Hari Sabtu 3 November, selesai sudah majlis konvokesyen tadika Aulad. Alhamdulillah. Syukur kerana semuanya berjalan lancar.
Gambar menceritakan segala.
Selesai majllis, kami terus ke hospital Serdang. Semuanya ujian buat kami sekeluarga. Namun berat lagi perasaan yang ditanggung kedua ibu bapanya. Semuga kami semua tabah.
Hafiy dimasukkan lagi ke hospital semalam. Mulanya ke azzahra kerana demam panas. Oleh kerana hafiy mengidap itp, darahnya diperiksa sekali. Ternyata plateletnya turun lagi sehingga ke paras 7. Doktor menyarankan ke hospital. Hafiy telah dirawat di pantai sebelum ini lebih kurang seminggu. Oleh kerana belum ada perlindungan insuran, kami bayar sendiri. Jejak 7k. Setelah banyak yang dipikirkan, kami ke hospital serdang sahaja.
Memang dari awal sudah tahu, layanan pasti tidak sama.
Tadi aku lihat tangan hafiy lebam-lebam bekas tusukan jarum. Bukan satu. Banyak. Alasannya.. tak jumpa!!!
Bukan tangan saja. Kaki pun. Terdapat 4 tusukan di kaki. Lebam-lebam. Alasan tetap sama. Tak jumpa!!!
Aku telan air mata aku dalam-dalam.
Baru tadi ibunya memberitahu bahawa jarum yang dipasang di kaki terpaksa dicabut sebab bengkak. Akan di cucuk lagi jarum yang baru. Hospital kata kali ini doktor sendiri yang akan lakukan. Kenapa semalam bukan doktor? Kenapa dibiarkan budak-budak baru belajar menderanya?
Dia baru lima bulan lebih.
Dan mengidap itp pula...
Tak kesian?
Tolong sama doakan semuga baby comel ini sembuh.
ibundo
Followers
jom klik
Showing posts with label cucu nenda. Show all posts
Showing posts with label cucu nenda. Show all posts
Saturday, November 3, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Idiopathic Thrombocytopenic Purpura
Aku belek pipi gebunya. Ternampak bintik bintik merah halus. Aku belek belakang telinga. Belek keseluruhan badan. Nyata sekali bintik-bintik halus itu. Degup jantung aku mula berdetak laju.
Pagi itu dia tidak seperti biasa. Sekejap kejap merengek. Diam bila diangkat tetapi merengek semula apabila diletak.
Tengahari itu ibu bapanya membawa hafiy berjumpa dr Azam di Pantai.
Sah. Memang ada yang tidak kena. Setelah dilakukan ujian darah, ternyata Hafiy pengidap ITP, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura, kecelaruan darah yang menyebabkan penurunan platelet secara abnormal. Semasa ujian darah, platelets count hanya 8,000 sahaja dimana normalnya adalah antara 150,000 hingga 450,000.
Seminggu hafiy di hospital. Kaki mongelnya dicucuk untuk tujuan pengambilan darah untuk diuji lagi dan juga untuk memasukkan ubat. Platelets naik sehingga 99,000 tetapi masih di bawah normal semasa discharge. Aku berharap-harap sangat dan berdoa supaya ia terus naik ke paras normal.
Terima kasih kepada kakcik seroja kerana sudi datang menjengah.
Hafiy merenung masa depan.
InsyaAllah boleh baik dik. Lawan dia habis-habisan.
Err.. abang nak interfrem boleh?

Subscribe to:
Posts (Atom)