Aku memberhentikan kereta betul-betul di depan lampu merah. DJ radio membebel-bebel mengingatkan tentang Merong Mahawangsa dan sekali gus melayangkan kenangan aku ke tingkatan empat dan lima dimana Merong Mahawangsa menjadi teks sastera ketika itu. Terbayang wajah Puan Hairiah yang banyak membimbing kami. Terbayang juga muka-muka teman sekelas yang kebanyakannya entah di mana. Terbayang juga wajah Wan Maznah dan Nurimah yang kini telah kembali kepada yang Mencipta. Al Fatihah buat mereka.
Memang aku banyak berpikir-pikir. Banyak perkara yang aku pikirkan kerana aku pasti banyak perkara yang aku tidak mampu laksanakan dalam masa yang aku rasa semakin mengejar aku.
Semasa aku berpikir-pikir itulah, kelihatan sebiji kelisa membuat U turn di lampu isyarat. Dengan sekelip mata sebuah motor datang dari arah kiri aku dan bertembung dengan kelisa tersebut. Kelihatan motor tersembam di atas jalan, terseret. Pemandunya terpelanting dan terguling-guling. Aku tergamam. Aku rasa pemandu yang ada menyaksikan kejadian itu juga turut tergamam. Aku katakan demikian kerana lama kami tidak bergerak-gerak daripada kedudukan kereta walaupun lampu isyarat sudah bertukar warna.
Aku lihat,kelisa berhenti dan pemandunya turun berkejar ke arah anak muda yang terbaring di atas jalan. Beberapa orang lain turut turun membantu. Anak muda itu di angkat ke tepi jalan dan mukanya berkerut menahan sakit. Tidak ada titisan darah tapi yang aku pasti dia akan menderita kesakitan dalam jangka masa yang agak panjang. Aku yang memerhatikan cuma dapat meluahkan rasa kasihan.
Banyak kereta yang membuat U turn di situ. Sedangkan di lampu isyarat itu bukanlah tempat untuk membuat pusingan. Bukankah di negara kita ini terdapat cukup ramai pemandu degil? Degil mengikut undang-undang.
Err.. baru semalam tahu bahawa vitara ada dua saman yang masih belum berbayar. Diskaun 50% sudah berlalu. Muka siapa yang padan?
38 comments:
salam Kak Pah
kerajaan telah melanjutkan tempoh pembayaran sehingga 10 Mac
jom , kita ke pejabat pos sekarang jugak
oo ye ke pb. kena laju je pegi ni...
nk cek saman jap..
mudah2 xdo la..
doreh poie..!
kang tak pasal kono saman laie..!
myeg tak ble nak check~~bengang~~~NGHHHH~~~~nasib baik saya da setel saman~~wee~~
kakngah, tu la pasal. ingatkan kito ni takdo saman sebab bawak keto orait je. Rupo2 e si anak2 ni ha... tu yang buek derk jo tu.
kaklong,
kono belolah poi ni..
bujal,
untung la kau dah setel..
bujal- myeg tak boleh, pasal depa nak cash! duit mau guna cepat maa...
salam hajjah
dam lagi nak bayar saman...diskaun masih on sampai 10 mac...
Elok pergi cepat Kakpah - sementara masih ada waktu. :)
kog, guna rupiah boleh ke
azani, ni yang nak kena bekejar ni.
kakcik, haha baru padan muka kan..
KOG, duit mau cash cepat..?
Sudah mau PRU ka?
kami clear saman
muehehehe
pemandu2 malaysia mmg cenggitu, takde undang2, jalan ikut suka dia jek... no entry dia masuk, no uturn pun dia belasah pusing jugak, sudahnya orng lain yg menanggung, sekarang ni bukan driver lelaki je jadi road bully, org perempuan pon tak mahu nak kalah...
dah pergi settle saman dah?
errrkkk... accident depan mata.. eeeiiiwwww.. ngerinyer..
ada saman?.. hahaha.. muka org yg kena kuarklan duit le yg padan.. dan org yg buat saman tu, telinga dia le kena dipadankan.. kalau dua-dua tu org yg sama.. hehehe.. sesuuaaaiii ler.. kuikuikui..
benda org tak bagi buat tu lah org suka buat, padan muka dah kena langgar :D
pB dah pegi pejabat pos satni..
panjangnya QQQQQQQQQQQQ ...
esok gie lagi
Sallam, kak pah,
Jangan risau, diskaun saman dilanjutkan sehingga 10 Mac,
ada masa lagi.
ada lanjutan masa sampai 10 Mac... tp jgn lengah-lengah... nnt sangkut lagi mcm hari tu...
