Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, February 15, 2013

hai hai bai bai

Aku nampak buih-buih sudah mula keluar, meleleh di muncung. Aku teruskan juga. Terus merodok perlahan-lahan.  Daripada pengalaman yang lalu lalu buih-buih itu akan berhenti asal aku tidak gelojoh.
Entah macamana tangan aku bagai tidak dapat dikontrol lantas merentap-buka tudung botol. Sekaligus hidung aku menangkap aroma kurang enak yang memenuhi satu ruang dapur. Bertebaran dia di sana sini. Di tingkap.  Di lantai. Di sinki. Di permukaan kabinet.  Paling sedih di apron, baju, muka , rambut dan lengan aku.
Ah.. cencaluk. Enak dimakan tapi bila terkena sebegitu buat aku menyumpah-nyumpah kerana kerja dapur aku akan jadi berganda-ganda.

Salam buat semua.  Apa kabar.  Begitu lama aku tidak menulis di sini.  Bukan tidak ingat dan tidak ada kemahuan.  Ada.  Tapi masa aku yang semedang tidak ada. Sebulan dulu aku boleh 'benapas' sedikit. Ya, walaupun sedikit dapat jugalah aku benapas.
Sekarang?  Rutin makin ketat. Seketat dan setegangnya urat-urat kaki aku.
Halnya, Sari yang aku cerita-ceritakan akan ketidak-pandaiannya membuat kerja-kerja rumah rupa-rupanya adalah tersangat pandai. Tersangat pandainya dia sehingga berjaya meloloskan diri keluar dari rumah aku sewaktu aku berlibur bersantai di johor bharu ketika cuti thaipusam tempoh hari. Larilah dia.  Hilanglah dia. Pastinya hilang dan terbanglah juga ribu riban yang dikeluarkan untuk 'membeli'nya.

Untuk diberi pengganti, kena keluar sejumlah wang lagi. Mintak refund, dijanjikan separuh tapi sampai sekarang belum juga nampaknya. Pembantu yang didera, ada tempat mengadu.  Kita ini yang didera, pada siapa hendak dituju. Kesiannya aku...

Rutin aku sekarang, beginilah. Kerja kerja kerja kerja sampai kadang-kadang rasa tergigil-gigil kepenatan. Nasib baiklah ada anak-anak yang membantu kesian melihat aku tonggang tebalik membuat itu ini hahaha.. Sempat lagi ketawa tu.

Sekian.  Hanya singgah menyapa. Terlalu lama sangat aku menyepi.

ibundo

16 comments:

Nieda Ramly said...

ayoyo dah lari ka?
kesiannya.
Itulah nasib tuan tanah ,tiada tempat
nak mengadu.

azieazah said...

Alahai siannya Kak Pah. Takpa la, dugaan tu sebagai ujian semata. Nak kena sabar lagi dan lagi.

Maid Indon ni, memang buat kita pening kepala!

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Agaknya ada orang dibelakang si Sari tu. Orang gaji didera selalu diceritakan, majikan yang siksa orang buat2 tak tau.

mokja said...

2 botol cencaluk entah bila beli masih ada didapur.Takut pula meletup mcm tu.
Ada orang gaji macam kita pula yang kena rantai...memanjang rasa tak secure.Takut lari,takut curi...pengalaman yang tak boleh lupa.
Wishing you all the best in whatever you do.

Acik Erna said...

assalam kak pah..telobeh pandai rupo e dio yo..anak sedaro se lagi lak kak pah..dio lari tinggal an anak kocik e lam rumah sensorang..nasib baik la..anak sedaro telefon berkali2 tak jawab..dio telefon jiran mintak tengok sebelum balik rumah nak tengok..sah2 anak lam buai tinggal sensorang

Cik Azz said...

Alahai, sian Kak Pah.. Dorang ni mmg la.. Adik sey dulupun dah ponah kono camtu.. Sabar yoo kak... huhu..

Cencaluk? Dulu sey makan jugak cencaluk ni... Ontah macam mano, ado sekali tu, sey nampak mcm ado bondo bogorak2 kek dalam botol cencalok tu.. Ingatkan udang gagau tu yg bogorak.. Pehtu belek, tonung lamo2, kosan ehh ulek yang bogorak2 tu.. Sojak dari tu la sey tak makan dah cencaluk ni.. huhuhu...

Hjh Noralenna Abbas said...

I told you!! Ada maid buat2 bodoh. Kami pernah employ maid dari tempat yang sama, lari( dengan membawa yang bukan haknya) bila kami tidak ada di rumah.. Dapat tangkap. Terus hantar balik.

kakngah said...

comeh baco komen kak erna...
seram!

