Followers
jom klik
Wednesday, June 24, 2009
Pengisar Tepung
Acik telah menolong aku mengembalikan satu lagi ingatan zaman silam. Kepada adik-adik dan anak-anak yang tidak pernah melihat benda yang di atas, ia adalah satu alat yang digunakan untuk mengisar beras menjadi tepung basah.
Dulu-dulu tidak ada tepung beras atau tepung pulut segera seperti yang melambak-lambak di kedai sekarang ini. Orang dulu-dulu buat kueh koci juga, buat kueh kelepung (orang kampung aku tak panggil buah melaka. Tu orang melaka yang cakap. Orang kampung aku panggil kueh kelepung) juga, buat puteri mandi juga. Macam-macam kueh. Untuk membuat kueh, mestilah ada tepungnya. Untuk mendapatkan tepung, mestilah dikisar dulu berasnya.
Alat ini digunakan secara aktif pada bulan puasa sahaja. Pada bulan-bulan lain ia adalah satu alat terbengkalai yang dipenuhi habuk dan kalau silap letak boleh menjadi tempat lipas bertelur.
Bagaimana menggunakan alat ini? Beras yang hendak dikisar hendaklah direndam terlebih dahulu sehingga lembut. Gambar di atas tidak menunjukkan handle untuk kita memutarkan pengisar itu. Sepatutnya ada. Satu atau dua sudu beras yang telah lembut itu dimasukkan ke dalam lubang di atas permukaan. Masukkan juga sedikit air. Pusing kisar itu. Tak kiralah ikut putaran clockwise atau anticlockwise. Kisar satu arah sahaja dan kisar perlahan-lahan. Beras yang dikisar tadi akan meleleh mengikut lekuk di tepi kelilingnya dan jatuh mengalir ke bawah melalui muncung. Mestilah ada besen yang menadah di sebelah bawah. Proses tadi dibuat lagi sehinggalah semua beras habis.
Emak akan menyediakan satu buntil kecil sebesar lebih kurang 8 inci x 1 kaki. Beras yang telah dikisar tadi dimasukkan pula ke dalam buntil dan diperah airnya sehingga ia menjadi tepung basah yang boleh digentel untuk dibuat kueh koci atau sebagainya.
"janganlah kisar laju-laju bona. H'a tengok ni ha. Kan kasar kasar ni"
"Alah omak, oghang ponek lah"
"Makan tak ponek doh kan?"
"Ponek yo mak. Kono ngunyah. Kalau tolan yo tak ponek do"
"Weh pandai lak kau buek loya yo"
"Tak mak, buek lawak yo"
Kepada emak dan nenek, aku sentiasa rindu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Salam kak...
Ingat cite dulu-dulu ni..... hihihiih
benda ni saya tak pernah guna tapi kalau batu giling tu adalah. nak buat sambal tumis dulu kena giling cili dulu sebelum boleh gunakan. Cili bor mana ada masa saya kecik
Dulu dulu dulu larrrr
kat umah tu ada batu giling. Batu yang empat segi tu , kan.
Biasanya kalau mak buat nasi impit , dia akan gunakan batu giling tu untuk himpit nasi tu ...
kalau jatuh batu giling tu atas kaki , mau seminggu tak berjalan
hi hi hi
Mau melecur tangan nak dptkan sekilo tepung,hehehe.
bbdk skrg mano konal laei mondo2 camni. nak jumpo pun payah dah. kono g muzium.
arwah omak pggl batu giling yg 4 segi tu, batu senggelan.selain giling cili, buleh giling inai.. lopeh tu... pija jari jemari...
boreh serbuk pun blh la....kasik ancur itu boreh....
ok knkawan, kalu tingin nak eksesais tangan, blh terjah dopan laman kpah....kito kisar topung boreh sesamo...hehehe...
ngkorang jgn dtg tongah2 malam lak ngisar...kang dikato dik org batu kisar tu berantu...wakakaka...
kak..tingin kue kolopung... dah dokek nk poser ni...apa lagi..gentel la topung pulut tuh...
gejet org lamo2 maghin osah borek eh kan? patut la menten kuruih...
salam kak pah... kat umah saya ada pengisar tu tapi tak ada pemutarnya juga...
orang dulu dulu sudah...minda kena kreatif untuk cipta alat alat ni....orang sekarang kena belajar pandai2 dan buat banyak duit.supaya boleh beli mesin dan bayar duit karan....hahahaha..
