Sudah dua tahun dua bulan.
Lasaknya bukan main.
Cakap belum keletah kerana di rumahnya sunyi sepi. Aku selalu menyuruh emak dan ayahnya menghantar maryam ke rumah aku untuk mendengar percakapan orang. Tapi biasalah. Kejap datang lamaaa tak datang.
Aku juga menyuruh dia dihantar ke taska. Tak payah lama-lama. 3 jam cukup. Tapi biasalah. Kejap hantar lamaa tak hantar.
Sekarang ni ayahnya balik ke kedah atas urusan. Maryam bersama uminya dan baby tinggal di rumah aku sementara ayahnya balik.
Lasaknya bukan main.
Hiasan aku entah berapa biji pecah berderai.
Nasib baik tak luka.
Almari aku kejap dibuka kejap ditutup.
Semalam pisang satu sisir dikupasnya. Bukan dimakan tapi saja seronok-seronok mengupas kulit pisang. Dia buat kerja tu senyap-senyap orang tak tahu. Kalau aku tahu boleh aku ambil pisang tu buat cekodok.
ibundo
17 comments:
angkara cucu, nenek angkat tangan
Alahai cucu ninda. Comelnya. Mata bulat, rambut ikal. Ninda pula suka ambik gambar. Bukan apa, budak-budak 'curious'..so sabar ajelah dengan cucu ye, hajah.
Assallamualaikum,
Salam Kenal. dan salam ziarah ..Alahai comelnya cucu tu...jernih wajahnya
hihihi...patut la Mak dia tak nak hantar... dah tahu keletah anak dia buat Nenda dia penin kepala... :)
Kalau ada cucu, 'pening' kepala. Tiada mereka, tercari-cari pula!
Assalam kak pah.come boto dak mariam ni.lamo boto kak pah tak masuk an gambar cucu2 kak pah sibuk yo kak pah.faris dah sekolah ko kak pah
Tengok mukopun dah tau nakal ehh camno.. hehe..
Kok ado budak2 kek ghumah, mmg tak buleh nak berhias la ghumah tu... Pintu almari mmg kono ikek dgn kain.. hehe..
comelnya.. secomel nendanya..
nieda,
biasanya begitulah.
kak nora,
haha terlampau curious nenda pening kepala
nadz,
wkmsalam.. terima kasih kerana dtg menjengah. Salam kenal.
maria,
haha.. tau takper
IM,
biasanya begitulah kan?
erna,
dah sekolah. takdo maso nak ambek gamba dio. Osah tul sibuk e.
Azz,
maso anak2 kekocik dulu, camtulah. Ni kono kek cucu pulak hehe..
SMM
hahaha tegelak besau aku.
Rambut megi! Nak tempah buat menantu boleh? hehehe
Bundo...seronok ya comelnya...saya pun ada ramai cucu dah ...seronok jugak:)
tapi kalau cucu yg buat, sayang nak rotan kan? cuba kalau anak sendiri...eiii..geram.
Kak pah, tgk rupa pun dah tau nakalnya.
Apasal aku nampak macam muka Si Timah kat muka Maryam ni?
.
.
.
Timaahhh..oooo Timahhh..
heheeheheheh
Comelnya..meriahlah rumah ada ank dn cucu...
lamo dah takdo gmbr maryam...
Kak Pah..ni cucu yang maso kocik tu yang sawan tangis tu ya,,,comel sangat cucu kak pah ni....budak2 ni tgh lasak..otak dia dok fikir apa nak buat jer..cerdik tu kak..
Kak Pah..ni cucu yang maso kocik tu yang sawan tangis tu ya,,,comel sangat cucu kak pah ni....budak2 ni tgh lasak..otak dia dok fikir apa nak buat jer..cerdik tu kak..
Post a Comment