Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, October 13, 2012

Serbuk Belacan

Salam buat semua.
Petang tadi balik melaka sekejap ziarah adik ipau yang baru saja keluar hospital. Suka bebenau dia ni masuk sepital. Selasa depan dah nak kena pergi ke ijn pula. Cepatlah kau sehat Mat..

Masa balik singgah sekejap di RnR Ayer Keroh. Sempat pekena mee rebus Pak Tam semangkuk kongsi dua orang. Tak taulah sebab nak jimat belanja ke atau pun takut gemuk. Aku minum air teh o limau panas tapi agak keheranan sebab hasben aku minum air batu.

Aku nampak petai bergantungan di sebelah gerai pak tam. Aku cakap aku nak beli petai.  Beli petai kena beli cencaluk sebab cencaluk cukup ngam dengan petai. Tapi tau-tau sajalah napsu pembeli.  Mula-mula nak beli ini tapi bila dah nampak benda lain terus bercambah-cambah keinginan pada benda yang lain.

Dik, belacan serbuk ni harganya berapa.

Dua sepuluh ringgit cik.

Kalau satu?

Lima ringgit setengah.

Ini hukum matematik mana yang kau pakai. Kalau dua botol serbuk belacan harga sepuluh ringgit. Satu bukannya lima ringgit ke.

Tak cik.  Lima ringgit setengah.

Aku rasa budak ni spm tak lulus matematik.  Eh.. bukan setakat budak ni saja.  Dengan toke toke dia tak lulus matematik.

Sekian.

ibundo

6 comments:

ejaMaria said...

hehehe...
ramai yg macam ni Bundo... satu rm3.50, beli 3 rm10 je... ;)

cheryna zamrinor said...

oooo....teknik menjual tu kak..
kalau akak beli satu, harga up 50 sen.
tp kalau beli dua...tepat2 la harga tu.

selalu org jual buah, kupang, dengan jajan mmg jual macam nieh:)

sal said...

tulah cara dia nk lariskn barang..
klu tergoda, berebut2 pelanggan membeli..

Cik Azz said...

aduhhh....

kono kek kopalo sey entry ni... hahahaa....

kek sinipun ghamai yang buek camtu kak.. sey jual popia sobungkuih 3.50, kok amek 3 bungkuih, 10 hengget...

mano2pun samo yoo...

ibundo said...

Haha... saja je kakpah nak ngenakan budak tu.

Acik Erna said...

memnag boto kak pah..se ponah nak boli..dio terus kato duo sepuloh hinggit..se kato nak satu yo..onam hinggit kato e..eh macam tu pulak..memang gogham amek..selalu konoo..osah kato kak pah tak lulue matematik diaorang tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...