Hari Sabtu 3 November, selesai sudah majlis konvokesyen tadika Aulad. Alhamdulillah. Syukur kerana semuanya berjalan lancar.
Gambar menceritakan segala.
Selesai majllis, kami terus ke hospital Serdang. Semuanya ujian buat kami sekeluarga. Namun berat lagi perasaan yang ditanggung kedua ibu bapanya. Semuga kami semua tabah.
Hafiy dimasukkan lagi ke hospital semalam. Mulanya ke azzahra kerana demam panas. Oleh kerana hafiy mengidap itp, darahnya diperiksa sekali. Ternyata plateletnya turun lagi sehingga ke paras 7. Doktor menyarankan ke hospital. Hafiy telah dirawat di pantai sebelum ini lebih kurang seminggu. Oleh kerana belum ada perlindungan insuran, kami bayar sendiri. Jejak 7k. Setelah banyak yang dipikirkan, kami ke hospital serdang sahaja.
Memang dari awal sudah tahu, layanan pasti tidak sama.
Tadi aku lihat tangan hafiy lebam-lebam bekas tusukan jarum. Bukan satu. Banyak. Alasannya.. tak jumpa!!!
Bukan tangan saja. Kaki pun. Terdapat 4 tusukan di kaki. Lebam-lebam. Alasan tetap sama. Tak jumpa!!!
Aku telan air mata aku dalam-dalam.
Baru tadi ibunya memberitahu bahawa jarum yang dipasang di kaki terpaksa dicabut sebab bengkak. Akan di cucuk lagi jarum yang baru. Hospital kata kali ini doktor sendiri yang akan lakukan. Kenapa semalam bukan doktor? Kenapa dibiarkan budak-budak baru belajar menderanya?
Dia baru lima bulan lebih.
Dan mengidap itp pula...
Tak kesian?
Tolong sama doakan semuga baby comel ini sembuh.
ibundo
29 comments:
Siannya dia Kak Pah..
Orang tuo pun sakit kok kono cucuk, ni kan pulak bayi.. adoyaii...
Kalau spital gomen tu mmg camtu la.. Takdo doktor gak ehh.. Tak pun nak tunggu jadi serius dulu baru nak hegeh2 panggil doktor..
Sabar ya kak.. Moga akak dan fmly akak kuat hadapi semua ni.. Moga baby hafiy copek sombuh... amin..
...kesiannya si kecil...
teringat sewaktu mamaijat nak chemoteraphy.....
begitulah juga lebam2 ...
kerana ...ya,samalah alasannya..x jumpa......
semuga si kecil & family tabah...dan sembuh sepenuhnya....
Entah kenapa pada mula kakak lihat Faris atas pentas kakak senyum. Bila dia besar biar dia tahu betapa ligatnya dan cerdiknya dia.
Baca titipan cerita Hafiy airmata kakak luruh. Membayangkan kalau anak kakak sendiri. Besar sungguh ujian buat ibu-bapa-nenda-tok dan keluarga.
Doa kakak buat Hafiy. Masa berdoa sebut nama penuh dia kakpah. Moga dipermudahkan dan sembuh segera. Solat hajat bersama ye kakpah.
assalam kak pah..sianya hafiy..kita yang tuo no pun tau dah sakit e kono cucuk..ni pulak bayi..
selalu se tengok budak2 bayi..sampai memancut darah maso dio buek kojo tu..macam orang tak do porasaan yo..
moga hafiy copek baik..
sian nya Hafiy...
hurmmm... susah nak kata la hospital kerajaan... :(
as salam
semuga anak itu diberi kesembuhan sepenuhnya, insya Allah..seksa duk kat sepital ni..semuga familinya juga diberi ketabahan dan kekuatan
Ya ALLAH, rasa nak menangis tgk tangan Hafiy. Moga Hafiy cepat sembuh. Aminn!
Sedihnyaaaa! Dia sangat kecik lagi dah kene cucuk sampai camtuh. Ya Allahhh... sebak nengok.
Semoga segalanya segera berlalu, dan Hafiy segera semboh.
bakal pengganti pengetua kat sebelah tu hikhik
ala kesiannya kakpah..habis tangan montel tu kena cucuk..masa cucu Cm sakit dulu camni la..sedih bila lihat lgn biru kena cucuk.Baby kecil agak sukar nak cari urat nak cucuk jarum...
