Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, January 11, 2013

Seminggu lebih sudah berlalu

Jumaat.
Sudah seminggu lebih sesi sekolah bermula. Peluh merembes sejak sekolah cuti dan lepas tu dibuka, masih belum berhenti. Nak curi-curi masa untuk menulis dua tiga baris di sini pun macam tak ada kesempatan. Masa masih sempit. Sempit sampai nak bernapas pun susah. Memang susah sendiri yang cari. Padahal boleh saja terbongkang depan tv sambil tengok maharajalawak yang tak berapa nak lawak.


Pagi tadi aku mengajar anak murid aku membaca sukukata tertutup.
Sukukatanya ranDi bawahnya aku tulis perkataan joran.
Murid aku membaca, ran........ dan menyebut  jozanAdui... besar sungguh pengaruh si johan dengan azizan ni. Aku mintak janganlah diorang menang.  Bagilah peluang orang lain pula buat duit.

Ish.. apalah yang aku lalutkan. Sebenarnya badan aku dua tiga hari ni berangin. Kena isi perut selalu bila terasa saja ada lompong.  Kalau tak, siaplah menanggung azab bila angin berterabur masuk dalam urat temurat satu badan.
Berangin dengan bibik aku pun satu hal lagi. Benda semua nak kena suruh baru buat.  Betul-betul macam paku dengan penukul. Tapi satu haritu dia buat pula benda yang aku tak suruh buat.  Pun aku hangen jugak. Ceritanya, hari isnin aku masak nasi goreng untuk tadika. Hari selasa aku dah plan nak masak mee goreng. Boleh pula dia masak nasi satu periuk besar pagi selasa tu. Aku tanya buat apa masak nasi banyak-banyak. Dia cakap buat nasi goreng. Pelepap..pelepap.. pelepap.. aku tepuk dahi.  Sudahnya kitaorang makanlah nasi tu dari pagi sampai ke malam.  Pun tak habis.  Bagi Jordan pun dia tak hingin.

Yang lain-lain malas nak cerita.  Aku tak taulah dia buat apa masa aku dan yang lain-lain tak ada di rumah. Sebab bila aku balik semua benda tak kena dengan biji mata aku.

Ok.. cerita lain.
Dah lama aku tak letak gambar anak-anak tadika.  Tahun ini kami tukar imej.  Baju hijau kotak-kotak yang dah dipakai dua puluh tahun lebih bertukar ke warna coklat.  Ramai juga yang tanya kenapa tukar. Aku jawab nak buat imej baru.  Lagi pun dan berpuluh tahun dengan yang itu yang itu juga...


 Ini anak si "ani budak gemuk"...hehe..



 Menembak dengan penuh perasaan.


 Tudung coklat kuning belum siap. Jadilah tudung warna warni.


 hari pertama sekolah tak mahu masuk kelas.







Sekian.  Nak kena masuk dapur kejap lagi.

ibundo



12 comments:

kucingorengemok said...

anak ani budak gemok dah dipesan- jangan buat peel kat sekolah, nanti masuk blog cikgu besor, malu tauuu!

http://kucingorengemok.blogspot.com/2010/02/ah-poh-jr-dalam-baby-crying-contest.html

ibundo said...

Ohohooooo... ini ah poh junior yang masuk contest dulu..haha.. cepatnya masa berlalu.

Nieda Ramly said...

comel muka budak2 ni

ibuintan said...

dah duopluh taun... patut bona tuka dah tu KakPah... cantik design baju diorang


jgn hangen bona kak... kang bibik tu tak apo2, akak pulak yg pusing tekeneneng

kakngah said...

comel anak ani budak gomok!

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

zino said...

comel2 gambar budak2 tu..

secangkir madu merah said...

Dah lama tak menyibuk di blog kakPah.. apa khabar kak? Tahun baru tukar langsir baru juga ya.. cantikkk..

Cik Azz said...

Wahh, cantik baju dorang ni kak.. Kolar peterpan utk gegurl... Sapo design baju ni kak..? Akak ke..?

aza ni said...

assalam hajjah



lawanya .....

ibundo said...

nieda,
memang comel diorang semua ni

ibu intan
kahkah.. tang tokeneng keneng tu yang buekk goli ati.

kakngah,
ekau kona ko mo budak ani ni hehe

saifudin,
yaah...

ibundo said...

zino,
mengonan fotografer e yang comel

smm,
aku pun dan lama tak menyibuk di blog sendiri.

azz,
iyo lah azz.. sapo lai

amn,
salam. Sapa yang lawa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...