Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, December 7, 2012

tensionnyer!!!

Bukannya aku buat apa-apa pun. Aku cuma tengok je. Itu pun dari jauh.
Tapi dia tenung aku sambil membulat-bulatkan biji mata. Suaranya sengaja dideramkan sambil menyeringai menampakkan taring untuk menakutkan aku.
Dia ingat aku takut?

WOI!!! aku jerkah dia.

Tapi dia tak beranjak sedikit pun. Malah semakin dalam dan garau deramannya.

Kalau menumpang buat cara menumpang ye!! Tak pasal-pasal pulak nak berlagak macamlah  ini rumah kau. Aku hambat baru tau.....

Aku hentak-hentak kaki aku atas simin tepi longkang itu menandakan yang aku tak main-main dengan apa yang aku cakap. Dia kelihatan berundur sedikit. Suaranya sudah tidak segarang tadi dan anaknya yang dua ekor itu dipeluk-peluk dijiliat-jilat macamlah aku nak ambil.

Argh!!! lepas sekor sekor dan sekor sekor kucing tak malu datang menempatkan diri mereka di belakang dapur, di tepi rak kasut, belakang washing machine... sambil mengintai-intai makanan Jordan. Aku tak marah kalau datang makan.  Makanlah kalau itu dah rezki kau. Tapi please lah.. beraklah jauh-jauh.  Janganlah atas rumput dekat dengan tempat aku menyidai kain.  Janganlah kat atas rumput betul-betul belakang pintu dapur aku.  Janganlah bawah rak peralatan cooking aku.  Aku tension tau tak?

Itu belum  masuk lagi perihal korang selongkar tempat sampah kat dapur. Berterabur atas lantai. Aku juga yang kena sapu dan mop.
Itu belum masuk lagi perihal ikan bilis aku satu plastik korang larikan dari atas kabinet dapur.  Berterabur atas rumput kat belakang rumah. Bukannya korang makan pun.
Itu belum masuk lagi perihal roti gardenia yang korang koyak-rabakkan plastiknya.  Berterabur atas lantai. Rotinya korang koyak-koyakkan.  Bukannya korang makan pun. Saja je korang dengki kan?
Itu belum masuk lagi perihal menjadikan kawasan rumah aku sepital beranak korang.
Cerita pasal kencing hancing korang tak payah cakaplah.

Argh!!!!


ibundo

19 comments:

azieazah said...

Itulah antara sebab saya tak gemar nak bela kucing.
Banyak sabar Kak Pah.

ibundo said...

azie. Tak bela tapi masih tak malu dtg uhuhu

~ Cik Azz ~ said...

Hehehehe.... Tengok tajuk entri dah dapek agak dah akak tensen dgn sapo... haha..

Kak Pah macam sey la.. Memang tensen kok dorang ni buek hal.. Mulut dah macam2 keluar dah.. Maki2 bagai.. Tapi lopeh tu nyosal la pulak.. Maki kek kucing, bukan dorang fahampun...

Sey tak suko org bising2 pasal kucing kek ghumah ni.. Lagi hangin sey dibuek ehh.. Kok tak nak buang beghak ehh tu, ontok2 yo la... Lambek laun sey borsihkan jugak..

Tapi kek ghumah ni kok bukan kucing kesayangan sey yang beghak, mmg payah la sey nak buang.. Abang sey la jadi mangso ehh.. Siapo suruh tak nak buang kucing tu... huhu...

Maghah2 pun tak sampai hati nak buang kucing2 ni kak.. Kolomahan sey kek situ laa.. huhu..

Asmar Arafad said...

hai saya dtg bw dan follow sini best crite nie

ibundo said...

Azz. Ekau imajin yolah koadaan akak yg tongah takdo bibik ni. Dah la ponek lopeh tu kono becokak pulak mo kucing. Adei.. Yg kucing ni pun cam tau tau yo mano tompek nak molepak.akak tabek la kek kau azz. Soba mek amek mo kucing

ibundo said...

Asmar. Cerita kat sini bnyk merapu. Anyway tq.

rezeki said...

salam kak

hehehe
kesian anak2 rimau saya dah lama kena tinggalkan
sib baik ada org tengokkan

Hjh Noralenna Abbas said...

Memang tension dengan kucing era kini. Atas rumput carpet, atas batu..lepas aje. tak payah nak 'cover' kambus, macam kucing kucing zaman dulu.

ibundo said...

Bejalan lagi ye pak itam.

ibundo said...

Kak nora. Ada sekali haritu kucing ni kais kais lantai parkei macam nk kambus najis. Memang iya rupamya dia terkencet atas lantai tu. Kurang asam betul

Norhaizan hakim said...

pasal hancing tu saya rasa paling tensen! Tapi ibundo bawak bersabar tau..jgn pulak di pukul atau disiram ayaq panas kucing tu!

Nizam.Ariff said...

sekadar di pinggiran je kak... hahaha

Amie said...

Di rumah kami pun selalu banyak kucing mendatang, mengganggu keselesaan kucing yang anak-anak bela, tapi yang datang tu time nak makan je, lepas tu pergi...

Kakzakie said...

Banyak juga ganjaran kakpah sebab memberi 'mereka' tempat berlindung dan makan. Kalau dia pandai cakap dia nak kata terima kasih agaknya.

Kakak memang takut kucing kakpah. Cuma kesian tengok kalau yg merempat.

Ada org sabar macam kakpah dapatlah 'mereka' berlindung. Tension sesekali nak buat macam mana kan.

Ezza Muffinbiru said...

KAk

Kucing zaman sekarang ni dah cerdik sebab dia selalu mengintai kat tadika akak tu sambil tu dia belajar membaca..so saya cadang kan akak taruk signboard atas rumput akak NO STRAYS CATS ARE ALLOWED HERE!..heheh
jangan marah kak..nanti faris gelak.....

ibuintan said...

hahahaha kak Pah... relak jgn tensen, kucing2 tu suka datang sbb nak ngorat jordan jugak tu

sal said...

Masya-Allah..
menguji kesabaran kita..
nak berkawan dengan jordan gamaknya..

ibundo said...

haizan,
haha.. belum lagi hilang pikiran utk buat begitu.

nizam,
ye.. sekadar di pinggiran. Malam tadi anak kucing sekor tergelempang kejung kena attack dengan kucing jantan agaknya. kesian. laki aku tanam je tepi pagar. untung2 boleh jadi baja hehe

ibundo said...

amie,
kucing mencari makan kalau sekadar makan kita pun tak kedekut nak bagi. Ni yang datang tak reti-reti nak pergi ni yang masalah.

kak zakie,
kalaulah kucing ni boleh bercakap ye.. kita pun menggeletar dibuatnya.

ezza,
masalahnya kucing ni tak reti bahasa haha

ibuintan,
jordan ni pun dah hilang taring bu. Dah melepek je kpah tengok.

sal.
memang menguji betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...