Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, August 14, 2012

Lagu raya sana sini

Sudah seminggu aku bercerita pasal banjir manusia. Dalam masa seminggu itu, tempat-tempat menyoping makin sesak tak boleh bernapas. Hari ahad haritu aku ke warta.  Bukannya aku saja-saja suka meredah banjir tapi aku menemankan hasben aku yang nak beli beras basmathi. Dah alang-alang pergi, aku carilah bahan-bahan aku nak masak di giant. Belum pun pukul sebelas tapi tempat parking dah tak ada.  Aku kena park kereta nun jauh di jalan besar depan bus stop. Lepas tu berekor-ekor dengan hasben aku menapak ke dalam warta.  Dan lepas tu pulak berekor-ekor menapak ke kereta sambil menjinjing beras dan segala bagai. (Aku jinjing satu plastik je yang ringan.  Hasben aku yang berpeluh-peluh bawak yang berat-berat. Orang sayang bini macam tu lah)

Terkenang pula aku perihal kami masa zaman ekonomi kami masih meleset. Masa tu anak-anak masih kecil.  Berderet macam anak tangga. Baru lima orang rasanya masa tu.  Tempat kami membeli belah terutamanya bila nak raya adalah di Globe Silk Store. Aku tukang cari barang.  Hasben aku tukang jaga anak. Teringat lagi aku hasben aku duduk atas kerusi JAGA yang ada di tepi lift sambil main duduk bangun duduk bangun kejar sana kejar sini dengan anak-anak aku yang tak reti duduk diam.

Masa tu aku jahit baju anak-anak aku sendiri.  Anak-anak aku yang empat di atas adalah perempuan.  Aku beli kain dan aku jahit.  Macam-macam pesen aku jahit.  Aku jahit baju kurung bodo.  Aku jahit maxi yang beropol-ropol. Nak senang kerja aku, aku beli semua kain serupa dan jahit pattern serupa.  Satu hari raya boria hamirdin keluar rumah pergi surau dan berjalan raya. Masa tu aku pakaikan diorang apa pun manalah diorang nak kesah. Janji, baju baru.

Itu baru bab baju.  Masuk bab kasut lagilah pening kepala.  Masuk kedai kasut ni, tak ada yang pekenan.  masuk kedai kasut nun, yang pekenan ada tapi tak ada saiz pulak. Habis kedai-kedai kasut di jalan TAR kami redah. Itu belum masuk lagi bab anak-anak yang cuit sana cuit sini. Penat dan mencabar sungguh. Beberapa tahun lepas tu bila anak makin bertambah, kami memilih untuk menyoping hari raya pada bulan Syaban. Kalau penat lepas tu boleh pergi makan dan minum.

Bila ekonomi dah okay sikit, kami dah tak menyoping di jalan TAR dan di globe lagi sebab duit pun dah ada lebih sikit untuk beli baju yang ada brand kikila la ke, anakku ke. Kami berubah arah ke Jusco Taman Maluri pula. Masa tu anak dah ada tujuh orang. Tiga orang di bawah tu lelaki dan lasaknya anak-anak lelaki aku ni nak cerita pun payah. Kaklong dah sekolah menengah dan dia dah boleh kawal adik-adiknya yang perempuan. Tapi yang lelaki tiga orang, hasben aku kena longgokkan dalam troley.  Kalau tak mereka susup sasap masuk bawah baju, bukak lemari simpan baju, usik sana sini. Kalau aku dah rimas, orang yang nengok lagilah rimas. Sabau je la.  Mengenang balik ke masa lalu, macamana lah aku boleh menjadi orang yang sabar membesarkan anak-anak aku yang rapat-rapat  selang setahun, selang setahun setengah...
Adik, anak bongsu aku, agak jarak. Jarak pun cuma beza tiga tahun saja dari abangnya.

Bila anak-anak aku dah besar dan di kajang pun dah ada Parkson, kami ke parkson je.  Lepas tu, kitorang bagi duit dan mereka cari sendiri baju raya yang mereka nak. Bila dah ada yang bekerja, yang bekerja tu cari baju raya sendiri. Dan aku? Masa anak-anak dah besar ni aku pun dah tak berselera nak pakai baju raya.  Pakai je apa yang ada.

Moral of the story, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada sesiapa saja yang menyinggah di sini. Raya lagi 5 hari.  Hari khamis orang dah berduyun balik kampung sebab sekolah dah cuti.  Aku dulu sama berduyun balik kampung.  Sekarang, kampung aku adalah di sini.  Aku raya di sini.

Selamat hari raya dan mohon maafkan segala salah silap.

ibundo



21 comments:

kucingorengemok said...

syok anak ramai deh... syok baca cerita, membelanya tak tahu lah, hanya untuk insan terpilih macam kak pah ;)

SHR + MZB, kak pah & keluarga

JunAina said...

