Dia rebah tersembam. Jari jemarinya berjerangkauan membaham rumput-rumput yang masih lembap. Baru tadi langit bertempik-tempik marah, menghamburkan air kemarahan serta mengoncang-goncang bumi tempat aku menginap. Dia... dia tidak dapat menepis kemarahan itu.
Langkah aku terhenti sebaik melihatnya. Sedih, sebak datang silih berganti. Tewas dia, hilang pergantungan aku.
Ambil kayu!!
Susup sasap watik mencari kayu. Dia datang kembali membawa sebatang kayu mop yang sudah kehilangan pengelap.
Cacak ke bumi!!!
Watik mencacak kayu mop berhampiran dia yang tersembam.
Ikat dengan tali.
Watik susup sasap masuk ke rumah dan keluar semula dengan seutas tali rafia.
Kami bangunkan dia perlahan-lahan supaya tidak ada tulang temulang yang patah riuk. Tapi dia sudah tidak seperti dulu. Sebahagian dari dirinya sudah tidak mampu untuk tegak berdiri.
Rozel. Itulah namanya.
Mungkin hayatnya ibarat nyawa ikan yang bila-bila masa sahaja akan meninggalkan aku.
Banyak sudah jasamu pada kami wahai rozel.
Antara jasa rozel:
- Air yang tidak pernah gagal menyejukkan tekak
- Jem yang dimakan bersama roti semasa sarapan atau minum petang
Mungkin aku perlu mencari penggantimu mulai sekarang.
ibundo
27 comments:
ble selamat lagi tu~~
petik buahnya... selagi tak patah riuk boleh diselamatkan lagi tu
saya pun suka jus rosel
bilo lak ujan ni kakpah?
seksyen 8 setitik pun takdo
brutal tul entry Kak Pah hari nie
Takpo kak.. Tanam balik semulo... Sey ponah gak minum jus rozel buek sndri ni... sodapp...
biak an laei la kak.....
rozel memang sgt sdp
tak ponah ngaso rozel ni kak,
raso ea lobih kurang sirap ros ko kak?
Pokok rozel kakak pun baru kena tebang sebab dah semakin besar dan tumbuh kulat dibawahnya. Takut jangkit pokok lain dah habis semua kena buang...
alahai! sodih... cemano buek jus rozel senirik neh, bundo?
ayat2 akak dah macam baca novel ramlee awang mursyid plak hehee
kak pah..canggih..cantik betul gambar kak pah ambik ni..merah rozzel tu..terserlah..
rozel. sedap ni.
rozel. sedap ni.
Hari-hari hujan kan Bundo..sejuk je sekarang.
Teringat dulu balik sekolah suka petik buah rozel kat umah orang, jalan balik sambil nyonyot rozel.masam manis.cik ina tak pernah minum air rozel tu.
salam kak
rozel ni mengingatkan saya 30 tahun dulu semasa arwah ayah masih ada, inilah antara minuman kami kerana rimbunnya ditepi rumah dan selebihnya mak masak buat jem lawan dengan roti
bujal,
makcik cuba gak selamatkan
ibu intan,
sampai petang ni segar bugar pulak lagi batang e. Macam nak idup lamo lai yo..
hanie,
ahad lopeh. sini angin kan main kuek.
pb,
haha..saja nak berdrama sikit.
azz,
dah begelen-gelen kpah kitorng minum air rozel. bebaloi tanam.
Kau tanamlah azz..
kakngah,
haritu ado tigo batang. ni nak kono tanam lai ni..
nurkaloi,
masam-masam manis gitu..
kaklong,
ado macam raso ribena sikit..
kakzakie,
kalau dah berkulat memang kena tebang takut bejangkit kat tanaman lain.
akuzle,
ala.. rebus je dan bubuh gula. Rebus lama-lama sampai agak pekat.
lilies,
haha.. macam akak cakap, nak berdrama sikit..
erna,
ko takdo tanam ko
wanie,
memang sodap..
cahya,
petang je hujan.
cik ina,
hehe tu citer masa kecik kan? Biasalah budak2..
Sanggup akak.... huhuhu.
Daun dia belum pun layu lagi, akak dah nak cari pengganti...
Sanggup akak tau.. huhuhu
tergoda aina tengok air tu kak pah.
masa kat kampun dulu pokok ini org panggil asam paya. masamnya jagnag cerita, warnanya pulak merah terang.
agaknya pokok ribena ni versi kawen campur kot sebab tulah warnanya agak merah gelap sikit.
sungguh patuh watik itu pada ibuk nya.. :)
buat filling utk cupcake pon sodap
ingatkan satu jer yang tumbang Kak Pah, rupanya banyak.Sayangnya
Teringat air sirap lah kak ;) musti best tuh
Post a Comment