Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, September 14, 2012

Salah Tafsir

Nak ikut mak pegi kenduri kawin tak?
Kat mana?
Kat lembah keramat, rumah sepupu mak yang kita pegi jalan raya haritu.
Ooo yang anak dia main hujan tu ke?

Aku temenung. Masa pergi beraya tu hari terang benderang.  Setitik hujan pun tak ada. Bila masa pula anak dia main hujan. Lagipun anak-anak semua dah besar sama macam anak-anak aku. Takkan nak main hujan pula.

Main hujan? Bila masa hujan?
Kan ke anak dia gitaris HUJAN.
Ooo.. Hujan yang itu....

Sepanjang tempoh senyap aku, macam-macam yang berlaku. Tapi aku sudah tidak seligat dulu untuk menceritakannya di sini. Padahal tangan aku gatal saja mahu mengetuk-ngetuk keyboard. Cuma otak sudah tidak pandai untuk menyusun perkataan dan ayat. Perihal-perihal yang dulunya berpusu-pusu minta diluahkan sekarang duduk diam terperesuk di sudut kepala. Hal ketuaan makin menggigit-gigit diri.

Semalam selepas minum pagi dan tiba masa untuk menelan ubat mengawal hipertensi, aku cuma terjumpa kotak yang telah kosong. Tercari-cari aku di dalam gobok yang menyimpan berbotol-botol dan berkotak-kotak supplemen tapi yang aku cari rupanya sudah kehabisan.  Kelmarin biji yang aku ambil adalah yang terakhir. Begitulah kalau dasar pelupa. Tidak salah kalau aku dimarahi sebab terlupa akan benda-benda yang penting.

Ya. Banyak yang berlaku dalam masa seminggu.
Open house.
Melayan tetamu dari jakarta yang tinggal di rumah seminggu lebih.
Menghadiri majlis perkahwinan.
Berjalan diKL menemani tetamu.
Masak 4 jenis laksa untuk majalah dan melayani sesi fotografi  krew.
Masak 5 jenis masakan kesihatan dan mengambil gambar masakan itu atas permintaan Kitchen Recipe.
Menguruskan hal-hal tadika.....
Melayani kerenah cucu-cucu yang makin banyak kerenah.
Phew!!
 
Aku tercari-cari masa untuk diri sendiri. Terbayang di mata keenakan ketika wajah dimasaj jejari lembut atau tubuh terutamanya kaki dipijit-pijit menghilangkan kelenguhan.













cucu-cucu nenda



Ini tembikai susu ke mak.
Haah.
Kawan kita kan, satu hari makan di satu restoren ni.  Dia oder air tembikai susu.
So?
Budak restoren tu bawakan dia air tembikai campur susu.
Haha macam carrot susu?
Haah.
Hahaha..

Begitulah kan? Banyak percakapan kita yang disalah-tafsir. Sama seperti 'main hujan' dan 'air tembikai susu'.

Sekian.

Yang benar,
ibundo


17 comments:

kucingorengemok said...

kalau susah nak susun ayat, pakai point-form je kak... nak baca pun senang :)

kaklong said...

dah makin bosa cucu2 Akak...comel2..
:)







kalau ckp kat budak restoren tu honey dew,dio paham gek ea...hahahah

mamawana said...

air melon susu pun sodap nggak..

Kakzakie Purvit said...

Semakin Kakpah rasa semakin berusia tapi semakin hebat. Siap ada krew bagai mempotret utk majalah. Kakak nak juga tahu.

Lepas ni kakak ke blog satu lagilah.

Faris makin macho:)

cheryna zamrinor said...

assalamualaikum kak pah!

dalam dah lupa, dalam dah tak ligat...sekali posting berdesup masuk dalam kepala dan hati sha. Terima kasih sbb mengingatkan yg tersirat, tersurat...dan writer's block yg kadang2 susah nak elak.

Rindu dengan tulisan kak pah:)

Irfa said...

salam ibundo ;)
lama tk singgah sini
sejuk mata tgk wajah kecil dan comel ini

sal said...

hehe..pulak dah...tersenyum membacanya..

anyway suka tengok penghibur hati tu..comel2..

Cik Azz said...

Tiba2 rasa nak minum carrot susu la pulak.. adehh...

Acik Erna said...

assalam kak pah..makin comel faris mariam..yang kocik tu tak tau namo pulak he he
sesekali tulih yo la kak pah..dapek yo tau cerito kak pah..taun ni tak sompek nak ko bangi tu yang tak dapek nak poi mah kak pah..teringin yo nak poi

Nizam.Ariff said...

akak baring....
lepas tu suruh cucu2 tu main kejar atau panjat2 atau main2 aci kat atas badan....


aku dulu2 selalu buat gitu kat anak2 sedara aku...
setiap kali dia lari, dia org pijak. yang kecik2 akan berkuda kat belakang. yang perempuannya akan ambik sikat dan sisir rambut... kadang2 sampai terlena dibuatnya... hahaha

Anaasuria said...

bundo,
saya tengah minum masa baca bab hujan tu.. nasib baik sempat tahan, kalo tak harus tersembur..

Zaitun said...

N3 kakpah selalu mencuit hati tak kiralah apa yang diceritakan mesti nak senyum bila membacanya.

Comeynya cucu2 kakpah...

lupekanje said...

salah tafsir kok tk digolakkan orang tk apo kak.
Acik salu kena sound kek opis sobab salu masuk sembang tk bagi salam, org cito lain, acik nyampuk lain, tk tau ujung pangkal. Camni pun kes salah tafsir gak kak..hehehhe

ibundo said...

kog,
point form je sonang kan?

kaklong,
makin bosa makin lasak makin poning kopalo hehe

mamawwana,
sodap.

kakzakie,
hati besar semangat besar tapi kuderat kecik hihi..

sha,
rindu juga dengan sha. lama tak menjenguk dan kpah juga lama tak menjenguk sha.

irfa,
kpah pun dah macam takde semangat je nak nulis. irfa datang pun takde benda baru nak dibaca kan?

sal,
hehe

azz,
sonang yo. buek sondiri.

erna,
tulah.. kpah ambek nasihat ekau lah ni. Tulih sesekali asal jangan takdo langsung.

nizam,
haah.. patah riuk berderap derup tulang temulang aku.

anaa,
haha

zaitun,
alhamdulillah diberikan cucu yang comel2.

acik,
menyampuk cakap orang tak bagi salam memang nak kena penampo jepun kahkah..

JunAina said...

Salam...kak pah bukan org tua je menjadi pelupa org muda pun mudah lupa sekarang ni. Agaknya banyak makan semut...

ibundo said...

jun,
nak buat camno jun.
dalam air masak pun semut masuk. Kalau mata dah rabun.. haha gulppp je lah.

azieazah said...

Memang tersilap mudah saja. Silap faham. hehehe tapi kelakar.

Tembikai campur susu?
Kalu nak beli belimbing besi? Belimbing + besi? hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...