Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, October 30, 2012

Baru lima !!!!

Aku tercari-cari. Tinjau sana, selak sini, kelobek sana, barai sini.  Tak ada jugak. Sambil cari sambil mulut aku membebel-bebel.
Sapa ada amek hairbrush nenda?
Faris berlari-lari membongkok bawah katil.  Kemudian bangun semula dengan berus rambut aku di tangannya.
Kenapa aish letak hairbrush nenda bawah katil?
Bukanlah.. bukan aish la.  Maryam tu ha..
Maryam tengok aku sambil terkebil-kebil.

Samalah tu dua orang tu. Yang no. satu jadi panglima.  Yang perempuan, asisten. Yang benarnya, barang-barang aku kena letak tinggi-tinggi.
Patutlah dulu semasa anak-anak aku kecil-kecil, setiap kali balik kampung abah dah siap-siap letak barang-barangnya atas almari.

Aku baru dapat cucu lelaki lagi seorang semasa hari raya aidil adha baru ni.  Betul-betul sebelum azan solat jumaat berkumandang lahir Muhammad Hafizuddin Azani, adik Maryam. (Belum sempat ambil gambar untuk aku letak di sini.  Bizi..bizi..bizi..)

Tahun ini aku dianugerahkan tiga orang cucu lelaki.  Campur dua yang dah besar, jadi lima cucu. Aku bayangkan hujung tahun depan bila semua dah pandai berjalan dan mengelobek. Pengsan nenda kamu ni cu oi!!!!


Katil nenda yang dah kena conquer.


Sekian.

ibundo






28 comments:

Anonymous said...

Salam kak Pah,

Serilah kita, cucu saya juga 5 orang. Tahun ni dapat 2 cucu lelaki.

Unknown said...

Assalamualaikum...bahagianya..dah ada cucu,....

ejaMaria said...

hehehe... agak nya gitu la perasaan Pak Mertua saya... kat bilik dia cucu konker tv tengok kartun sambil main lompat-lompat atas katil... :)

Kakcik Seroja said...

Hahaha... Kalau anak yang buat, mesti dah kena marah. Tapi bila cucu yang buat, nenda gelak je....

Cik Azz said...

Hahaha.... Tu baru limo tu kak..

Bayangkan ghumah sey ni haa.. Dah dokek 30 cucu omak.. Dari yg dah kawen sampai la umur setahun lobih.. Kok ada joki, hujung tahun ni dapek lagi sorang cucu.. Pehtu kato ehh nak bopantang kek sini..

Ghayo baru ni ado anak buah sey yg kocik tu dah pandai mongomeh dah.. Abeh dipunggah ehh hiasan kek lemari.. Dapek kek sey, siap sey julur-an jari panjang2 suruh dio lotak balik barang2 tu... Buek muko serius.. lopeh tu golak la balik.. hehehe..

cheryna zamrinor said...

Wan :)

Wan masak kuih cucur utk akak buleh tak wan?

Hehehe...

sal said...

Suka tengok cucu2 yg semakin membesar....

Amie said...

he he he... mana lebih poning Bundo... tengok keletah anak ke cucu?

ibundo said...

kunang-kunang,
haha.. macamana ani. Boleh?

izan,
wkslam. Hehe.. banyak kerenah nak kena layan.

Maria,
tak dapat nak cakap apa dah.

kakcik,
masa kita beranak kecil, darah muda lagi. Kalau anak buat silap cepat je nak marah. Time cucu pula, kita yang dah tua ni dah tak larat nak marah hahaha..

azz,
tahniahlah sobab ramai boto bako omak ekau. Jangan sampai lupo dan tosasul namo dahlah.
Tang goma menyelongkar tu, adei.. tu yang tak tahan amek. Lemari siaplah kono ikek ko tali.

ibundo said...

sha,
nak cekodok mehlah sini wan buek an.

sal,
sedih tengok kita yang makin kerepot kehkeh..

amie,
dua dua pening hehe

tasekM said...

laa... ingatkan fahim tu adik maryam.
bukan rupanya...

yg ni baru betul...

tahniah utk yana.


.

Nizam.Ariff said...

kena beli banglo baru la gamaknya....

pB said...

Tok Ma ada 9 cucu ...
tahun depan , insyaallah bertambah seorang lagi...

Itu baru dua orang anak.
Kalau ada lagi anak , tak tahu lah ...

kakngah said...

maryam dah besar...
comel!

ibundo said...

tasek,
lepas ni aku suruh merancang je hii..

nizam,
Doa tu. Muga masin mulut kau.. amin..

pb,
membiak-biak tu.
Adik maryam ni kalau kuat menangis gak, kpah ikut petua ko pb. Mujarab buat maryam.

kakngah,
besar dan lasakkkk ya rabbi..

Aziela said...

Sojak cucu pertamo (anak sey lah tu) mula menggapai laie, ayah sey balut sumo remote. Tinggal button on of yo, kecuali remote astro.

Er, bundo, nampak mcm susu Maryam dah menitis ateh katil nenda tu, aduh..nenda tidur atas susu. Hihihihi

JunAina said...

Lepas ni nenda bentang toto tido kat bawah!

Tahniah kak pah bertambah bilangan ahli keluarga bertambah meriahlah suasana.

JunAina said...

Lepas ni nenda bentang toto tido kat bawah!

Tahniah kak pah bertambah bilangan ahli keluarga bertambah meriahlah suasana.

Acik Erna said...

kak pah..se sorang pun tak do laie kak pah..kak pah dah ado limo..best la kak pah..dapek gomoi2 budak kocik..

Tie HT said...

as salam

sonoknye main dengan cucu tp letih kan :)

Kakzakie Purvit said...

Hihi... sukalah kakak tengok gambar cucu-cucu kakpah bergolek atas katil. Faris jadi ketualah tu:)

Kakpah kira beruntung muda-muda dah ada cucu. Nikmatnya lain kata bapak kakak.

ckLah @xiiinam said...

Kesian nenda ya! Tapi bahagia melayan karenah cucu kan kakPah?

Ayat macam ckLah dah bercucu...

insan marhaen said...

Salam,

Lama tak hadir ke sini. Muga Kak Pah sihat dibanjri kasih sayang keluarga!

azieazah said...

Baru lima dah rasa nak pengsan ya?

Tapi kalu semua tido, sunyi la pulak.

ibundo said...

aziela,
haha.. kena buat macam tu jugak ni kat remote astro. Bila diorang main, tekial-kial balik nak cari channel.

Junaina,
hii.. mana aci nenda tido kat bawah.

erna,
bilo lai. Copek lah cari monantu tu.

Tihara,
Kalau layan memang letih.

kak zakie,
sayang cucu dan sayang anak ni ada lain sikit. Kalau anak marahkan cucu, siaplah kena bebelkan.

cklah,
cklah bakal menghadapi semua tu. Err.. takde lah lama sangat lagi tu cklah.

IM,
alhamdulillah sehat.

azie,
kalau diorang tak datang, terjengok-jengok pulak.

Zaitun said...

Tahniah kakpah...bertambah lagi ahli keluarga semoga menjadi cucu yang membanggakan.

ibuintan said...

tahniah Kak... makin meriah rumah nenda


Anaasuria said...

conquer katil yang tak tahan tuu..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...