pah!.. butang baju melayu aku mana pah....
Aku lihat sendiri hancur leburnya kebahagian arwah makcik aku bersama suaminya. Hanya kerana suaminya bermain kayu tiga tanpa pengetahuan makcik aku. Bertahun-tahun dia dibohongi. Dan makcik aku yang terlalu lurus bendul tidak tahu menahu langsung tentang kecurangan suami. Suami sering pergi ke luar negara disangka benar. Apatah lagi pulangnya membawa hadiah-hadiah yang dapat mengelabukan mata.
Tapi bak kata pepatah, sepandai manalah sang tupai itu melompat. Lompat, lompat sekali terbabas terjelepuk ke atas tanah juga.
pah!.. butang baju melayu aku mana pah...
Bulan lepas seorang kenalan yang boleh ku anggap anak melalak melolong menceritakan perihal dirinya yang telah dicurangi suami. Bukan setakat berlaku curang malah bertegas mahu berkahwin lagi. Bayangkan dia ini baru saja lepas melahirkan anak yang ketiga. Pantang pun belum habis. Rupanya sepeninggalannya bersalin di kampung, si suami menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama.
Dia masih mahu mempertahankan ikatan perkahwinan itu kerana kasihankan anak-anak yang masih kecil kecil. Tapi dalam gelodak rumahtangga itu, terlafaz juga perkataan yang paling ditakuti dan dibenci. Maka hancurlah sebuah ikatan.
pah!.. butang maju melayu aku mana pah..
Kakpah.. anak saya dah bercerai.
Aku melihatnya dengan penuh tandatanya.
Isterinya ada buat hubungan dengan rakan fb.
Aku hanya beristighfar. Sampai begitu sekali bahananya facebook ini.
pah!..butang baju melayu aku mana pah...
Apa lagi yang dicari?
Yang lelaki dah ada isteri
Yang perempuan dah ada suami
Yang menjadi isteri orang pun masih gatal mencari lelaki lain
Yang menjadi suami orang pun masih gatal mencari perempuan lain
Kasihanlah pada hati yang akan dipatah-riukkan
Kasihanlah pada anak-anak yang bakal menjadi mangsa satu kepincangan rumahtangga
pah!.. butang baju melayu aku mana pah..
Patutlah pun p.ramlee menghasilkan filem madu 3. Ia sebuah realiti kehidupan.
pah!.. butang baju melayu aku mana pah..
Dan pembohongan akan berterusan di mayapada ini.
p/s sesiapa yang tidak faham akan ungkapan yang aku tekankan berkali-kali itu, silalah tonton madu tiga.
ibundo
23 comments:
Apa yang pernah dikisahkan oleh Allahyarham P Ramlee itu memang adaah kisah yang sentiasa terjadi di kitaran hidup kita.
makin hari makin banyak keruntuhan rmhtgga kerana fb...
toksah la duk cari makwe lama pakwe lama dgn alasan persahabatan. psg niat pun jangan! tkde maknanya. tak mustahil cinta lama berputik kembali. kang ada lak yg menyesal kenapa dr dulu tidak bersama.. kenapa ai tak kawen dgn yu, kenapa yu tak kawen ngn ai.. kenapa cinta kandas di tengah jln.. puiii!
Anak sungai lagi kan berubah...tapi anak sungai berubah tidak melibatkan perasaan orang lain, bila hati berubah, banyak hati lain yang akan menanggung akibat nya..
Zana pernah dijolok soalan oleh kwn lama, katanya kenapa tak berhubung dgn bekas tunang yg entah mana2 duduknya. Selalu sgt dia ungkit cerita tu sampai zana naik marah. Kita dah kawin, tak perlu nak 'terbayang' kisah cinta lama, jgn di korek, jgn di kenang. Kena tutup semua sebab kebahagiaan kita adalah si dia yg di samping kita skrg.
Bundo...hubby selalu gak tanya, butang baju saya mana..hehe
Itu la yg sey takutkan kak... Facebook punyo ponangan kalau tak kontrol mmg kocundang la... Sobab tu la sey kurang sikit nak molayan laki orang ni.. Kang kok layan lobih2 dikato ehh kito syiok kek dio padahal kito takdopun nak fikir camtu..
Boto la tu.. Kok dah kawen, dah ado keluargo sendiri, dah bahagio dah pun, buek apo la nak carik balik bokeh2 lamo tu.. huhu..
Main kayu tigo memang sesuatu perlakuan di belakang isteri atau suami kak pah..lagi parah klu kayu eh tu lobih dari tigo..ompek ko...limo ko..
