Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, August 7, 2012

Banjir Manusia

Sekarang ni kalau pergi pasaraya, aku mabuk dengan orang. Tak payah cerita pasal shopping kompleks yang jauh-jauh. Cerita pasal warta je dah cukup.  Warta yang di bandar baru bangi ni maksud aku .  (Sebenarnya warta dah lama tak wujud dan bersilih ganti dengan bintang dan giant.  Tapi oleh sebab bangunan tu dari azali dikenal dengan nama warta, kau gantilah dengan pasaraya apa pun, nama warta tu juga yang disebut-sebut).

Kompleks warta ni kalau hari-hari biasa memang lengang. Kita boleh jalan lenggang lenggang kangkung ke hulu ke hilir. Tapi masuk saja bulan puasa aku pun tak paham dari pelosok mana orang ni datang. Kalau jalan, mesti laga-laga bahu. Kalau jalan mesti langkah macam orang jepun pakai kimono sebab mengikut orang depan yang ambil own sweet time belek sana belek sini. Kalau jalan, mesti tersadung dengan budak-budak yang lari sana lari sini yang sama-sama excited menyoping.

Aku jadi rimas dan lemas.  Kalau lama-lama berada dalam keadaan begitu aku jadi pening lalat. Faktor usia.  Padahal dulu elok saja aku mengikut rentak yang sama seperti mereka.
Kalau boleh aku elak memang aku elak pergi tempat-tempat seperti itu sekarang ni. Tapi ada masa-masa yang aku memang kena pergi.  Contohnya aku nak mencari bahan untuk aku masak. Aku terpaksa redah. Itupun perlu beratur panjang untuk membuat bayaran.

Kalau pergi tesco aku suka pergi awal pagi. Biar aku tunggu depan pintu masuk sampai guard bukak. Bila pergi awal, troli pun masih banyak.  Orang pun belum berapa ramai.  Tapi itupun tidak boleh dijangka juga.  Ada ketikanya orang ni mempunyai idea yang sama macam aku iaitu datang awal. Sudahnya, terpaksa jugalah beratur panjang untuk menimbang sayur.

Seminggu lepas aku dan imah pergi ke warta kononnya nak mencari baju raya. Mulanya imah ajak aku ke alamanda.  Dengar nama alamanda je aku dah tergigil sebab aku dah bayangkan orang ramai yang mundar mandir.  Janganlah cuba masuk parkson.  Mahu aku termuntah. Tapi macam yang aku cakap tadi, warta itu pun dah aku tak boleh tahan dah.  Tambah pula masuk kedai keluar kedai, naik tingkat turun tingkat.  Dah tu pula satu baju pun tak pekenan.  Macamanalah aku nak pekenan.  Baju yang ada bermanik-manik sampaikan bongkok badan bila memakainya dek sebab terlalu sarat dengan manik. Baju kurung yang simpel yang aku pekenan harganya sampai tiga ratus lebih. Jubah pun sekarang ni kebanyakannya pesen yang melekap lekap kat badan.

Sudahnya aku balik je.  Aku cakap dengan imah raya nanti aku pakai je jubah hitam yang aku beli kat mekah haritu.  Satu hariraya pakai jubah hitam.  Dua hariraya pakai jubah hitam. Haha sampai duahari raya jelah. Satu hari raya pergi masjid.  Dua hariraya balik beraya di kampung. Takdenya orang nak tanya apasal aku pakai jubah hitam kan. 

Lepas menyoping di warta tapi tak dapat apa-apa tu, imah dan kawannya pergi ke jalan TAR.  Itu satu lagi tempat larangan aku.  Tapi budak-budak muda ni selamba je meredah kesesakan lalu lintas di kaki lima dan lorong-lorong di situ. Kemudian dia sms aku; mak.. imah belikan mak baju kurung hitam ada bunga bunga colorful. Belikan untuk kaklang jugak satu.

Bila dia balik aku dan kirin tergelak sakan sebab memang very colorfullah bunga-bunga dia.  Aku tak taulah nak pakai ke tidak.  kang tak pakai kecik hati pulak. hmmmm...

Bercakap pasal orang ramai dan sesak ni, aku teringat betul pada ramadhan tahun lepas semasa aku menunaikan umrah. Bila saja mahu ke masjid dan juga diperkarangan masjid, memang penuh sesak dengan umat. Peliknya aku tidaklah nak termuntah macam bila berada di pasaraya yang sesak dengan orang.  Malah aku rindu betul dengan suasana itu. Kalau aku ada rezki, aku mahu mengalaminya lagi.  Dan beraya di sana lagi.....

Pagi tadi dj ikim menyebut bahawa masjidil Haram dibanjiri manusia.
Tapi di sini tempat yang dibanjiri manusia adalah di masjidil India.

Sekian.

ibundo


23 comments:

ejaMaria said...

kalau jalan saje-sajar kat Jln TAR tu... mmg boleh muntah... tapi kalau ada target - tak kut... ;p

Anonymous said...

ahahahaha. xde2 kena pakai gak! baru adil kite sume pakai bunga kalerpul! kehkehkeh

Kakcik Seroja said...

Salam Kakpah.

