Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, May 28, 2012

Ni Dewang Kongvengseng. Masjik kristel blakang nuu..

Sudah lama aku tidak ke kuala trengganu. Banyak tahun. Paling akhir aku ke sana masjid kristal masih belum ada.

Perginya aku ke sana sabtu lepas bukanlah sebab mahu makan angin tetapi untuk memenuhi undangan sepupu aku yang mengahwinkan dua orang anaknya. Dan aku pergi berdua saja dengan hasben aku. Memang sekarang ni pun kemana-mana kami banyak berdua saja. Anak-anak dah tak ada yang mahu mengikut,  Mereka mempunyai rancangan rancangan sendiri.

Aku lihat trengganu sudah banyak berubah.  Bandar-bandar yang kami lalui sepanjang perjalanan sudah menjadi bandar besar.  Kalau dulunya sepi dan kedai-kedai kayu saja yang ada, kini berganti dengan bangunan cantik. Cukai sudah tidak seperti dulu. Dungun sudah tidak seperti dulu. Begitu juga dengan paka  dan marang. Hasben aku merungut sepanjang jalan kerana terlalu kerap sangat berhenti disebabkan banyak traffic light.

Sepupu aku kata nak sampai ke kuala trengganu sekarang ni dah cepat.  Lima jam dah sampai. Lebih-lebih enam jam. Tapi aku keluar dari bandar baru bangi pukul 7 lebih sikit dan check in di hotel pukul 5. Sebabnya, hasben aku bawak kereta average 100, berhenti di RnR atau hentian sebelah berkali-kali sebab keluar masuk tandas. Dah tu berhenti buka bekal sekali pukul sembilan lebih di temerloh dan sekali lagi di pantai burok untuk lunch.  Lunch dah dekat pukul 4. Setiap kali berhenti kami bersantai-santai saja sebab tak ada benda nak dikejar-kejar. Itulah seronoknya bila dua orang warga emas meredah lebuhraya. Santai. Darah bukan lagi darah orang muda.

Niat ke pasar payang tidak menjadi kerana dah penat dan tak larat nak keluar selepas check in. Bagusnya, berjalan kali ni duit aku habis tak sampai 50 ringgit. Duit orang lain yang habis sebab bayar petrol, tol, makan dan bayar hotel err..tu dah kira duit orang kan.

Pagi Ahad sebelum ke rumah sepupu aku, kami sempat melihat masjid kristal dan masuk ke taman tamadun islam. Masjid kristal lebih merupakan tempat untuk ditengok-tengok, dilihat-lihat, difoto-foto. Aku rasa banyak pembaziran di situ. Duit yang berlebih tu lebih bagus kalau digunakan untuk membiayai anak-anak miskin melanjutkan pelajaran.




Di bawah ini di antara miniature masjid2 yang sempat aku rakamkan.





Setelah makan-makan di majllis kenduri, kami tidak menunggu lama sebab perjalan untuk balik adalah jauh. Lagipun kami akan terus ke tanjung malim kerana hari isnin hasben aku kerja.


Berhenti di Masjid Putih



Berhenti mengambil gambar di Kemasik.


Sampai di Tanjung Malim hari dah malam.
Sekian.  Hanya catatan untuk kenangan aku.

ibundo

Friday, May 25, 2012

Nasi telah menjadi bubur lambuk

Salam Jumaat. Pejam celik pejam celik, dah hari Jumaat. Pejam celik pejam celik, dah nak ramadhan. Pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik, nauzubillah.  Biarlah hendaknya apa yang dibawa ke sana cukup sebagai bekalan.

Apa cerita hari ini. Tak ada apa cerita bagus. Cuma tadi selepas subuh semasa mencuci cawan di sinki sambil menjengah jengah keluar tingkap menjenguk pokok cili yang malu-malu nak hidup, aku teringat akan satu drama yang aku tonton. Ah.. drama melayu.  Apa lagi kalau tidak menceritakan perihal kepincangan hidup, hasad dengki sesama manusia dan bla bla yang kadang-kadang menyebabkan aku malas untuk menontonnya. Namun hakikatnya, itulah yang kita lalui di mayapada ini.

Ungkapan nasi telah menjadi bubur dan menangis keluar air mata darah sekalipun takkan ia kembali seperti dulu, memang biasa digunakan dalam drama. Kalau perkara dah berlaku, dah terjadi, ia tidak akan dapat menjadi seperti sebelum berlakunya perkara itu. Nasi dah jadi bubur, maka kita makanlah bubur. Aku suka makan bubur sup ayam.  Ada pula sambal belacan. Letak telur masin separuh. Pergh..

