Ketika lampu merah menyala di lampu isyarat, kenderaan berhenti untuk memberi laluan kepada mereka yang diberi lampu hijau. Motosikal kemudian datang berpusu-pusu ke depan berhampiran lampu. Sebolah-bolehnya mereka mahu berada di depan garisan supaya senang memecut sebaik saja lampu bertukar hijau. Kadang-kadang ada yang berani (mati?) dan menekan minyak ketika lampu masih lagi bewarna merah.
Aku yang sering menyandar di kerusi passenger berlagak 'mem' suka memerhatikan gelagat penunggang motosikal ini. Ada waktu-waktunya aku berada di belakang stereng tetapi masih juga suka memerhatikan gelagat mereka.
Ada yang bermotor besar.
Ada yang bermotor kecil.
Ada yang motornya berbunyi vrooooommmmm......
Ada yang motornya berbunyi prenggggg...prengggggggg......
Ada yang motornya berbunyi peh..peh..peh..
Ada yang memandu seorang sambil berangan-angan
Ada yang membawa pembonceng yang melekap dari belakang. Pakai pula motor yang tonggek tempat duduk.
Ada yang membawa pembonceng sampai tiga orang. Satu di depan dan dua di belakang. kecil-kecil pula tu.
Ada yang duduk senget.
Ada yang duduk tegak dan segak.
Ada yang hormat jalanraya.
Ada yang main belasah saja.
Memang aku suka tengok gelagat mereka dan cemburu juga apabila tengah jem panjang giler mereka selamba derk meluru ke depan mencelah kiri dan kanan.
17 comments:
siapa yang berani dia punya....org lain kena ketepi...
acik klu bawak motor, katogeri gambar yg bawah skali tu... fuuuuuuhh... pcayer lah kakpahh...mesti kakPah tengango bilo acik lalu dopan akak masa akak tongah mandu....heheh
biar lambat asal slamat kak pah..
memandu berhati2 ingatlah orang yang disayang..
mat motor tu tak sayang nyaweer...
bahaya bawak motor
huhuhu
Alamak.. Kak Pah ni mengingatkan saya zaman saya merempit dululah....
Hello Kakpah, saya suka motorcycles. And love your pics here.
And nothing beats the sounds of a Harley.
You have a pleasant week, and keep a song in your heart, Lee.
alamak, komen saya tadi sesat kat blog siapa tah,takda kat sini...
komen saya kakpah;saya dah puas tengok semua gaya pemotosikal ni, yang suparman, yang 3 dalam 1,yang lekap macam glu,yang kudung sebelah tayar(ada dua tapi pakai satu je)Cuma satu je nak tengok kahpah beraksi motor, gambar pun jadiklah.
Salam,
Kalau nak tahu sama ada seseorang itu penyabar atau pemarah ....kita kena cuba naik kereta dengan dia sekali......sebabnyer.... bila memandu....terserlahlah perangai sebenar seseorang itu....sure punya
kekdg masa nak masuk simpang terkejut ada motor motong, entah dari celah mana dorang tetibe muncul.
perut ku kecut bila naik motor , huhuhuu
Hahaha...tak tahan tengok katak naik moto tu. Tengah imajin apa rupa kak pah dan acik naik moto?Jadi pembonceng ker penunggang tu?
sesekali...ckLah merempit juga dengan motor RxZ....
errr....tapi merempit secara sopan santun...he..he...
lawak cerita kakpah....
ada hati nk merempit tu...
he he.
:p
cikgu, hehe kpah memang selalu keni pegi tepi
acik, kpah lak kalau bawak motor macam yang kek bawah tu gak tapi tolontang kehkeh..
SMM, tu lah. kang mandu macam siput orang marah gak.
kapten, ko bawak moto kan.
webmaster, sekarang dah tobat ke.
uncle lee, nice of u to drop by.
azani, kpah dulu ada pasola. tapi bawak sopan je. sekarang ni pasola tu dah jadi aruah.
chekdee, betul tu chekdee.. kpah pun kekadang mengomel gak sengsorang bila terperanjat dengan perangai drebar di jalanraya.
juliet, nasib baik ko takde sakit jantung kan?
maksu, maksu naik moto mesti sopan santun je kan?
Mas, kakpah takde la sanggup jadi pembonceng acik. Pendek nyawo.
cklah, wuyoo cklah, caya la sama lu..
tasek, sapa yang nak merempet. cklah ke kakpah haha...
Salam.
Colour purple biji buah kundang camtiknya. Buah kundang makan cicah kicap dan garam halus, sedap...dululah. Sekarang, tak boleh, masam. Masak gulai tempoyak dengan bilis pun sedap.
Pah,
Comment di atas tersalah entry. patut untuk yang terbaru...buah kundang!
Post a Comment