Salam.
Aku mencari tempat memakir kereta. Kelihatan sebiji kereta mahu keluar dari lot. Tapi sebiji kereta lagi sudah sedia menunggu lot itu dikosongkan. Aku terus ke depan mencari yang lain. Alhamdulillah, dapat.
Semasa aku keluar dari kereta, aku perhatikan kereta yang mahu keluar tadi masih terkial-kial. Yang menanti, terus setia menanti. Dan sebaik sahaja lot itu dikosongkan, sebiji kereta meluru laju dari belakang dan terus memakirkan keretanya. Yang menanti tadi mungkin terkebil-kebil. Tapi dia membunyikan hon keretanya bertalu-talu. Si pemandu yang kurang asam tadi terus buat endah tidak endah. Aku jenguk dari jauh. Pemandu perempuan rupanya.
Kejadian tadi mengingatkan aku pada keratan akhbar semalam yang mengatakan pemandu perempuan sekarang ini sudah menjadi samseng jalanan.
Mengaku? Tidak. Aku bukan samseng. Mungkin segelintir.
kakpah.
31 comments:
sekarang tak kiro kakpah...
nak jadi samseng tak kiro lelaki ko pompuan...
mcm merokok gak,dah byk pompuan yg merokok,selambo yo....
raso tak bersalah langsung...
banggo la tu...
lagi kito pandang lagi panjang muncung eh...
nyampah ai...
saya ponah terkono situasi camni kakpah..memang jiwa kacau boto org2 camtu..raso nak keluar ajak bertumbuk..seb baik org tu lelaki...isshh bosa lak badan ee tu..eeeeeee
salam hajjah
samseng ada kat banyak tempat
kak pah..sah2 saya tak pernah dan tak akan jadi samseng jalanan tu kak pah..sobab..saya tak memandu...
ckLah lemah lembut...
Banyak kali juga terserempak dengan wanita yang menunjukkan 'kesamsengan' sewaktu memandu/di jalanraya. Tapi, kakcik cuma ada lesen tapi tak ada kereta! :)
perhh..dasyat tuh. mungkin samseng @ mungkin 'tongong'
den pun bukan samseng jalanan
.
.
beraninya perempuan tu
salam taaruf. IM, kalau angin ok ambil giliran untuk parkir. tapi kalau angin ko, jadi samseng juga...
Salam Kak Pah.....
Skrg ni, mcm2 ado.......
Apa pun, jadilah pemandu yg berhemah & bertanggungjwb.
:)
Den lamo dah kak xbwk keto.. hehehe.. xtaulah sok bawak balik jadik samseng ko?? hehehe
Alah samo yo.. laki ke pompuan.. yg utama sikap tuh.. bkn soal dia laki ke pompuan kan kak
salam buat kak pah..
mak aii dasatnya pemandu tu...
kaklong, memang botul cakap ko kaklong. osah goram nengok e.
anymz, memang goram. akak pun ponah tokono..
azani, perlu lebih berhati2 kan?
erna, haha.. er.. susah gak ni kalau tak bawak kereta sendiri. mana2 nak pegi kena ada orang bawak..
cklah, wa caya lu.. hehe.
kakcik, perempuan sekarang ni mungkin dah ramai yang kehilangan kelemahlembutan mereka.
baik bawak kereta kakcik... nanti lupa macamana nak bawak hehe.
suhaimi, kedua-duanya kot, haha. selamat dtg ke blog kakpah
kts, belum kena buku dengan ruas, beranilah...
insan M, salam. Tk kerana bagi komen. IM, jangan selalu sangat jumpa angin ko. mana tau.. terkena pada kakpah hehe..
catwoman, ko mesti yang berhemah kan?
iina, ko kalau buek samseng kek tanjung malim akak tahan keto ko ajak botumbuk hahaha..
paklong, salam. lama tak datang. haah.. memang dasat.
Salam Kak Pah...
Situasi macam ni selalu saja terjadi. Tak tahulah dimana letaknya adab dan budi bahasa.
Apa kata lain kali kita hebahkan je dalam paper ke, cakap pemandu kereta sekian-sekian kurang sopan...biar semua orang tahu.
Geraammmmnyaaaa..
kot kete dia kena sagat tu baru dia sedar kot...tu pun kalo dia nak sedar diri la
sunggah tdk berbudiman langsung pemandu tersebut..
Tak eloklah kalau perempuan buat perangai macam tu,bersopanlah sikit orang tu dah lama menunggu.
Salam.
Ada juga yang action, hajah. Kereta aje mahal dan glam tapi , budi bahasa tak de.
baru semalam kena tunjuk penumbuk oleh perempuan bertudung di bangi!
err, bukan kak pah atau kak ash kan?
pB samseng gak
hik hik hik
samseng kat umah jer
yan, pemandu macam ni ego. kalau kita hebohkan pun dia takkan mengaku yang perangai tu serupa macam perangai dia hiii..
lilies, akak selalu imajin akak bawak lori. mau je kita sondol keta macam ni.. (eh.. tak ke jadikan kita samseng gak haha..)
kakngah, sesungguhnya aku setuju ngan ko ..
zaitun, jenis ni tak kira orang...
kaknora, rasa diri ada standard ar..
kog, cait... orang bangi pun ada macam tu ke.
pb, hehe... selalulah sengseng lengan baju ek.. (kakpah samseng di dapur hiii)
samseng jalan tak penah jadi.. samseng dapur mmg SELALU - kalau masak, DAPUR ANA YG PUNYA..(kita geng la kak.. hahahahaha).. sambil tu mulut laju je nak JERIT PEKIK "ABAAAAHHHH, TOLONG TGK BEBUDAK NIH... IBU NK MASAAAKKK!!!" .. samseng kan kak kan??!!... ekehkehkehkeh...
(psstt.... kalau nk pentolnya, roger jer... siap buat special delivery lagik.. hihihi... betul nih...!!).
pernah terkena gak macam ni
alih2 yang keluar perempuan juga, bertudung labuh lagi...
saya keluar dari kereta, cakap saya tunggu giliran dah lama
dia kata... nak buat camana, saya nampak dulu, saya masuk dulu la...pastu berlalu pergi macam tak kisah... masa tu memang saya sumpah dia dalam hati...
tak baik kan saya...
tapi serius memang mendidih rasanya
terbaru dari saya : lalang
tiny, haiyark!!! sama2 kita jadi samseng dapuran. betul ke boleh roger pentol. Nak nyambut poser ni boleh ke. rasa macam nak jamu adik beradiklah pulak..
cikgu normah, kalau yang keluar tu ranggi je mungkin terubat gak hati tu ek. tapi bila tengok pakaian tak serupa perangai... hmmm alah hai.. tu yang nak mengutuk tu..
Salam kakpah,
Tie tak pernah lagi jumpa samseng pompuan, tapi yang laser tu biasalah...
tie, salam. mungkin kat tempat tie masih ramai yang sopan santun?
Saya pernah pancit kete org camtu dengan selambanyer. Tempat kejadian di Mutiara Damansara. Suspek yang kene seorang Mamat India. Ambik kauuuu...
Post a Comment