Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, December 9, 2012

Kamu sehat?

Sehat ke kak.
Sehat, alhamdulillah.

Dari luaran memang nampak sehat. Cergas sama seperti biasa.
Masih mampu menghambat kucing yang berjengket-jengket menguis apa yang ada dalam bakul sampah.
Masih mampu mengemop lantai atas bawah dalam dan luar.
Masih mampu turun naik tangga kerana mengambil sesuatu di atas atau berkejar ke bawah melihat siapa yang tidak berhenti-henti menekan loceng pagar.
Masih mampu membawa unser yang umurnya sebaya dengan perkahwinan kaklong ke hulu ke hilir.
Juga masih mampu main masak-masak di dapur sambil bersilat berkungfu.

Luarannya begitulah.
Cuma aku saja yang tahu:
Aktiviti fizikal itu mebuatkan

jantung aku bedegup laju dan ada kalanya berentak tidak normal dap dup dap dup dap dap dap.... dup
ankle aku ada masanya sakit ketika kaki memijak bumi
tulang di lutut aku macam bergeser ketika turun naik tangga sambil bernafas termengah-mengah
badan terasa lemah tidak bermaya

Satu malam, terkejut dari tidur dan selepas melepaskan hajat di bilik air aku terasa macam dunia aku berpinau. Aku cuba berbaring tapi ia tidak pergi. Aku tahu kalau aku berkeadaan begitu aku tidak boleh duduk diam memikirkan tentangnya.  Lagi aku akan panik, lagi aku akan terasa semacam disedut ke alam lain. Aku menyebokkan diri aku di kala orang lain diulit mimpi dengan turun ke bawah  naik semula ke atas tanpa tujuan sebenar. Aku berwudhu dan bersolat. Aku habiskan masa yang agak panjang untuk beristighfar, berzikir padaNya supaya umur aku dipinjamkan lagi. Alhamdulillah..

Satu malam yang lain, juga terkejut dari tidur dan selepas melepaskan hajat, aku terduduk di atas katil melayan dada aku yang terasa panas. Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan.

Sehat ke kak?
Sehat, alhamdulillah.
Aku bandingkan diri aku dengan diri dia yang baru saja dalam sebulan menjalani pembedahan membuang fallopian tube.
Aku bandingkan diri aku dengan diri dia yang sudah 6 tahun mengidap penyakit kencing manis tegar.

Aku?
Di samping darah tinggi yang terkawal ini, aku rasa sudah sampai masanya untuk aku membuat thorough medical check up lagi.

Sekian.
ibundo

18 comments:

Tijah said...

Sey ni pun takut jugak nak buek medical check up ni. Takut nak tau apa yg bakal menunggu. Isk.

Unknown said...

Eloklah ibundo ke hospital buat check up..takut pitam atas tangga atau pitam masa drive..jgn tangguh2 tau..

kasihibu said...

salam kak
didoakan moga peroleh kesihatan yg baik supaya dapat menjlnkan t.jwb sebagai insan dan sbg hamba kepada penciptanya amin...itu doa yg sama untuk ibubapa sya
bagus akk sentiasa sebut sihat w.pun sebaliknya sbb prof dr muhaiyah pun selalu sebut mcm tu dlm ikim

tasekM said...

kak, aku ni lagi teruk.
kalau satu hr ke hulu ke hilir buat itu ini.
dan2 esok bdn rasa nk demam.
baru umur 3 siries tu...

heh~



.

Granny Hani said...

Alhamdullilah, saya sihat2 saja...tu anggapan saya lah, medical check up tak buat pun.

rezeki said...

salam kak


saya pun tak sehat
kaki lenguh sgt ni psl kejenya berjalan je hehehe

Amie said...