Tapi ada kalanya apabila mengenangkan nasib untung yang telah kita lalui sepanjang-panjang perjalanan hidup ini, hati jahat itu berkata-kata juga tentang hal-hal yang kita harapkan tidak pernah berlaku. Hal-hal yang membuat hati kita berdarah. Hal-hal yang membuat fikiran kita bersepai. Hal-hal yang membuat tubuh badan kita longlai tidak bermaya sedikit pun. Hal-hal yang menggayuti rasahati kita tidak mahu-mahu dilepaskan.

Mungkin siri cerita-cerita time machine tercipta hasil dari rasa untuk mengubah keadaan. Boleh mengundur merentas masa ke waktu lalu untuk memperbaiki apa yang tidak betul dan sekali gus mengubah sejarah hidup.

Hakikatnya, hidup kita ini sudah dicanaikan begitu. Kita memang sudah ditakdirkan melalui peristiwa-peristiwa yang kita lalui walau betapa pahitnya ia. Tiap saat dan detik telah ditentukan. Kalau ia telah ditakdirkan untuk berlaku, maka berlakulah ia. Kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Teringat aku akan pantang larang orang tua-tua dulu. (Orang tua-tua sekarang tidaklah pula aku tahu sebab aku tidak mempunyai pantang larang seumpama itu).  Bila seseorang itu mahu membuat perjalanan jauh, maka sekiranya orang itu tertinggal sesuatu mereka dilarang untuk berpatah balik. Sebab apa? Sebab sekiranya berpatah balik maka masa yang diambil untuk berpatah balik itu bertepatan dengan masa untuk berlakunya sesuatu yang tidak baik.  Accident misalnya.
Kita tidak tahu. Mungkin masa yang kita ambil untuk berpatah balik itulah yang menyelamatkan kita. 

Ya.  Tidak payahlah kita tangisi benda yang telah lepas. Yang sudah itu biarlah sudah. Yang telah berlaku walau bagaimana pahit pun ia, tinggalkan sajalah sebagai sejarah. DIA mahu kita belajar daripada kesilapan lalu dan menjadikan ia sebagai pedoman untuk mengharungi hidup yang lebih baik.

Kalau tidak suka makan bubur, cubalah rasa dulu. Terdapat kenikmatannya. Jika tidak suka bubur sup ayam, cubalah pula bubur lambuk atau bubur lemak tomyam. Rencahkanlah bubur mengikut citarasa kita.

Kan begitu?


ibundo


Tuesday, May 22, 2012

Tidak puas hati

Aku membelek-belek baju yang baru aku pakai  lima nam kali itu. Terdapat noda-noda putih di bahagian depan seperti terkena percikan air clorox. Dengan rasa tidak puas hati aku tunjukkan bahagian yang bercapuk itu kepada hasben aku.
Apasal tu!
Ntah.. macam terkena percikan clorox je.
Mana datangnya clorox
Beli ar..
Apasal beli clorox.
La.. tu kain buruk lap-lap dapur tu nak kena kasi clorox biar putih balik
Tak usah belikan clorox. Habis rosak baju.

Sudahnya simpati yang aku minta berkesudahan dengan aku yang disalahkan. Memang aku tak puas hati. Aku sayang baju tu. Tapi tak puas hati pun perkara dah berlaku.  Bukannya ia boleh kembali seperti sediakala.

Dalam hidup sehari-hari banyak benda yang membuat kita tidak puas hati.
Tidak puas hati pada diri sendiri kerana sering mungkir janji pada ikrar untuk memperbaiki diri.
Tidak puas hati pada anak-anak yang lepas makan letak pinggan kotor dalam sinki.
Tidak puas hati dengan bibik yang memandai-mandai buang-buang benda tanpa tanya dulu sama ada benda tu berguna lagi ke tidak.
Tidak puas hati dengan Jordan yang sering terkencing tepi tayar kereta.
Tidak puas hati pada drebar van sekolah yang sering mengumpat perihal orang sedangkan orang itu sudah tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Tidak puas hati dengan macam-macam hal.

Nothing is perfect
Nobody is perfect

Tak puas hati betul la.
Apa hal..
Orang punya bla..bla.. letak dalam almari tu bla..bla.. hilang bla..bla.. tak tau sapa amek.

