Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, January 27, 2012

my destiny

Satu hari beberapa minggu yang lalu aku menerima satu panggilan.  Panggilan daripada seorang lelaki yang suaranya aku dah tak kenal.
Dia tanya aku, 'ni tipah ke'.
Aku jawab pertanyaan dia dengan pertanyaan, 'ni siapa?'.
Dia masih juga bertanya 'ni tipah jemapoh ke'.
Aku jawab,'haah.. ni siapa ni'
Dengan ketawa ketawa dia berkata, 'ala.. kawan hasben kau masa kat MC dulu'..
Dan dengan serta merta aku teringatkan satu wajah berambut afro semasa zaman remaja. Dia, seorang yang ada pertalian keluarga dan juga seorang kawan.

Semasa remaja waktu cuti-cuti sekolah yang panjang, dia sering ke rumah aku.  Bukan untuk melepak-lepak tetapi untuk menemaninya ke rumah girlfriendnya yang kebetulan adalah kawan baik aku. Kami akan berbasikal dan berlumba-lumba siapa yang kayuh laju.  Selalunya aku akan tinggalkan dia di belakang.

Satu hari semasa dia pulang bercuti dan berbual-bual, aku dengan berseloroh meminta dia kenalkan aku pada salah seorang kawannya di MC.  Dia kenalkan aku pada kawan baiknya dan kami berutusan surat tanpa bersua muka untuk bertahun-tahun. Dari aku tingkatan lima hinggalah aku habis sekolah tingkatan 6.

Satu peristiwa menjadi rentetan kepada satu peristiwa yang lain. Kawan baiknya itu kemudiannya menjadi ayah kepada anak-anak aku. Sedangkan dia dan girlfriendnya membawa haluan masing-masing.

Kita kena akur pada destini. Sekiranya kita sudah disuratkan untuk menerima sesuatu, untuk menjadi sesuatu, kita tidak dapat mengelaknya lagi. Apa yang berlaku pada hari ini adalah permulaan untuk apa yang akan berlaku kepada kita kelak. Kita tidak akan tahu apa yang telah dijanjikan untuk kita.  Baik buruk bukannya satu pilihan.


Kami akhiri perbualan pendek kami dengan dia meminta nombor telefon hasben aku, kawannya. Dalam hati, walaupun aku tidak pernah menyuarakannya, aku amat bersyukur kerana kata-kata seloroh aku dulu telah menemukan aku dengan seseorang yang amat bermakna buat aku di dunia ini.

Happy birthday bang...


ibundo

31 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam,

Happy Birthday to yr hubby.
Berseloroh membawa kebahagian akhirnya..Alhamdulillah..

ckLah @xiiinam said...

Salam Happy Birthday untuk abang Tipah ya kak Pah? Hehehe

tasekM said...

hepi befday prof.

:)

.

Unknown said...

entry yang sangat ayu nantikan..
sebab ayu suka tau dengan sessi pertemuan dan perkenalan y terus membawa bahagia

terima kasih buat sahabat suami ibundo yang sudi membantu..sekurangnya itu perantaran kalian bertemu hingga kekal selamanya..

selamat hari lahir buat suami ibundo..

secangkir madu merah said...

so sweet... hehehe happy birthday bang... auwww.. romantik rupanya kakPah ni ya.. boleh tahan jugak kakPah masa muda2 ya...huhuhu

cikmanggis said...

happy bday buat suami kak pah..hehe ada persamaan dengan perjalanan hidup saya ni kapah:)

kakpah..tadi ada kawan beritahu Dr fazilah mat noor telah kembali kerahmatullah minggu lepas..kakpah kenal tak?Dia sama batch dgn saya.

uncle gedek said...

eceh....

gurau-gurauan!

marinahunny said...

selamat hari lahir buat suami kak pah..tak sngka sungguh..hehehe

azieazah said...

Terkenang-kenang!

Selamat Ulangtahun Kelahiran to suami KAK PAH. Moga jodoh berbahagia selamanya dan terus rukun damai.

kaklong said...

happy brithday prof!








alahaaii..ghaso romantik lak cito nih...heheheheh!

Acik Erna said...

kak pah selamat hari lahir buat suami kak pah..semiga diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati kak pah sekeluarga.

Cik Azz said...

Hepi besdei utk suami Kak Pah.. Moga panjang umur dah sihat selalu...

rezeki said...

salam kak pah

moga kebahagiaan kekal selama2nya dunia akhirat

insyallah

selamat ulang tahun buat abang

Kakcik Seroja said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat suami Kak Pah. Sangat 'cantik' cara Kak Pah menyampaikan ucapan itu. :)

sal said...

kenangan mengusik jiwa..
alhamdulillah, bahagia sehingga kini dan selamanya..

Moga panjang umur dan murah rezki untuk kakpah, suami dan seisi keluarga..

Anonymous said...

jodoh itu datang dalam pelbagai cara

ejaMaria said...

hepi beday tu u...
hepi beday tu u...
hepi beday... hepi beday...
hepi beday tu u....

semoga bahagia selalu... Amin...

aza ni said...

salam ulang tahun buat tuan hajji ...

kucingorengemok said...

cinta bersurat! kalau budak sekarang cinta-fb, dulu sikit cinta-irc... hehe, kak pah pun lebih kurang rupanya...!

semoga dirahmati allah dunia akhirat :)

kakngah said...

kak..
atok ado lotak bodak tak lam surat dulu?? hihihi!!

selamat ulang tahun kelahiran atok.
semoga dikurniakan kesihatan yang baik.

rohaizahabas said...

sampai kan salam pada Prof ye kak..selamat panjang umur dan bahagia dunia akhirat...
kak..story lah sikit kisah kisah lama tu kak...

Unknown said...

Salam,
Seronok membaca entri ini .. LF tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan2

Kakzakie Purvit said...

Telah tertulis di loh mahfuz dialah jodoh kakpah sebenarnya cuma cara itu yg disebut qada' & qadar Allah.

Syukur dipertemukan dgn insan yg terbaik buat kakpah.

Happy birthday juga buat suami kakpah

FAEZA eighteverlens said...

askum..kak pah..sy blogger bru..jalan2 jumpe blog nie..menarik bg sy..nk mntak kbnrn link blog nie kat page sy yer..slam kenal..jom exchange2 blog :)

Nizam.Ariff said...

selamat hari jadi, bang aji..

Anaasuria said...

hehe.. birthday note yang sungguh bersahaja dan penuh makna...

happy birthday to hasben bundo..

sud@is said...

sudah begitu suratan ketentuan jodoh pertemuan ya kakpah semoga berbahagia keakhir hayat

Granny Hani said...

Sampaikan salam dan birthday wish ni untuk your other half k.
"Happy Birthday and may both of you stay happy and god bless you both"

Cikgu Ma said...

salam ziarah...=)

sweet story...moga berkekalan dalam redhaNya...

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/misteri-darah-wanita.html

Unknown said...

so sweet..kak..rasa terbuai2 baca coretan kak pah...
jodoh ajal maut ketentuan Ilahi..kita merancang Allah yg menentukan...sy kini sedang mencari destinasi hidup sy...

ieja amieja said...

hepi besday utk utk hubby akk..sweetnye moment tu..siapa lah kita utk menentukan nye..yg pasti Dia lbh mengetahui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...