Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, January 21, 2012

Kesempurnaan

Satu ketika aku mempunyai staf yang gemar mengumpul beg plastik di bawah meja dan di celah-celah buku. Aku tidak suka   melihatnya  kerana kelihatan bersepah dan tidak cantik. Bila aku nyatakan ketidak-gemaran aku dia mengatakan aku seorang perfectionist. Aku rasa aku bukanlah seorang perfectionist tapi aku sukakan sesuatu yang hampir sempurna kalau pun tidak sesempurna yang aku inginkan.

Kita selalu impikan kesempurnaan. Sempurna dalam banyak hal dan keadaan walaupun realitinya hidup kita tidak pun mencecah ke tahap sempurna yang kita inginkan. Siapalah kita yang mahu segalanya sempurna sedangkan diri kita sendiri banyak cacat celanya.

Semasa melahirkan kakngah aku telah menyiapkan diri aku menerima ketidak-sempurnaan yang  DIA telah sediakan buat aku dan suami. Sepasang suami isteri yang sedang bersedia menyambut ahli keluarga baru sudah pastilah mahukan dia yang cukup sempurna sifat fizikalnya dan berdoa pula supaya dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Bohonglah  kalau kita tidak mahu yang sempurna. Sebelum kakngah lahir aku telah dimaklumkan akan ketidak-sempurnaannya dan air mata aku menitik laju apabila membelek setiap inci tubuh kecilnya yang tidak langsung ada cacat cela itu. Yang tidak sempurna hanya jantung dan pendengarannya. Aku tetap bersyukur kepadaNya kerana memberi aku ujian.

Kesempurnaan adalah apa yang kita impikan. Sekiranya kita mendapat yang kurang sempurna, mungkin ia hanya tidak sempurna di mata kita. Sedangkan Allah itu yang teramat mengetahui rahsia di sebalik pemberiannya yang tidak sempurna di mata kita manusia ini.

Wahai anak buahku, terimalah kelahiran anakmu dengan hati yang tabah. Ia adalah dugaan buatmu dan keluargamu. 


17 comments:

cikmanggis said...

Semuanya itu rahsia Allah Taala belaka.Saya pun macam kakpah juga inginkan semuanya sempurna tapi Tidak semua kemahuan kita tu tertunai.. anggaplah semuanya sebagai dugaan.....semoga kita tabah....

Cik Azz said...

Tiada siapa yang sempurna kat dunia ini.. Itu hakikat yang sebenarnya.. Redho dah pasrah...

Kalau bab kojo, sey mmg pantang kalau kojo tu tak sempurno.. Sobab ehh sey jonih tak suko buek kojo yg samo duo kali..

uncle gedek said...

tidak sempurna tu yang sempurna...

kan?

ejaMaria said...

tiada sape yg sempurna... itu hakikat...

mamaijat said...

.....hanya ALLAH yang maha sempurna..
tabah & sabar dengan ujian yang diberikan...

sal said...

ya bersyukur dengan apa yg Allah anugerahkan..

Acik Erna said...

bersyukur dengan apo yang dah ditontukan untuk kito..insyaallah..hati kembali redho

Granny Hani said...

tidak sempurna lah yang membuktikan kita ni hanya makhuk biasa..

Amie said...

Kesederhanaan dalam segala hal boleh mencapai arah kesempurnaan.

ibundo said...

Cm, siapalah kita untuk meminta lebih daripada yang patut kita terima.

Azz,
Kalau tang kojo kitp nak buek dan pandang bondo yang sempurno

PCL said...

selalu diingatkan begitu untuk mengagungi kebesaran Nya.

ibundo said...

Gedek, begitulah kott..

Maria,
Sempurna itu hanya milikNYA

Mamaijat,
Ada rahsia disebaliknya. Kesihan juga pada anak buah yang anaknya lahir tidak seperti anak yang lain tapi insyaallah mereka tabah.

ibundo said...

Sal,
Alhamdulillah kerana DIA sentiasa menguji umatnya.

Erna,
Keredhoaan itu yang dicari

Hani,
Ya kan.. Insan biasa yang sentiasa perlukan kasihNYA

ibundo said...

Amie,
Ia sentiasa mengingatkan kita akan arah tuju kita yang sebenar.

Pcl,
Kitaa manusia ini memang perlu diingatkan.... Kan.
?

kaklong said...

kesempurnaan tu bukan ketika silahirkan shj..

bila dh dewasa,dan lanjut usia pun diuji NYA...

ALLAHUAKHBAR....

sud@is said...

mungkin DIA nak bagi kelebihan ditempat lain, sungguh tersembunyi rahsia Allah

ibundo said...

Kaklong,
Macam tu lah kaklong...

Sudais,
Hanya Dia yang tahu. Kita hanya pencari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...