Ada beberapa orang murid aku di fasa 1 yang aku kena hantar balik selepas tadika. Sebabnya van yang selalu ambil murid di area situ tidak sanggup untuk ke sana kerana kesuntukan masa. Sementelah aku memang menghantar murid aku balik ke taska, aku sekali harung membuat kona baring ke arah rumah mereka.
Selalunya datuk Danish ada menunggu di bawah ketika kami sampai di blok 1. Tapi Jumaat lepas, datuk atau neneknya tidak kelihatan. Aku menapak membututi Danish sehingga ke kaki anak tangga. Aku mendongak ke atas.
Rumah nenek tingkat berapa.
Tingkat satu.
Jom!!
Aku langkah tangga. Dia di depan. Sampai tingkat satu dia mendaki lagi ke atas.
Kat mana rumah nenek.
Atas...
Langkah aku sudah makin perlahan sedangkan dia terus laju berlari anak mendaki tangga.
Cepatlah ummu..
Termengah-mengah aku menarik dan melepas nafas. Dari balkoni di depan tangga aku lihat unser aku sayup di bawah.
Akhirnya dia berhenti depan muka pintu, dimana tidak ada mata tangga lagi yang menuju ke atas. Aku berdiri tercungap. Setelah berbalas-balas ucap dengan neneknya, aku turun ke bawah... masih mencungap.
Adei.. tobat. Macamana lah aku boleh terlupa untuk membawa nombor telefon parents atau neneknya. Takdelah aku termengah menapak sampai ke tingkat 5.
ibundo
11 comments:
hahahahaha.... nak golak bosa dulu Kak!
soba yo la kak, sesekali elok yo xcercise naik turun tanggo tu... moncungap yo
salam kak
itu nama pakej serba lengakap door to door hehehe
hanya Allah je yg dapat membalasnya
insyallah
tak sanggup ambo exercise cam gitu ... Baca pun dah semput ... tapi tak sanggup pulak lepaskan budak tu sendirian! Allah jua membalasnya. Exercise dapat, pahala pun dapat. :-)
Nampaknya kalau nak exercise ni kena ikut kemampuan ye Bundo... tak apalah, lain kali tak payah panjat tangga lagi, menapak aje di lapangan datar.
assalam hajjah
dia kira dari atas....
mujurlah ummu sihat ,kuat dan bertenaga
Heheh tak pasal-pasal ya Kak Pah? Tak mengapa, sekali sekala. Pasni kena bawak hp ya.
adui kak pah..tingkat satu sampai tak do tanggo lai yo kak pah..he he..sajo yo budk tu kan memain kan ummu dio
Hahaha.... tak pe kak, tak payah joging seminggu nih... dah jamak takdim..
ibuintan,
maun tak mencungap. Toghuih poi carik air mineral lopeh tu.
pak itam,
akak sukalah idea pekej door to door tu haha..
muhaini,
budak umur 4 tahun.. tak sanggup nak lepas gitu je walaupun dia tahu rumah nenek dia kat mana.
amie,
kalau menapak guna lift takper lagi.
amn,
haa.. kira terbaliklah ni..
azie,
hp nya bawak. Nombor yang tak bawak.
erna,
haha.. apo koba ko na. Lamo tak donga boghito.
Nizam,
aku pun dah lama tak bejoging. Aasek bejoging dalam rumah je.
tak ramai yang boleh buat seperti kak pah ni
syabas pB ucapkan
siann kan makk.., ehhHe, wak salam ziarahh
Post a Comment