Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, May 23, 2010

GHUTI 2 - SIAP DENGAN RESEPI SEKALI

Salam.

Petang Sabtu petang ghuti lagi. Tetiba saja teragak nak buat ghuti. Selalunya kalau buat ghuti ni aku makan cubit-cubit saja. Yang menerkam anak-anak aku lah terutama si adik. Seronok bila masak ni anak-anak suka makan.

Kali ni aku bagi resepi roti sekali. Haritu ada yang minta tapi aku dah lupa siapa. Kalau sesiapa yang nak cuba, ambillah resepi ni.

Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos


Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut. Lagipun, umangai.. longoh lah tangan..

Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

Semalam aku malas nak bentuk apa-apa, aku letak je dalam bekas ni. Dalam dough itu aku telah letak hotdog seketul.

Aku masukkan dalam oven sehingga 3/4 masak, kemudian keluarkan dan aku parutkan cheese.
Masukkan semula ke dalam oven dan jadilah macam ini bila dikeluarkan.


Atau boleh juga letak dalam bekas ini.


Masukkan ke dalam oven dan bila keluar jadi begini


Atau aku masukkan hotdog seketul dalam dough dan aku bentuk begini dan keluar oven seperti ini.


Bila masak, aku sapu permukaan dengan mayonis dan kemudian aku lumur dengan chicken floss atau serunding ayam. Jadilah begini:


Entry ini khas untuk yang belum pandai buat ghuti. Ina KL dan tokeh-toke dapur tu takyah lah tengok ghuti kakpah ni. Wat malu je. Korang tu memang dah terer masak hehe.

Salam sekali lagi.

Kakpah

25 comments:

Acik Erna said...

salam kak pah..terima kasih..memang belum pernah buek ghuti ni..nengok bahan2 yang kak pah tulis kek resepi tu pun..poning..nak kono tulis satu2 poi kodai boli bahan2 dulu...tah bilo sompek ni..hati teringin..anak suko betul ghuti yang ado sosej ni..tapi bila nak beli ..dia memilih sikit..kalau tanda halal mencurigakan pun dia tak nak...

♥cybermummy♥ said...

salam kak pah .. sedap nya .
one of these days nak cuba lah ..
mesti anak2 saya suka ..
saya ambil ye recipe nya :)
terima kasih ...

Unknown said...

salam kakpah.
tak terkata tengok ghuti kakpah yang pelbagai ni. kalau budak2 tengok pasti berebut2 nak.
kakchik pun rasa kecur airliur ni.

lupekanje said...

kak pah...ado lagi tk ghuti tu..nak raso gak!.jap gi acik datang...nk pinjam mesin uli tu skali..
kat umah ni mcm bonggali....skojap dah abih sebungkus roti...tak bulih jadi...acik kono proses ghuti sendiri gak cam kak pah...hehhe..

KTS said...

tiba2 rasa nak jadi anak eh adik angkat kak pah


.
.

:D

aNIe said...

Salam kak Pah...terima kasih kerana resepi tersebut..menarik sungguh...

aNIe said...

Kak Pah...lupa tanya masak pada berapa darjah celsius? Dan berapa lama ye...

Tijah said...

untung ehh anak2 dapek omak pandai masak hah. akak nak adik angkat tak? wakakaka...

kakngah said...

alahai... smlm g tmn bkt mewah. kalau tau kpah buek ghuti.. sesajo yo sosek kek BBB..
kan dh ghugi x ngaso ghuti...

mummyseri said...

salam kak pah..aduhh kite terpikat tgk yg chicken floss tu..lgpon yg tu belom try lagi bolehlah bebila ni try..

yang cuproti tu pon canteklah kak :)
kt sini sepeseb je kale rasanya..hihi

Ena said...

wahhhhhhhhhhhh..

cantekkknyer ghuti tu kak pah.. rajin nyer... macam tu kalo sy pun sangat rajin makan.. heheheh.. nak amik juge la resepi nie.. tapi tak tau lagi bile nak buatnyer.. =P

