Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, November 26, 2012

One of the many chapters in my life

Terasa macam terkejar-kejar bila maid tak ada.
Kalau dulu bila weekend sempat pergi joging di taman tasik cempaka tapi sekarang hari-hari aku joging di dalam rumah sampai badan kadang-kadang rasa macam terapung-apung tak jejak bumi. Begitulah kalau dah terlalu manja bila kebanyakan pekerjaan rumah ada orang yang bantu.  Mungkin tidak kurang juga orang yang 'memadankan' muka aku. Memang padan muka aku. Dan orang yang 'itu' memang menanti masa saja untuk mengetawakan aku. Ah.. ada aku kesah?

Rutin orang di dalam rumah aku juga terpaksa selari dengan  ketiadaan maid.
Tolong mak masak.
Tolong basuh pinggan mangkuk.
Tolong lap pingan mangkuk dan susun dalam almari.
Tolong basuh kain sidai kain.
Tolong nyapu.
Tolong buang sampah.
Tolong basuh bilik air.
Kain baju masing-masing lipat, gosok sendiri.
Bilik kemas sendiri.
Bla..bla..bla...
Kalau tengok dari mata kasar memang kami boleh hidup sendiri.
Kalau tengok dari mata halus, badan tua aku rasanya susah nak terima. Penat sangat rasanya. Apatah lagi aku terpaksa berlari ke sana ke sini menguruskan tadika dan juga melawat hafiy yang masih di hospital.

Bercakap pasal tadika, tengahari tadi ada seseorang menelefon aku nak datang berjumpa pasal pendaftaran.
Dalam kelamkabut dia bercakap dan dalam kelamkabut aku bersiap-siap nak balik, aku dengar macam dia cakap:
kakpah.. saya ani orang gemuk nak datang jumpa jap.

Kejap lepas tu aku dengar orang bagi salam. Aku tengok dia tak gemuk pun. Nama kat nametag dia pun bukan ani.

Lepas layan kejap (macam dia pun cepat nak balik je), sempat aku tanya mana dia dapat nombor telefon aku.

kak ash yang bagi.

Puaslah jugak aku nak mikirkan siapa si ash ni.
Lepas dia balik, aku terbayang-bayang dalam kepala yang aku ni macam kenal je akan dia ni.
Ash yang dia maksudkan mesti si budak ashley dekat perdana tu. (macamana boleh aku tak ingat?)
Ani orang gemuk yang aku dengar dia cakap tu mesti dimaksudkannya kucing oren gemuk...haha..
Betulkan KOG!! Tadi tu kau kan?

p/s
Memang kecik kecik dulu aku suka hisap-hisap kepala ikan dan sedut-sedut manisnya kepala udang.
Err.. baru sekarang kesannya?

ibundo


23 comments:

Unknown said...

Tak pernah ada maid, semua kerja buat sendiri..hehehe..dah memang say full time housewife!
ibundo kena makan gingko ni...

Amie said...

oh... ada kesan juga ye kalau suka isap kepala ikan & udang....

Acik Erna said...

dah namo e tekoja2 kak pah..donga pun tekoaja koja yo..soba yo la kak pah..
sampai masaalah selosai

makchaq said...

Padan lamakchaqpun serupa macam
kak pah, makchaq pun minat sangat kepala ikan dan kepala udang dari kecik..

Kesiannya Hafiy.. kalau orang demam denggi nak naikkan platelet minum air perahan daun betik, tak tau la kalau sakit dan kecik macam Hafiy tu boleh ke dak minum air perahan daun betik tu...

Cik Azz said...

Takpo kak.. Kok tak buleh nak koja tu, simpan yoo la untuk hari seterusnya... Kojo kek ghumah mmg tak ponah abeh.. Lagi2 kalau ado tukang nyepah dan tukang cengelat..

Sey paham situasi akak tu... Sudah eh, sey skang ni banyak buek tak ghoti dgn tak nampak yoo.. Lotih tekau... huhu..

rezeki said...

salam kak pah


hehehe

manyak termakan semut ni heheheh

Insyirah said...

kakpah, KOG tu orgnya kurus & tinggi juga. Cantik & manis, berjubah labuh. Betul kan, KOG? :p

Nieda Ramly said...

Kak pah , saya yg tak makan kepala ikan pun dah jadi pelupa juga .
Buka peti sejuk , tapi tak tahu nak ambil apa?

Granny Hani said...

esuk maid saya balik indon bercuti sebulan...Huhuhuhuuu...Padan muka saya lahhh.....

ibundo said...

Norhaizan,
kalau dah biasa ada orang tolong, kelamkabut jugalah kalau tak ada.

amie,
orang kata macam tu lah mie hehe



ibundo said...

erna,
osah tekoja-koja e tekau.. macam teghobang pun ado gak.

makchaq,
dah part tulah yang manis nak hisap2 ka?
Hafiy semalam buat ambil sample kat tulang punggung. Result belum tau lagi.

azz,
masaalah e tak buleh nak simpan-simpan haha.. mato ni nengok ado yo yang tak kono. mmm alah hai..

pak itam,
masalah semut ni pun satu hal pak itam. Macamana nak bagi hilang itu semut?

insyirah,
memang cantik manis. Tang tinggi tu tak perasanlah pulak hehe..

nieda,
haha.. tu perkara biasa tu.

granny hani,
jangan pulang cuti tak balik-balik dahlah hiiii...

kucingorengemok said...

kakakaaa... tak berapa tepat. kita lagi tak gemok skit dari ani budak tak gemok tu!

adik kita la tu, kak pah :)

Nizam.Ariff said...

lupa kak Ash?

keh keh keh.... kecik hati kak long tu... hahaha

sal said...

in sya-Allah siap aja kerjanya walaupun takde maid...mula2 memang rasa sush ..

azieazah said...

Jumpa KOG??? Bertuah Kak Pah!

tasekM said...

femes betul kog...

:D

ASH said...

Jap jap...
aku nak gelak jap..
hahahaahhahahahaha
.
.
.
.
.
okay,
sekarang siapa lak bagi nombor aku kat KOG?

SILA MENGAKU...

Nizamm???
Tijahhh????
TASSSS???

ASH said...

oh yer...
SYIRAH????

kucingorengemok said...

kak ash- keh keh, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiii ;)

ASH said...

alahai..
KOG,
komen kat blog ni takder butang LIKE pulok..

Nizam.Ariff said...

Kak Ash, aku tak bagi kat KOG.

kalau benar aku bagi kat KOG pun, aku tak mengaku... keh keh keh

aku syak KOG google kat FB kut... hahaha

tasekM said...

kah ash, aku yg bagi.

keh3.


.

Ena said...

baca n3 dan komentar tu semua buat ena tergelak2.. kelakar betul rasanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...