Saya pun tak berani nak menyesakkan diri sama, takut bukan setakat termuntah tapi boleh pengsan saya nanti!

JunAina said...

Kak Pah dalam kita nak termuntah pi sana ada jugak org dari Ipoh bersibuk2 nak merasa keramaian Jalan TAR...

Kakzakie Purvit said...

Betul kata kakpah kalau bersesak di masjidil haram tak rasa nak muntah pulak kan tapi kalau kat bazar/shopping kompleks pening semacam rasa.

Kena pakai baju yg dah dibelikan tu kakpah. Hitam juga cuma berbunga-bunga..oklah tu:)

Acik Erna said...

salam kak pah..nampk e sabtu ni kono yo besosak kek warta tu..nak yo cari tudung..tudung pesen yang se pakai ni ado kek warta yo..nak buek camano kak pah..nak poi awal hari tu..tapi adek pulak poi umrah..dio suruh tunggu dio..sudah he..tak yo poi2 laie

Nizam.Ariff said...

betul tu kak. beli warna hitam semua.
senang. tak payah nak fikir nak pakai baju apa esok, lusa, tulat...

indahhouse said...

Salam kak pah,
hehe.. masjidil india. kalau time berbuka dan terawikh takpe lagi kan? hehe.
Separuh ramadhan ni, memang ramai dah mula cari pakaian raya. Saya pula melopong tengok mesin. huk. nak jait langsir bodo-bodo lagi, nak oter langsir lama lagi. Nice idea tu pakai jubah hitam, saya pun rasa nak pakai tu jugak. :D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

best dapat pegi Mekah..
doa lebih & buat amal lebih sikit..
insyallah Allah pilih lagi pegi sana :-)

YATZAKIE said...

kalo yat jalan2 kat jln TAR tu lamatnya ke malam la bru blkk kak..org mcm semut je kat citu..kalo bwa qis menjerit xselesa dia..

julietchun said...

pakai baju bunga kalerful nampak muda 5 tahun kak :D

bujal X said...

kat tempat saya giant takde orang~~he~~rilek je beli barang~

ASH said...

Jom kita berjubah hitam jer....
I ada 4 helai tu..
nak beli apa lagi kan?

aza ni said...

hajjah

lama benar tak ke masjid india dan wisma yakin..

ibundo said...

ejamaria,
orang muda macam ko bolehlah.

imah,
iyolah tu

kakcik,
samo2 pengsan kito kakcik

junaina,
meriah bagai pesta ya..

kak zakie,
kena dengar suara ramai nanti haha.. dua lawan satu.

erna,
kok kakpah poi sabtu ni ko warta tu agak agak terserompak tak ngan ekau.

nizam. hari-hari hitam.. sonang.

ibundo said...

indahouse,
wah.. menjahit ya. kakpah dah lama dah tinggalkan kerja jahit menjahit ni. Dulu dulu kalau nak raya asek menjahit baju anak-anak. Sekarang ni konsenteret kat masak je haha..

Pokok manggis depan rumah,
teringat pulak kecik kecik dulu suka panjat pokok manggis depan rumah. Tapi depan rumah mak tua. Sekarang ni pokok tu terbiar macam tu je seperti terbiarnya rumah maktua tu..

yatzakie,
tu lah pasal. Hilang nak tarawihnya..

juliet,
ye ke..eh.. rasa macam nak pakai la pulak.

bujal,
haha..

ash,
kau balik kampung bila. lepas semayang? Mesti korang sibuk lepas raya ni ye..

amn,
kpah pun dah lama tak ke sana walaupun kira dekatlah jugak.

rezeki said...

salam kak pah

dah berumur ni nak berhimpit dan bersesak rasa malas dan rimas , kalau umur 20 dulu,lain le hehehe

tapi bersesak2 dan berhimpit di masjidil haram lain kenikmatannya

krn malas nak bersesak2lah, 2 minggu sebelum raya dah bawak anak2 pi gardens dan mid valley beli keperluan mereka , depa cuba paknya yg bayar hehehe

utk bapaknya , cukup sekadar sehelai baju kurung telok belanga yg baru siap ditempah , tu pun pakai dgn kain gombang je hehehe

zaman kita dah berlalu rasanya
sekarang zaman anak2 pula

Anaasuria said...

terkekeke gelak baca masjidil India.. terbaek bundo..

ckLah @xiiinam said...

Nak letak kereta pun jenuh ya kakPah...rasa nak lipat kereta masuk poket...

ibundo said...

pak itam,
hasben kakpah ntah berapa tahun tak beli baju raya. Pagi raya pakai je yang dah sedia ada. Pergi jalan2 pakai je baju pegi opis. Memang kita dah tak kesah nak pakai apa. Waktu kita dah lama berlalu. Memang sekarang waktu anak2 dan cucu-cucu.

anaa,
haha..

cklah,
kalaulah boleh kan?

mamawana said...

Assalam,

Biasalah gitu kan... saya pun mengelak bersesak2 gitu

secangkir madu merah said...

Sesekali bersesak sesak best jugak apa..

ASH said...

yup...lepas solat raya kat sini. SEPERTI SELALU!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...