Cm doakan agar cucu kak pah cepat sihat.Banyakkkan sabar buat nenda dan bondanya....
salam kak pah
sama2 kita berdoa moga dipermudahkan dan cepat sembuh
insyallah
salam....sedihnya tgok tangan kecik bengkak mcm tu....doktor yg sepatutnya main peranan...bukn nurse yg buat untuk anak kecil
siannya ... KakPah, banyakkan sabar
sebak sy nengok tgn Hafy yg dah bengkak tu, sian budak sebesar itu, mesti sakit
salam ziarah kak..
Ya Allah..sian kat baby tu :(
semoga dia cepat sembuh..amin
Kak Pah, kalau cucu atau anak saya dah lebam2 macam ni, rasa nya dah kena penendang misi misi ni....kalau tak tau cakap awal2..tak kesian ker tengok anak kecil macam ni..
Kenapa la dia org sanggup buat mcm ni? Sedihnya tgk lebam2 gitu. Sdgkan kita yg besar ni pun terasa sakit dicucuk, apa lg baby?
Mudahan kakpah sekeluarga tabah menempuh dugaan ini.
Siannya..
Moga semuanya tabah dan adik hafiy kembali sihat.. Amin..
Sabarlah neneknya, esp mama dan papa Hafiy. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Moga Hafiy cepat sembuh. Ameenn ...
kak.. kito org tuo ni pun kengkadang bebudak praktikal cucuk tak jumpo jalan.. ni kan pulak baby.. sian hafiy...
bondo lain kali...bab cucuk bgtau diorg nak doc. yg cucuk...bukan pelatih2 yg mmg hampes tu....sbb nurse penah ckp ngan sy...peasakit mmg ade hak utk mntk doc. yg buat bukan nurse atau pelatih....sy penah kena..cucuk2 xjumpa2 tgn dah lebam2 nih..sy sound la sy ckp xnak pelatih n nurse lg...lepas tu doc je yg buatt
Azz, apo tak kosian e. Moleleh air mato dibuek e.
mamaijat,
terima kasih atas doa.
kak zakie,
Semuga keluarga kami tabah. terima kasih.
erna,
ngonangkan dio kocik mem amek la tu yang buek sodeh bona.
maria,
sebab tu ramai orang lari ke swasta.
Tihara,
insyaallah dan terima kasih
insyirah,
amin...
azie,
begitulah harapan kami.
cikmanggis,
kecik sangat lagi. Tu yang sedih. tq cm..
pak itam,
aminnnn..
reyna,
pesakit ni jadi bahan untuk pelajar perubatan..
ibu intan,
huhuuuu.. kesian..
sue,
aminnn... tk kerana mendoakan
Ezza,
kalau ikutkan hati memang nak kono za.
zana,
insyaallah..
ena,
aminn...
muhaini,
amin...
kakngah,
ghaso nak bagi pelompang yo
juju,
lepas kejadian tu mama dia memang mintak doktor yang buatkan. Mula2 tak tau. Ingat sama macam pantai mc. sekali cucuk dah ok..
Simpati. Moga sicomel ini cepat sembuh..
Kesiannya Hafy, masih baby dah banyak kena cucuk.....semoga dipermudahkanNya segala urusan dan diberikanNya kesabaran kepada famili hajah,esp tha parents. Ameen.
Semoga Hafiy cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan macam baby yg lain juga.
mamawana, kak hajah nora, nazayiena,
terima kasih..
siannya kak pah.. huhu...sedih nengoknya.. kalau saya dah meraung dah tu tengok anak dperlakukan sedemikian rupa.. semoga hafiyy cepat sembuh..
semuga hafiy cepat sembuh..kecian bila kecil-kecil dah jadi camni..banyakkan bersabar semuanya
menitik airmata tgk tgn baby hafiy..tak tertanggung sakitnya..sedangkan kita yg dewasa rasa sakit apetah lagi baby yg kecil..semoga Allah pelihara dan lindungi hafiy..semoga cepat berlalu segala kesakitan..semoga ibu ayah n seluruh keluarga tabah menghadapi situasi ini..
Post a Comment