Selamat Hari raya dari Jun jugak Kak Pah. Kami satu keluarga akan balik kampung selagi mak masih ada...insyaallah...

Cik Azz said...

Selamat hari raya kak.. Maaf zahir bathin..

Sey pun pakai yoo baju yg ado.. Kok pakai baju macam artispun, muko totap muko sey jugak... hehehe....

Kakcik Seroja said...

Selamat hari raya Kakpah.

Kakzakie Purvit said...

Kakpah walaupun kakak membesarkan anak zaman sekarang tapi baju pun kakak jaiht sendiri. Anak kakak semua perempuan senang jahit baju kurung. Jubah kakak beli.

Kakpah hebat - banyak saham akhirat membesarkan anak-anak sehingga semuanaya jadi 'orang' bersyukur walau dah tak minat beli baju baru tapi leganya kakak dapat rasakan...

Selamat Hari Raya kakpah - maaf juga dari kakak.

Nizam.Ariff said...

Maaf Zahir dan Bathin, kak....

bujal X said...

mesti meriah masa gi shoping~rasanya sampai bila2 mesti anak2 makcik akan ingat~~

kakngah said...

raya tahun ni dah ada 4 kepala. sebbaik adam dah besar blh jaga adk2 dia sementara pilih baju.

tasekM said...

selamat hari raya.
maaf zahir batin.

buat kak pah dan keluarga.


kak,
aku seronok betul dengar ko ni bercerita kak...

:)


.

ejaMaria said...

Selamat Hari Raya Bundo...
maaf zahir batin juga... ;p

pB said...

pB tak pandai jahit baju.
sib baik upah di kota bharu masih murah.
kalau dulu , masa ibu mertua sihat, dia yang akan jahit baju kurung untuk anak anak pB.


Selamat Hari Raya.
Maaf zahir dan batin.

Anaasuria said...

selamat hari raya bundo...

saya sedang menjejaki salah satu dari fasa yang bundo dah lalui.. anak berderet macam tangga, susup sasap bawah baju2... kena longgok dalam troli yang tak tahan tu.. kahkah..

ASH said...

heheheh...
.
.
.
aku jarang bawak anak gi shopping!!
hahaha..
aku main agak agak je saiz demer.
KALAU TIDAK....
.
.
.
mau nanges!

selamat hari raya kakpah,
duit raya takde ker?
hihihihihihihi

Zaitun said...

Saya jenis yang tak membiak kakpah,hanya 4 orang itu pun jauh2 belaka.Bila dah besar alangkah seronoknya kalau punya anak yang ramai,tabung pun cepat penuhnya hehehe....

ibundo said...

kog,
anak ramai memang seronok tapi adakalanya aku duduk terperosok tepi sudut menangis. Allah saja yang bagi aku kekuatan masa tu.

Jun,
selamat hari raya jun. Beruntunglah yang masih mempunyai emak.

azz,
aik.. yang monjahit baju orang takkan baju sendiri takdo hehe

kakcik,
begitu juga dari kakpah

kak zakie,
minat menjahit dah lama terpadam. Sejak kakngah dah take over tugas kakpah.
selamat hari raya kak zakie

ibundo said...

nizam,
err.. takkan tak de duit raya.

bujal,
tension adalah..haha..

kakngah,
banyak kepalo buleh tambah lagi tu kakngah.

tasek,
selamat hari raya jugak buat kau. maap kalau ada yang menyinggung perasaan dengan komen2 akak.

maria,
selamat hari raya

pb,
sekarang baju kurung dah siap pun banyak. Cuma kena siapkan duit je kan?
Selamat hari raya.

ibundo said...

anaa,
hahaha.. masa kakpah telah berlalu. selamat hari raya anaa..

ash,
duit raya? er..er..
Aku cuba bayangkan kalau korang anak beranak yang pergi bershopping..
.
.
Aku teringat cerita engkau yang tertinggal anak di RnR. Mahu pengsan kalau benda tu berlaku pada aku.

Zaitun,
4 tu pun dah kira cukup zai. Cuma kakpah ni terlebih bajet je haha..

cahya indah said...

selamat hari raya Bundo n keluarga :) best baca cerita Bundo..sekarang dah besar ni cahya dah tak rasa seronok nak beraya pun. raya pun kerja, raya keempat baru cuti..

ibundo said...

cahya indah,
selamat hari raya. Dah kerja ni makin sibuk lah ya...

Acik Erna said...

selamat hari rayo..maaf zahir batin kak pah..

rohaizahabas said...

saalam kak pah,
saya pun dah malas nak beli baju raya sendiri sejak anak anak dah besar...pelik betul laa...pakai je la apa yang ada..
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...