Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, October 24, 2012

Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

Aku belek pipi gebunya.  Ternampak bintik bintik merah halus. Aku belek belakang telinga.  Belek keseluruhan badan. Nyata sekali bintik-bintik halus itu. Degup jantung aku mula berdetak laju.
Pagi itu dia tidak seperti biasa. Sekejap kejap merengek.  Diam bila diangkat tetapi merengek semula apabila diletak.

Tengahari itu ibu bapanya membawa hafiy berjumpa dr Azam di Pantai.
Sah.  Memang ada yang tidak kena. Setelah dilakukan ujian darah, ternyata Hafiy pengidap ITP, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura,  kecelaruan darah yang menyebabkan penurunan platelet secara abnormal. Semasa ujian darah, platelets count hanya 8,000 sahaja dimana normalnya adalah antara 150,000 hingga 450,000.

Seminggu hafiy di hospital. Kaki mongelnya dicucuk untuk tujuan pengambilan darah untuk diuji lagi dan juga untuk memasukkan ubat. Platelets naik sehingga 99,000 tetapi masih di bawah normal semasa discharge. Aku berharap-harap sangat dan berdoa supaya ia terus naik ke paras normal.
Terima kasih kepada kakcik seroja kerana sudi datang menjengah.



Hafiy merenung masa depan.
InsyaAllah boleh baik dik. Lawan dia habis-habisan.


Err.. abang nak interfrem boleh?


ibundo



21 comments:

Unknown said...

Semoga sikecil cepat sembuh dan semoga ibubapanya juga kuat semangat membantunya melawan penyakitnya.

Kakcik Seroja said...

Semoga Hafiy akan sihat sepenuhnya.

Semalam saya jengah katil Hafiy, jangankan Hafiy - rupa2nya bilik itu dah kosong semuanya - tinggal peralatan hospital je. :)

ieja amieja said...

semoga hafiy cepat sembuh..rajin2 makan ubat ye dik..comel betul abg dgn rambut ala2 alfro dia..

rohaizahabas said...

kak, penyakit ni kalau dalam bahasa kita apa kak...bunyi macam campak jer?...

Kakzakie Purvit said...

Dalam hati kakak masa tengok gambar yg Kakcik tepek tu macam muka Faris mungkin adik dia betullah... sayu juga kakpah sebab masih kecik benar.

Bersama kita panjat doa moga Hafiy cepat pulih seperti sediakala.

Aziela said...

Ooo... bundo lah yang Kakcik cakap jumpo kat spital tu rupo eh... Insyaallah akan sembuh... Dugaan untuk semua

tasekM said...

moga cepat sembuh ye hafiy...

cahya indah said...

semoga cucu Bundo sembuh dari penyakit..insyaAllah

ibundo said...

norhaizan,
terima kasih,

kakcik,
hafiy yang last sekali balik setelah yang dalam bilim tu silih berganti keluar masuk. Tkasih kakcik.

ieja,
rambut ori dia tu buat macamana pun camtulah jugak jadiknya.

ezza,
haha.. tak taulah pulak nama apa. Kena tanya dr hanie tu.

kak zakie,
Anak kecil boleh sembuh cuma makan masa lima nam bulan jugaklah. Kena jaga2 supaya tak jatuh atau luka. Berdarah susah nak berhenti.

Aziela,
haah.. cucu kakpahlah tu

TM,
terima kasih aunty

Cahya indah,
insyaallah.

azieazah said...

Sekecil itu sudah berat dugaannya.
Semoga segalanya baik-baik saja dan kembali cergas.

ibundo said...

selmt hari raya azie

Acik Erna said...

assalam kak pah..insyaallah adik boleh baik..lawan dik..semoga adik ceria macam abang juga boleh manjo2 ngan nenda

makchaq said...

Penyakit baru ke? tak reti nak baca.. Apa puncanya..?

Semoga Hafiy segera sembuh..

Dr K said...

Insya Allah, ITP ini good prognosis nya..Bila Hafiy dewasa, selalunya ianya akan lenyap(remission)..Just make sure tak terbagi Sy Ibuprofen...

ibundo said...

dio yg tak gheti apo apo tetap ceria

ibundo said...

tak tau la punca apa malchaq

ibundo said...

daddy ziyad. thanks doc bg komen. sy ibuprofen tu apokobondo pulak doc

Amie said...

Mudah-mudahan Hafiy cepat sembuh....

rezeki said...

salam kak pah

insayallah,

berusaha dan doa serta tawakal , itu penawar yg mujarab

ibuintan said...

slamat hari raya KakPah... macam ruam ke?


moga cucu KakPah sihat semula. Comel cam abang nya juga

zino said...

semoga cepat sembuh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...