Salam Kak Pah,
Arwah Nurimah tu sekelas le dengan Kak Yan masa Form 1, dia jadi ketua kelas. Eh? Wan Maznah pun dah tak ade? Dia ni Kak Yan tak le kenal sangat, kenal nama saja , rasanya, dia join STF lepas LCE.
Al-Fatihah untuk mereka.
aku - takyah cite pru, tu yang kecik² pun dah janji macam², semua mau pakai duit maa
Aduhai.. kalu dikata pemandu di Malaysia tak beradap, marah pula, kan...
err.. konpius jap
so kesimpulannya sape yg salah?
masa tu memang turn motor tu jalan ek, kakpah?
meh kita sama2 tibai orang yg bawak kelisa tu!
nizam,
yela..yela..
aku bagi laluan.
lilies,
memang kamu pemandu berhemah
smm,
ramai nya macam tu lah. hasben kita kata kat jalan raya ni ramai smart alex..
Ooops, belum sempat bayar saman. Orang mesia kan suka tunggu last date hahaha.. Besok pegi. harini tak sempat. Macam-macam ada..
tiny,
aku tak kuar duit sebab aku tak salah kihkih..
ni sume anak2 punya keje la ni. Sapa bayar? hehe.. bos kan ada hehe..
juliet,
yang salah kete tu. Yang langgar moto. Yang tepelanting budak moto tu sedangkan ..uhu.. memang tu jalan dia.
pb,
cepatnya pb bertindak. Besok nak kena pegi tunggu depan pintu pos opislah nampaknya ni. Tunggu betul2 kat depan muka pintu.. tunggu pos opis bukak.
lipislady,
tu la.. tadi iya iya nak pegi dah tapi ada hal pulak.
maria,
heh..heh..
Yan,
Wan maznah tu pegi dulu daripada Nurimah. Usia dalam tiga puluhan.. Alfatihah..
kog,
tak yah tunggu pru. ni yang kat rumah ni pun hari2 mau pakai duit maa.
aziezah,
memang tersentap habis..
hanie,
moto tu memang turn dia. Ni kat traffic light depan warta tu lah. Kelisa tu dari arah seksyen 9(masjid hasanah) nak pusing balik ke belakang. Moto tu dah memang time dia jalan.
PRU sudah dekat maaa...kutip duit rakyat untuk rakyat!!!
...errr ye ke?
sempat lagi kak. ada seminggu lagi. gi cepat.
:)
.
ashley,
yeke!! takut masuk poket jer hikhik..
tm,
insyaallah sempat..
dah baya saman lom kakpah... sey nasib baik pemandu berhemah, takdo saman
camno leh pas lesen dulu tu, dah tak buleh kek situ knapo dio pusing yo... nyusahan orang laen yo
Muka yang menyaman....eh...muka yang disaman! Hehe
siannya kat orang tu.....
selalu kan kak org buat uturn kat tpt yg tak patut uturn..sudanya menyusahkan org lain..
sila bayar saman cpt2 kak..eheeh kaseh setel da semua..
ibuintan,
hehe.. kita pas kat bos.
cklah,
dan muka yang kena baya saman..
maksu,
betul!!
kaseh,
orang suka buat benda2 yang orang tak kasi buat. sebab tu la..
Tak nak cakap padanlah, cian kak pah , apa nak buat kak pah dah terlepas pandang. bayar je , nanti tak boleh renew road tax pulak.
Saman oh saman... saman dah settle. Tapi, sebenarnya dah bayar tahun lepas... percaya kat kawan bagi dia mintak tolong bayarkan. Tapi dia tak bayar... dia kebas duit tu. Tup tup nak renew lesen takleh sebab kata JPJ and Polis saman tahun lalu tak bayar, cis bedebah betul muthusamy tu tak bayarkan saman yg mama suruh dia tolong bayarkan. Dia pun dah hilangkan diri entah ke mana..... Lain kali jgn percaya or kirim2 kan kawan jenis gitu....sob3
Post a Comment