Aku masih ingat, semasa aku dalam darjah dua cikgu yang mengajar bahasa orang putih membebel-bebel dengan bahasa yang aku tidak paham. Penghuni kelas yang terdiri daripada budak kampung yang kebanyakannya berkubang dengan lumpur ternyata terngangah melopong cuba memahami setiap butir yang dicakap oleh cikgu. Apa yang keluar dari mulutnya hanyalah kata-kata asing yang dapat aku paham beberapa patah saja.
Do you understand? tanya cikgu bahasa orang putih itu.
Semua senyap. Jarum jatuh ke lantai pun boleh kedengaran.
Understand? Ulangnya.
Otak aku ligat ke segenap ceruk cuba mencari jawapan. Dan berlagak berlagak bijak aku bangun berdiri tanpa menyangka perlakuan aku itu diikuti oleh seluruh kelas. Apa yang aku lihat selepas itu adalah muka cikgu yang merah menahan ketawa. Barulah aku tahu bahawa perkataan understand itu bermakna 'faham' dan bukannya 'berdiri' mengikut kefahaman aku.
Begitulah dalam hidup aku seterusnya. Banyak benda yang aku tidak faham. Banyak benda yang aku tidak tahu. Namun cuba sedaya upaya untuk memahami dan mengambil tahu.
Seronok mak!!
Aku masih tidak faham dimana datangnya keseronokan yang dimaksudkan. Seronok terjerit-jerit sambil menahan rasa rama-rama yang berterbangan di dalam perut? Kalau aku mesti aku kaku kejung sebelum sempat mencapai tahap keseronokan yang dimaksudkan.
Mak tak nak cuba ke?
Jangan. Jangan memandai-mandai nak ajak aku mencubanya. Pernah dulu sekali aku dan hasben aku gatal-gatal mencubanya di disneyland. Lamaaaaa dulu. Kemudian aku bertobat tidak akan melakukannya lagi. Betul-betul bertobat. Bukan tobat sambal belacan.
Kefahaman aku tercabar lagi semasa berada di Lotte World. Masih cuba mencari-cari keseronokan yang dimaksudkan.
Seronok dik?
Aku tanya adik yang nampak gayanya merasa seronok tapi setiap kali aku menyarankan mencuba yang lain hatinya seperti masih berbelah bagi.
Senyum puas adik.
Aku masih tak faham.
ibundo
14 comments:
Mak, Kirin yang tak penah try ni pon terasa seronotttt!!!! waaaa..nak ikut jugakkkkk
Silap haribulan, bila turun - seluar basah! ;-)
best menjerit kat atas tu, Bundo..hehe.
Saya dibayarpun tak sanggup nak naik terutama yg kaki gantung ke bawah tu... huhuhu
Saya pernah jua naik macam hajah, duluuuuu. Sekali cukup!
hishh... buat luruh jantung aku je.... hahaha
klu masa dulu2 memang seronok..maklumlah nak merasa dan nak mencuba..tapi sekarang..ya ampun...tak tegoda...
rin,
tak penah terai? tu yang kat sunway dan genting tu?
kakcik,
seluar basah takper lagik kakcik. Takut innalillah terus.
cahya,
mesti cahya diantara yang gemar menjerit ni kan?
Yb,
bebudak je yang eksaited bendaalah ni
Kak nora,
cukuplah merasa sekali kan?
Aku,
tercabut pun ia gak
sal,
dah tak hingin lagi hehe..
aku tak pernah ada keinginan nak naik kak..
Sey naik ketapi pendek kek Genting dulu pun dah kocut poghut ni kak.. Apo laie nak naik macam2 tu.. Kawan2 sey elok yoo naik roller coster dgn solero tu haa...
Kok sey la yg naik roller coster tu, mau tokoncing dalam suar gak ehh... hehe...
rerama dlm perut kak? Caner tu? tak paham..
sekali cuba memang takkan cuba lagi, saya lah. Rasa macam takde nyawa naik benda2 gini.
tasek,
eloklah tu. Takde gunanya pun heheh..
azz,
kpah ponah naik cable car poi genting. Tu pun kombang kompuih porut dek e..
acik,
butterflies in the stomach haha.. kadang2 kalau dimelayukan jadik pelik.
kocut poghut den kak....huhuhu!
Post a Comment