Tapak tangan terasa berat, tebal, kadang-kadang kebas kadang-kadang seperti ada beribu semut halus yang merayap-rayap dari pangkal tapak tangan ke hujung-hujung jari. Dalam ketidak-selesaan ini aku cuba juga menaip.
Banyak yang berlaku semasa diamnya aku. Hati mahu menulis, namun otak kaku. Sudahnya aku kona baring ke dapur aku di sebelah sana. Kalau tidak jumpa aku di sini, singgahlah ke dapur. Boleh juga aku terus bancuh kopi panas satu teko.
Kelmarin, eh..bukan.. selasa lepas. Ya, selasa lepas aku menghantar sms kepada syed noh, seorang kenalan lama Aulad sebab dialah supplier tshirt sukan dan juga sebahagian buku teks kami . Sebelum cuti tahun baru cina lepas dia menghantar baki buku yang belum dihantar. Oleh kerana aku tidak ada semasa dia datang, aku tidaklah dapat membuat bayaran ketika itu. Aku andaikan dia akan datang semula selepas sekolah dibuka.
Aku tunggu tetapi dia tidak muncul. Aku tunggu dia telefon atau sms, tidak juga.
Jadi, selasa lepas aku sms bertanyakan bila dia mahu datang untuk mengutip cek yang telah aku sediakan.
Sebaik saja sms aku dihantar, dia telefon. Begitulah mengikut nama yang tertera di skrin telefon aku. Tapi bila aku jawab, suara di sebelah sana suara perempuan.
Puan latifah ke, saya isteri syed. Syed dah pulang.
Pulang? pulang ke mana..
Pulang ke rahmatullah..
Memang aku kaku seketika.
Ya lah. Itu semua kerja Allah. Yang ada pada kita ini semuanya kita pinjam sahaja. Tapi bila berlaku secara tiba-tiba, kita rasa tersentap. Membuat aku berpikir-pikir akan giliran aku bila kalanya pula.
Aku terus teringat apoinmen aku dengan dr mazlan di KPJ yang terus ditunda-tunda dari bulan 12 haritu. Ia berkenaan dengan tapak tangan aku seperti yang aku sebut di atas tadi. Carpal tunnel syndrome. Macam itulah nama glemernya.
Kamis, aku ke kpj. Dari bilik dr mazlan aku diarah pula ke bilik dr suzy. Dr Suzy pula tidak boleh buat test pada pagi itu. Padahal masa aku menunggu dah habis berjam-jam. Suruh pula aku datang untuk buat test pada hari isnin petang. Kemudian bila dapat result, pergi semula berjumpa dr mazlan pada pagi selasa. Pendekkan cerita, pagi khamis itu sampai ke tengahari masa aku habis macam itu saja.
Balik, aku demam. Bukan demam penat tapi demam 'mencret.. perut memulas' tak tahu salah makan apa. Kena dua hari memang aku lembik loyak. Makan pula memang tak lalu sejak mula kena. Pagi tadi aku dah tak larat. Nak berjalan, rasa goyah. Atas desakan hasben aku, anak aku menghantar aku ke pusat rawatan azzahra. Masuk air sebotol. Petang baru rasa lega dan dapatlah aku menyapa-nyapa di sini sebentar.
Bila sakit-sakit begini aku teringatkan anak aku si adik yang jauh di kedah. Rindu pula aku kepadanya. Aku berdoa padaNya kalau tiba masanya aku akan pergi, biarlah semua anak-anak aku ada di sisi aku.
Sekian.
ibundo
20 comments:
-salam perkenalan puan.. saya terjumpa link ni mase blogwalking td.. saya nak tumpang iklan sikit ye TT-
Salam to blogger sume ^___^
mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!
//Jazakallah & Jazakallah//
Semoga sihat dan sembuh segera kak.
Mudah-mudahan kakpah sentiasa diberkati umur & disihatkan tubuh badan...Aminn!
Kebas tangan? Ramai saya dengar orang perempuan yang akan kena sakit macam tu. Ada yang terpaksa operate, tapi sikit saja la. Konon pasal urat, tak pasti pula saya.
Risau pula dok baca pasal Kak Pah sakit ni.
Moga baik-baik saja.
Mudah-mudahan Kak Pah sihat solalu.. Jangan fikir banyak sangat yo kak.. huhuhu..
Akak kono banyak rehat ni...
assalam kak pah..moga kak pah sihat yo..
moga sihat2 ye kak pah. risau pulak saya...
.
Take care, hajjah.
bila kita kurang sihat fikiran sering melayang dan mencungkil berbagai andaian, semoga diberi kesihatan yang baik ya kakpah
Assalamualaikum Bundo,
baca entri Bundo tentang carpal tunnel syndrome tu... adakah ia berkaitan dengan aliran darah kita ye, misalnya jumlah gula dalam darah, atau pun jenis2 darah tertentu seperti darah beku atau darah cair...
apa pun, Amie doakan Bundo tenang tenang selalu dalam menjalani hidup ini, rehat2kan minda dan lakukan aktiviti riadah di petang atau pagi hari sambil hirup udara segar.
Hanan, silakn.. no problem.
Nizam, dengan izinNya.. insyaallah
Syirah, amin....
Azie, urat tersepit dipergelngn tangan. Faktor usia.. ubatnys kalau dah severe dioperate. Besok kpah buat test smaada boleh mkn ubat saja atau operate.
azz, bilo sesakit ni mcm2 yg dipike
Erna, mudah2han
Tasek, dgn izinnya.
Kak nora,
Thnks
Sudais, selslunya mcm tu lah kan?
Amie, berkenaan saluran darah yg tertekan di bahagian pergelangn tangn. Rasanya takde kaitsn dgn gula dlm darah. Selalu berlaku pd orng berumur dn kdg2 yg mngndung
Salam kak Pah
Harap kak Pah dah ok..
Dua hari lepas makchaq dok sembang2dengan kawan..
masa dulu cerita pasal kawan dah dapat kerja, lepas tu kahwin, dapat anak..
baru ni sembang..
kawan2 kita dah mula meninggal.. masa kita pun dah tak lama lah agaknya...
Kak Pah
semoga cepat sembuh.
Jiran pB pun alami masalah tangan kebas begini.
Operation di Hospital Putrajaya , akhirnya .....
Mertua pB pun sedang mengalami masalah yang sama
Assalam pah..elok sebenarnya mengingati kematian..tpi Sedih juga kan apb berada diusia hmpir emas...moga sudi2 lah si ank mengingati dan brsama ibunya.ank2 apb dh besr pnjg..tk renti2 sebuknya..
kalau org kampung berurut je tu kakpah... alasannya salah urat dan darah tak jalan dengan lancar
Assalamualaikum kak pah
lama tak datang hirup kopi kat sini.. :)
jaga diri ye kak pah.. semoga sihat dan ceria selalu..
Asalamualaikum ibundo
kena cts jugak ya... cepatlah dapatkan rawatan tu, kalau biar nnti lg teruk jdnya... kak rose punya dah ok selepas 3 bulan buat operation.
aminn ya rabbal alaminn..
teman pon kalo boleh gitu juge..
assalamualaikum demam pru ni macam2 jadi yg tak jadi..smoga sihat selalu yer..
Post a Comment