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Mslh maid yg lari mncuri mndera x pndai bt keja sana cni dgr...sndiri mngalami pnya maid yg mcm2 peel...brenti ikut suka hati walhal kta da kluar duit jamin itu ini..tp kerajaan x prna ckp mslh kerugian yg d alami...alih2 maid mnta naik gaji plk yg d layan dan kos itu ini yg x munasabah...kerajaan ni ibarat anak d biar kelaparan tp monyet d utan d susu kan...tmbh la org2 luar dtg msia bsr kepala...dr keja maid smpi la ke buruh kasar tu..bt sakit hati...kannnnnn

ibuintan said...

Osah panjang akal ea yo.... dah dapek mat indon yo agak ea tu


,Kok dapek patut dihumban dlm laut yo tu.... ni kato jiran sey yg maid ea pun lari

Amie said...

Malas nak 'beli' maid lagi Bundo... buang duit je, bukan dia jaga rumah kita, kita pulak kena jaga dia, macam2 peel dikeluarkannya...suami kata, biarlah... biarlah buat kerja rumah sendiri,pelan2, gotong-royong sekeluarga, daripada pening kepala mikir maid....

rezeki said...

salam kak pah

sian kak pah, duit terbang tambah hati pulak sakit

sabar je penawarnya , harap Allah akan gantikan wang yg terbang bayar maid tu dengan perkara yang lebih baik buat kak pah

hari tu masa ibu saya meninggal dunia, maid yg jaga arwah tu ada tempoh setahun lagi dan dia suruh kami ambil dia kerja, walaupun dia kira bagus dan boleh dipercayai semasa jaga arwah ibu, kami tak mau pening kepala dan dah biasa semua kerja kat rumah buat sendiri, jadi dia dihantar pulang semula ke tanah jawa

zino said...

pembantu angah pun dah lari macam tu je pasport dia ada lagi .. dari halal dan jadi pendatang haram tu tak tau kemana pergi nya.. memang menyusahkan orang betul.

ibundo said...

nieda,
sudah lari. kerja tak sampai sebulan.

azie,
mintak agen pulangkan duit dia janji nak bagi separuh je. imagin dari 6k dapat balik 3k. tu pun petang ni baru dia suruh datang ambik... selepas beberapa kali kita talipun.

kunang-kunang.
mestilah ada contact person dia kat sini. diorang ni cerdik kita je yang dibodohkan.

mokja,
kalau tenngok dah berbuih-buih tu, lupakan saja haha..
thanks. sekarang ni rasanya lebih senang kerja takde pembantu walaupun penat.

erna,
haa.. tu kau. Tu yang tak nak terjadi tu. Dah banyak kali donga cito orang gaji lari tinggalkan anak majikan di rumah sendirian.. seriau tul.

azz,
oo ado pongalaman makan cencaluk yg tak dapek dilupokan yo hehe.. Nak buek macamano kan? dah nak tekono camtu.

ibundo said...

kak nora,
ada pengalaman rupanya. Saya ni dah ramai maid tak pernah lagi jadi macam ni. Sekurang2pun diorang keje 2 tahun. Yang ni memang dari mula dah tak pekenan. Jauh dalam hati tu dah dapat rasa..

kakngah,
osah soram e. imajin dak epal kono tingga sengsorang.

QHQ,
Sekarng nak ambil maid mesti ada sekurang2nya 6-8 ribu. Cukup cukup mahal buat kita yang bukannya terlalu kaya raya. Tapi oleh sebab perlukan bantuan, kita ketepikan jugalah simpanan yang ada.
Diorang pun memang dah pandai demand. Gaji nak mahal, kerja nak sikit. Hati pun asek sakit..

ibu intan,
raso e diorang yang lari cam ni ado sindiket. Lari lopeh tu jua kek majikan lain. dapek duit lai. Lopeh tu sok lari lai. lari manjangggg yo. Osah boto elok e humbanan ko laut.

Amie,
betul betul betul..
memang membuang duit. Bila maid takde sekeluarga gotong royong buat kerja.

pak itam,
sakit hati memang sakit. Pujuk jugalah hati supaya percaya bahawa takdenya budak ni adalah lebih baik. Kalau ada dan buat kerja tak semenggah aku juga yang kena tanggung dosa mengumpat haha..
Ada antara diorang yg datang keje sini memang sebab nak cari rezki. Ramai yang keje bagus. Ramai yang baik. Terpulanglah pada rezki kita masing-masing dapat yang mana kan?

zino,
kan menyusahkan diri. paspot maid ni pun ada kat kami lagi.

ejaMaria said...

lerrr.... lari pulak... hadui...
cerita pasal miad perangai gini la yg selalu je membantutkan hasrat saya nak guna maid... sudahnya sampai sekarang takde maid... rumah bersepah kalau penat pun pejam mata je la... huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...