Assalamualaikum Bundo,
bila terbaca tentang keadaan Bundo yang terkejut dari tidur, ke bilik air dan mata berpinar-pinar, Amie teringat malam tadi terbaca buku Menangani Kesihatan Cara Holistik: Cara Hidup Sihat yang berkaitan dengan keadaan Bundo.
Di muka surat 59 ada menyebut tentang seseorang yang menginjak usia bangun dari tidur pada tengah malam ingin ke bilik mandi. Dia melakukannya dengan cepat dengan turun dari tempat tidur secara tiba-tiba sehingga otak kekurangan darah kerana tekanan darah yang sangat rendah. Otak yang kukurangan darah menyebabkan rasa berpinar-pinar, pening dan tiba-tiba jatuh. Ada yang patah tuloang dan ada juga yang tiba-tiba jantungnya berhenti. Para ilmuwan menganjurkan 3 formula langkah setengah minit seperti berikut:
1. Ketika terjaga, jangan segera turun dari tempat tidur.
2. Berehat dulu kira-kira 1/2 minit, lalu duduk di tempat tidur selama 1/2 minit.
3. Setelah itu turunkan kedua kaki sela setengah minit.
Dengan menerapkan 3 langkah setengah minit, kekurangan darah pada otak akan terhindar, jantung akan kembali normal, menghilangkan kemungkinan jatuh dan patah tulang, serangan jantung dan strok.
Sekadar perkongsian tentang info kesihatan ye Bundo.

muhaini said...

Sebab rasa sihatlah asyik dok tunda appointment follow-up medical checp-up dgn doktor bulan ni. Huhu ...

ibundo said...

Tijah,
tak buek takut. Buek pun takut gak..

Haizan,
rancangnya dah lama tapi tak pergi-pergi juga.

kasihibu,
salam/ kena sentiasa berfikiran positif. Kalau kita pikir kita sakit, sakitlah jawabnya...

tasek,
haih.. ekau tu ngengada lebeh tu hehe.

HG,
Alhamdulillah. Semuga kesihatan berpanjangan.

Pakitam,
habis satu amerika pakitam meronda ngan mak itam? Padan pun sakit kaki.

ibundo said...

amie,
terima kasih kerana berkongsi ilmu. Bundo ada juga amalkan supaya bangun tidak tergopoh gapah. Bila dah berumur ni macam tu lah kan? Semua kena berhati-hati.
Terima kasih sekali lagi pada amie atas penjelasan panjang lebar itu. Bundo akan amalkan insyaallah.

muhaini,
tak taulah sebab malas atau takut. Bundo pun selalu menunda-nunda begitu...

Kakzakie Purvit said...

Usah kata kakpah.. kakak pun kalau balik jalan/shopping terasa lenguhnya betis. Letihnya tak terkata.

Namun masih baik banding dgn kawan yg kakpah katakan itu. Kakpah masih dapat dikawal lagi. Moga terus sihat.

sal said...

check up??
good idea..
apb berusia remaja purba ni..
dah jumpa memacam kelainan..
ada je yg kurang stabil, samada tekanan darah, gula dlm darah, degupan jantung,lutut, hemoglobin dll..
akak pun dh lama tak gi check up..
akak terpaksa menerima kenyataan klu, ada itu dan ini yg tak stabil..di smping berjaga2..

JunAina said...

Salam Kak Pah...lama mnyepikan diri. Lalu kat sana teringat kak pah, teringin nak ziarah.

Pertambahan umur banyak mempengaruhi cara hidup dan kesihatan kita. Moga2 akan sentiasa di beri kesihatan yang baik oleh Allah. Doa yang terbaik...

makchaq said...

Elok la pi la buat check up..

tapi makchaq sendiri pun takut nak pi..

ibundo said...

kak zakie,
semuga kita semua diberi kesihatan yang berpanjangan. Penat bershoping tu hehe perkara biasa tu kak zakie.

sal,
haha.. antara petanda-petanda. Selalu terpikir-pikir adakah sempat untuk melihat kesemua anak-anak ni mendirikan rumah tangga hmmm..

Jun,
makin ramai yang menyepi diri. Masing-masing ada alasan kan? Semuga jun juga sehat selalu di samping keluarga tersayang.

makchaq,
haha.. tau tak per..

lupekanje said...

Umur dah bnyk, mati dah makin dekat ni, mmg merisaukan..
kolestrol ku semakin naik skrg ..dah lamo tk brenang..tak jogging kak..

Zaitun said...

Umur macam kita ni memang banyak penyakit yang hinggap kalau tak dikawal. Itulah sebabnya elok kalau selalu buat medical check up.

Nieda Ramly said...

baca entry ni buat sesak nafas.
umur semakin meningkat, macam2 penyakit dtg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...