Saya tak pernah jumpa bende ni kak oi...yolah..den ni anak kolumpo...tapi batu giling tu ada lah...ponah giling cili habis tangan den ni pijar..tak lamo tu omak den boli blender kenwood...bergrrrr je laaaa..
Salam Kak Pah,
Kat rumah mak Auntie pun tak ada batu kisar tu. Bila kawin, terjumpa benda tu kat rumah MIL...memula tu pelik jugak...apakebendak gamaknya??..he!..he! ropanya batu pengisar. Menurut kata Cik Din Akak, dedolu, kalau dia orang nak makan laksa...ha...batu tu lah yang jadi pengisar tepung nak buat laksa.
Kita sekarang ramai yang dah "rajin"...semua dah ready made.....pun kita malas jugak...main boli yang dah siap masak jugak....tu sebab le ramai yang over-sezed...errr...Auntie le tuu...you all semua kurus & slim je... :-0
Aduhai, terkenang balik cite masa kecik2 dulu bila nampak pengisar tepung ni..bestnye masa tu..mcm cerita time pra sejarah la plak
kak pah.. nak tanya...dulu maa kak pah buat lasik...berapa lama baru penglihatan kak pah ok.....
webmaster, salam. banyak kenangan lama nih..
YB,pB. haah. Untuk haluskan cili kena pakai batu giling. habis pijar tangan. beratnya bukan main. memang selalu digunakan untuk padatkan nasi impet.
juliet, bukan setakat melecur lagi dah. sampai pangkal ketiak dia punya lenguh.
kakngah, botul tu. lopeh giling cili giling inai pulak. lopeh tu pueh bokipeh kek pijar.
acik, janganla ajak ramai bona cik. kang kono somolih kambing lai seko plak wakaka..
tijah, osah borek e. angkek anak batu giling tu jo buleh tokoluar isik porut.
umie, pemutar tu dibuat drpd kayu. mungkin dah reput lah tu dimakan zaman.
ezza, orang kampung dulu letrik tak ado, blender apatah lagi. benda tu dicipta untuk orang kampung yang rajin buat kueh tapi tak ada blender hehe...
orang yang banyak idea ni boleh cipta macm-macam dan buat duit. kita? hehe.. mengabihkan duit ada la.
auntie yan, memang sekarang ni senang. banyak yang dah sedia ada. nak buat kek atau biskut pun tak payah timbang-timbang lagi. cakemix atau biscuit mix dah ada. itu pun kita malas nak buat. beli lagi senang. kakpah la tu haha..
zai, banyak kenangan lama yang kita kena simpan dalam kotak kenangan. sesekali keluarkan untuk dibelek-belek hehe..
chekdee, dah okay ke mata. rasanya it depends kat individu. Kakpah dulu lepas tiga hari eyesight kakpah dah perfect 20/20.
Husband kpah buat pulak effect dia lambat. masih around 80% je walaupun dah sebulan buat.
Macam mana beras kisar tu boleh meleleh ke pinggir batu dan seterusnya keluar dan turun ke bawah? Permukaan bawah tu tak rata? Ada kecerunan tertentu pada batu tu? Atau kena tiup kat lubang tu sebagai daya tolakkan?
bestnya hidup zaman dulu..
hheheeh
tengok orang tua dulu2 pakai.. tak dibaginya sentuh.. mengacau je, katanya ... main jauh2..
kak semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang dirahmati..
kak kuih koci tuh sedapnya.. den dulu2 dapek makan maso kenduri kawin kek kg yo.. alahai kak.. nie teringin nie
kak, saya pernah tengok pengisar ini kat ulu bernam, kedai jual tepung,dulu masa sebelum raya arwah emak rajin upah kedai ni tolong kisarkan beras,tapi batu kisar tu dah dimodified ada motor dan linkej untuk memusingnya
Saya pernah guna. Makcik saya berniaga. So, selalu la menolong dia mengisar beras. Skrg ni saya tak pernah jumpa pengisar mcm ni. Ataupun mungkin dah dimodified seperti yg dikatakan oleh abg azani.
tq kakpah, saya ni cuma kenal batu yang orang gunakan untuk giling cili tu jer
masih adakah lagi benda ini? kalau ada, bolehkah mahu sedikit maklumat tentang kegunaan dan asal-usulnya. terima kasih.
Post a Comment