Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label kering. Show all posts
Showing posts with label kering. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Kering Yang Gering

Salam.


Satu ketika dulu bibik aku menjerang air barli lalu masuk kebiliknya meninggalkan air barli yang dijerangnya terus terjerang di atas dapur. Sudahnya, dapur aku berasap berbau hangit kerana air barli yang dijerangnya kering kontang dan periuk itu menjadi hitam legam. Memang dia kena marah. Memang patut pun kena marah.



Banyak kali juga berlaku hujan turun tidak berhenti-henti selama berhari-hari menyebabkan kain baju yang dibasuh tidak kering-kering. Kain yang tidak kering itu akan kering juga bila disidai di bawah teduh dalam cuaca lembab dan tanpa terkena sinaran matahari. Tetapi keringnya berbau hapak dan terpaksa dibasuh semula. Akhirnya, terpaksalah membeli mesen pengering baju.



Pernah berlaku kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan mengamalkan diet drastik yang akhirnya bukan membantu dia mendapatkan bentuk badan menawan tetapi menjadi kurus kering dan ternyata kurus kering itu lebih hodoh daripada apa yang dia ada sebelum itu.



Ada juga orang yang suka makan ikan kering setiap kali menjamah nasi kerana katanya ikan kering itu pembuka selera. Bila Ramadhan hampir tiba ini, eloklah beli ikan kering untuk dibuat stok. Mungkin pembuka selera semasa bersahur.




Bila memeriksa rumah sewa yang ditinggalkan kotor tempoh hari aku dapati ada sebungkus plastik hitam di bawah pokok mangga di depan rumah. Aku intai di dalamnya dan aku dapati ia dipenuhi oleh daun-daun mangga kering.













Daun kering. Sekering ideaku.


kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...