Unknown said...

salam kak pah...

ummi tmasuk dlm kategori insan yg tak gheti buat ghoti lg , jd ummi layak ler belajaq buat ghoti dr resepi kak pah ni kaaaan

Ms.Lilies said...

nak ghuti nak ghuti...!
sedapnyaaaaaaaaaaa

CikguIna said...

salam, k Pah.
minta izin ambik resepi ya........

p/s: sangat teruja melihat kepelbagaian rupa bentuk roti yg diuli hanya dari doh yg sama....
kreatif la k Pah ni....:)

iina said...

Kak pah.. tgk pun dah tau sodap kan kak.. den pun ari uh baru yo buek roti.. tp tgk kak pah yo resepi nak cubo gak lah ;)

ibundo said...

erna, boli bahan tu kek kodai yang jual bahan kek. Gerenti ado.
ala.. sonang yo buek e. lolap mato pun buleh buek hihi..

cybermummy, amek dan cubalah resepi tu. Kena uli sampai lembut ye..

kakcik, kalau beli mahal dan dapat seciput je. Buat sendiri.. kenyang. boleh tahan sampai esok hari, itupun kalau tak habis..

ibundo said...

acik, ghuti dah habih. Nak pinjam mesen, mesen tu molokek kek dinding dah tak leh cabut. Kalau nak bolaja buek ghuti, meh sini datang umah kakpah. Bagi pongogheh sikit. Dapek ayam ros tijah seko pun okay gak..

kts, ha.. meh lah sini makcik eh..akak angkat2 dan timang2 kau..

anie, akak bakar 180C. Dalam 15 minit kot. Akak selalu main tengok2 je. Nampak dah kuning, pusing tray tu. Anie tengoklah oven anie camana.. kadang2 lain oven lain kepanasannya. Kalau nak safe, letak dulu bawah 180c.

ibundo said...

Tijah, kalau setakat nak makan ghuti yo, takyah lah nak jadi adik angkat jah. Ko roger yo, nanti akak buekkan hehe..

kakngah, tu la kau. datang tak nak sosek-sosek...haha..

mummyseri, haha.. bolehlah cuba. gerenti lembut.

ibundo said...

ena, ujung2 minggu tu bolehlah buat.

ummi, kalau umi ikut cara tu betul2, insyaAllah jadi..

lillies, bos kecik ko dah mengamuk ke haper..

cikguina, haaah.. ambil la. Memang diizinkan.

ina, cubolah. Tapi kok kau makan duo orang yo, gerenti sominggu tak payah masak lain kehkeh..

tasekM said...

cheese itu sungguh menggoda!



bila aku nk kurus ni kak....?
ha ha.


.

Unknown said...

salam kak pah...wah bila tunjuk bakat..terkedu saya dibuatnya..cantik sungguh cc tu..ishhh tak leh lawanlah dgn kak pah punya.

ibundo said...

TM, ko takyah lah kurus cekeding. Ko dah okay per.

Ina, itu baru acah-acah je ina kehkehkeh...

Kak Lia said...

kak pah memang membuatkan saye telan air liur aje...huwaaaa....nk jgakkkkk

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Baru ni nampak sebab lama tak berblog.

Semoga kak pah sihat sentiasa. Terima kasih turunkan resepi dan gambar2 yang begitu membuat perut lapar.

Cik Azz said...

Kak Pah, sey dah jumpo dah resepi ghuti akak ni haa.. Susah nak jumpo sbb sey gugel roti, tp akak punyo resepi ghuti.. haha...

Sey mintak izin copy paste yoo.... Nak masuk an kek dalam blog dapo sey tu, sonang nak refer nanti.. Sey bagi backlink kek entry ni sekali sbb sey amek resepi dgn cara2 buek ehh.. gambar sey tak amek..

Mekasih banyak2 Kak Pah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...