Ini lah kehidupan namo eh kak. Apabila manusia hidup berlandaskan dan berpandukan syaitan dan hawa nafsu...mende2 ceni tak akan pernah berhenti berlaku. Isteri tidakkan percaya suami, suami tidakkan percaya isteri. Anak hilang hormatnya.
tepuk dada tanya 'iman'... ;p
kak pah se paham dari mano datang e 'butang baju aku mana pah' tu.maso kojo kek klia dulu ado kawan yang suko mengusik kawan satu group yang namo e saripah.dalam pado usik2 tu tu..rupo e dio yang kawen lagi satu..tapi bukan dengan daripah tu..dongan kawan samo kojo gak tapi namo e lain..
aBear setahun dua kali cari butang baju melayu.
Pagi raya puasa dan pagi raya haji.
he he he ....
lepas kali tempah baju melayu hb -
siap terus jahit butang
tak payah susah2 carik butang baju melayu.... kan kak???
ekekekekeke
bagi diri iols... dalam gelak ketawa tengok cerita madu 3 tu... iols rasa sayu dan sedih....
sedih lah - tengok orang perempuan ni kena tipu - dah sayang giler kat laki... tapi laki gatal jugak nak carik lain...
tapi tak bleh salahkan laki tu jugak la... dah bini sibuk main mahjong kekdahnya...
hanya bila masuk bini ke 3 tu yg iols rasa tak seronok... kenapa mesti kawen lagi??? tak cukup dah ke ada 2????
huh! buat penat melayan karenah je kalau ramai2 nih... orang, bila dah tua, nak rilek2 je
Kebanyakan filem2 P.Ramlee di garap dari cerita kehidupan masyarakat kita. idea itu terlalu tinggi nilainya.
Kak Pah my Pak Long kawen 3, yang ke 3 tu dulu satu kelas dengan ank sulungnya.
hehe
.
.
.
Aku ingatkan Atuk Faris sibuk mencari butang baju Melayu tadi..
hehehhehe
.
.
ooopssss...
.
.
.
cabuttttt....
Kang gaji tak masuk pulok bulan nih!!!
.
.
.
hahaha
kak Ash... hahahaa.. tau takut...
selama saya dok perati la kan bundo kes2 begini yang ada keliling saya, yang terjadi selalunya dalam rumahtangga tu ada yang kureng.. samada sebelah suami atau isteri..kalau memang bahagia, rasanya masing2 takkan terbukak ati nak carik lainn.. huhu.. my seposen only..
kakcik,
dalam pada bagi orang gelak gelak, terletak tauladan dalam ceritanya. kita je yang tak tahu nak menilai.
kakngah,
yang gata gata poi carik balik buek apo. Somo bondo tak bepaedah. Masing masing dah ado dunio sendiri..
GH
hati yang menanggung ni yang kita kesiankan.
zana,
masing-massing dah punyai haluan sendiri. Tak payahlah kita nak usik usik lagi kan?
hasben kakpah cari baju melayu masa nak buat majlis kahwin anak je haha..
azz,
facebook ni kalau tak dikawal boleh memocahbolahkan rumah tanggo. Ado yang ngadap pc tak bangun bangun tak ingat nak masak. adei..
acik lupakanje,
osah botul. yang main kayu ompek limo tu elok disosah yo mo kayu tu. Tapi camtulah jalan cerita di dunia ni kan? Ada je yang pincang. Takutnya kepincangan tu terkena kat batang hidung kita sendiri. Nauzubillah..
maria,
kalaulah manusia ini bertindak berdasarkan iman
erna,
kalau dah asek cari butang baju melayu ni elok di curiga curiga sikit haha.. Macam kawan tu. Dalam diam tak diam nambah lagi satu. Gara2 butang baju melayu?haha
pb,
hasben kpah hari raya pakai jubah. Dah siap berbutang hehe
miloais,
butang baju melayu ni kecik. kalau tak betul-betul simpan nanti bersepah dan bila nak guna tak tahu kemana dah hilang. Kadang-kadang kita simpan elok elok tapi bila nak pakai terlupa pulak kita simpan kat mana. Lebih elok jahit butang.. tak payah tercari-cari dah kan?
nizam,
kalaulah semua orang kat dalam dunia berpendirian macam kau, memang aman.
Jun,
Orang lelaki kalau kawin yang baru mana dia nak yang tua-tua. lagi muda lagi lah dia nak. mmm.. kesian sianak kenak panggil kawa dia makcik.
Ashley,
tau kau takut kan?
Tahun ni dah 35 tahun kitorang kawen. Takkan dia nak cari butang baju melayu lagi kot hehe..
Nizam,
haha..
Anaa
memanglah ada yang tak kena di mana-mana tu. Kalau semua kena takkan ada yang lain.
....uuurrrmmmm.....
pedih....sakit....duka....
tiada taranya.....
hanya Allah yang maha mengetahui....
mamaijat, perit..memang perit
Sebab itulah cerita P Ramlee malarsegar kakpah. Pengajaran yg begitu direct sekali.
Butang baju berada di rumah isteri yg mana satu...
Patah-riuk kepincangan rumahtangga yg jadi mangsa biasa anak-anak - Sedih.
kak zakie,
kesian anak yang jadi mangsa.
Post a Comment