tersebut, dia akan telefon aku suruh carikan. Itupun kalau aku ada di rumah masa tu.  Kalau aku ada bersama dia? haha.

Bercakap hal ni, ada satu lagi perkara yang aku patut sentuh. Semasa kita meninggalkan komen di blog kawan yang kita singgah, ada blog yang perlukan kita membuktikan bahawa kita ini bukan robot. Kalau dulu word verification yang dibagi tidaklah sesusah mana.  Sekarang kena tulis nombor dan perkataan.  Kadang-kadang perkataan itu melekat di antara satu sama lain.  Bagi orang muda yang mata masih cantik, elok, terang, aku rasa tidak berapa bermasalah kalau dibandingkan dengan aku ini yang terpaksa menjegil-jegil mata untuk melihat dan sekali rap menulisnya. Angka lapan nampak macam S. Angka 13 nampak macam B.  Kadang-kadang bila susah sangat nak tulis, aku tinggalkan saja.

Rasa-rasa perlukah ada word verification ini untuk comment ? Kesian kat aku tau!!!!

ibundo


18 comments:

kasihibu said...

pasword sya dari blog,email,fb dan atm sama je tarikh lahir mak dan enpakwe serta diri sendiri ;p

kaklong said...

sebaik kaklong guno satu bank yo..klu tak jonoh yo nk ingt byk paswed...heheheh..
sebaik paswed fb ng blog samo yo....hahahah

Bitt (doubeIS) said...

aduhai...saya pon agak serabut bila word ver. keluar...kadang2 lepas komen panjang2 terus klik x geram gak tengok r tersepit ala2 macam x pon ada..haihhh
selamat berpuasa :)

Kakzakie Purvit said...

Selamat berpuasa kakpah...

Kakak guna password utk apa pun yg sama. Begitu juga pin no semua a/c sama sebab takut lupa.

WV tu bukan kakpah je yg keliru kakak pun sama. Tapi yg nombor tu kita boleh abaikan cuma huruf-huruf tu buat kita kena besarkan anak mata kita:) Kalau buat pop-up lebih senang pada kakak.

Anonymous said...

Selamat berpuasa Kak Pah.

Begitulah kita ni yer kak pah, mata dah tak berapa nak jelas. Tapi tak aper sekurang2nya kita masa boleh ikut trend sekarang.

kakngah said...

kalau ada word verification.. maknanya takde la lagi masuk situ... :P

Kak Lia said...

same la kak pah....walaupun mate tk rabun..tp sy SAKIT mata tgk verification tu....mcam tk ikhlas je nk bg org komen..kekkeke

Cik Azz said...

Boto tu kak.. Kok sey pun lomah gak nak mengomen yg ado word veri ni.. Lotih mato dok belek2...

Kadang2 pun sey tinggalkan yoo camtu... Maleh dah nak komen..

Nizam.Ariff said...

pasal word ver... tu aku ada pendapat yang sama...

Unknown said...

Ibundo guna je password yg senang2 kalau akaun spt blog, email dll. Zana pun gitu juga, selalu lupa dan kena marah dgn hubby. Nak buat mcmna, dulu2 setiap bulan dpt gaji boleh le ingat pin number. Skrg ni sebulan sekali pun payah nak menyocok kad tu.

Word verification tu mmg menyulitkan, nak buat mcmna, blog org. Zana tinggal je kalau susah sgt.

JunAina said...

Selalu guna besday orang terdekat tetapi sesekali pening jugak bila pegang kad terlupa besday siapa yg diguna...garu2 kepala tekan2 sampai tiga kali kena telan kad atm...hangin!

tasekM said...

aku tak komen terus kak.
kah2.


.

ASH said...

Tas ajer nyer pun..

Aku nampak lagi boleh le komen..
Tapi ya laa..
.
.
kat blog ni rasanya idak le usah guna word ver..
UNLESS
blog politik kuttt..
.
.
kut laa...
kalau blog macam kehidupan macam kita ni...hmmmm rasanya biasa biasa udah lerr

ibundo said...

kasihibu,
kakpah pun pusing pusing kat situ jugak tapi kadang2 terpusing tak tau kat mana haha..

kaklong,
kau nak tau kaklong, yang satu pun kadang2 tak ingat. Camno tu?

Bitt,
Itulah pasal. Bila dah komen kena pulak bagi WV. Sampai dua tiga kali tersasul, kakpah tinggalkan je..

kak zakie,
selamat berpuasa. Kpah rasa benda tu macam menyusahkan je. Tak payah ada pun tak apa kot.

Kunang kunang,
alhamdulillah walaupun kurang jelas tapi masih boleh melihat. Rezki Allah masih ada.

kakngah,
rasa macam nyusahkan je kan?

kaklia,
haha.. tau tak per.

cik azz,
mungkin diorang tak tahu yang benda tu boleh buang je.

Nizam,
pendapat kau yang mana satu hehe..

zana,
selalunya pusing pusing kat nama sendiri dan nama anak. Tapi itu pun boleh lupa yang mana satu.

Jun,
haha.. guna besdei pun kadang ada masalah juga. Tak pasti letak tahun dulu ke bulan dulu ke etc etc haha

Tasek,
aku dah agak dah.

ash,
aku pun berpikiran sama. Kalau setakat blog kita yang ntah hape hape ni tak payahlah minta bukti yang pengomen tu robot ke tak ek..

Amie said...

Selamat pagi Ibundo,
Word Ver. tu menyusahkan ajelah... buang masa dan tenaga he he he hhaa lagipun berblogging ni free tak kena cukai pun hikhihikkk

ibundo said...

amie,
selamat pagi. Haha.. tau takper.

ejaMaria said...

hehehe...
penin kan... saya pun banyak gak akaun, email la... fb la... blog la... bank la...
pastu yg keja gomen ni ada HRMIS la... MyKJ la... email rasmi lagi... nak tengok gaji pun kena log-in... :(

kena bila nak komen ada word verification - mmg tinggal je la... ;p

Anaasuria said...

password saya dalam internet sumer sama aje.. cuma untuk e-banking je ler sedikit complicated.. yang tu saya tulih, boh kat opis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...