Aku kadang-kadang teringin menjadi perfectionist. Tapi cepat sedar diri bahawa aku adalah insan biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan. Dan tidak puas hati kepada sesuatu itu adalah sifat semulajadi  manusia. Mudah-mudahan sifat itu boleh membawa kepada usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Nenda.. nak tengok katun.
Ala.. nenda tengah tengok csi ni.
Nak tengok katun.
Kejap ye..
Aish nak tengok katunnnnnnn....
Tengok kat luar ye..
Kat luar tak ada katunnnnnn.

Memang dia tak puas hati kalau tengok aku baring atas katil sambil menonton rancangan kegemaran aku. Akhirnya terpaksa juga aku tekan butang channel 618 rancangan baby tv kesukaannya itu.

Dua minggu kebelakangan ini dia banyak meragam, merajuk, menangis susah nak dipujuk menggambarkan ketidak-puasan hatinya kerana berkongsi kasih bersama Hafiy, si adik baru.


ibundo


Saturday, May 19, 2012

Jenama melambangkan rasa gah?

Di antara senarai barang yang perlu adik beli sebelum ke kolej haritu ialah baju kemeja lengan panjang, slacks dan tali leher. Baju kemeja mestilah baju yang tidak bercorak. Plain. Oleh kerana adik bersaiz agak besar, tidaklah dapat adik berkongsi baju dengan si ayah. (Dalam keadaan cuaca panas negara kita, terpikir juga di kepala aku ini apakah perlunya memakai pakaian seperti itu untuk menghadiri kuliah).

Aku tahu berapa harga sehelai baju kemeja dan sehelai seluar yang ada brand. Sekurang-kurangnya harga sepasang hampir mencecah 300 ringgit kalau tak lebih. Itu belum termasuk necktie. Bila aku congak-congak pakai kalkulator (orang yang mencipta kalkulator ini patut dipersalahkan kerana menyebabkan otak menjadi agak bangang bila tiba bab kira mengira), aku perlu menyediakan seribu lebih untuk membeli 4 pasang pakaian.  Hanya nak pergi kuliah?

Jadi, aku membuat pilihan untuk membeli yang biasa-biasa saja di warta. Dan seperti yang telah dijangka, pilihan baju dan seluar tidak banyak. Tapi oleh kerana "ala.. nak pergi kuliah je dik", aku belikan jugalah. Dari segi kualiti? memang jauh. Berpatutan dengan harga 50 ringgit sehelai kemeja dan harga yang lebih kurang juga untuk seluar.

Apa yang kita buru sebenarnya apabila kita membeli barang.  Yang harga murah? Yang harga mahal? Yang berkualiti? atau yang berjenama.

Kawan hasben aku dulu ada bekerja dengan syarikat membuat stokin. Lama dulu. Entah ada lagi ke tidak kawan tu sebab dah lama sangat aku tak nampak dia. Katanya stokin yang dikeluarkan di kilangnya akan diberi jenama. Jenama itu jenama ini. Ada juga yang tak ada jenama. Ada nama yang dah terkenal.  Ada nama yang kurang terkenal. Kemudian stokin itu diletakkan harga berdasarkan jenama tersebut. Pastinyalah yang tertulis jenama hebat harganya pun hebat.

Kita ni yang membeli? Kalau nak terasa hebat, kita beli yang mahal. Padahal semuanya berasal dari corong yang sama. Siapa yang kena tipu? 
Tapi mungkin tidak semuanya seperti kilang stokin itu, kan..

Aku?
Kalau murah tapi ada kualiti, aku beli.
Kalau mahal tapi aku pekenan, aku beli.
Kalau murah tapi tak ada kualiti, aku beli kalau bajet aku tak cukup.
Kalau mahal tapi aku tak pekenan memang sahlah aku tak beli.
Dan kalau mahal walau aku pekenan macamana pun tapi tak fulus tak cukup, memanglah aku tak beli.




Kasut ni aku beli di korea. Murah.  Cuma 10,000 won lebih kurang 30 ringgit. Balik ke Mesia terus aku pakai.  Sedap memakainya sebab aku memang suka flat heels.
Tapi sampai ke rumah anak aku cakap, meh sini imah tengok pelapik kasut ni dibuat daripada kulit apa.
Bila dia tengok ada titik-titik tiga kat bahagian pelapik dalam tu (nampak tak? tenung betul-betul), dia kata mak.. ni kulit babi ni.

Jadi, di samping harga, kualiti dan jenama, tambahkan jugalah asal usul barang yang kita mahu beli itu.

Sekian.  Sampai berjumpa lagi (entah bilalah agaknya tu)..

ibundo

Friday, May 18, 2012

Rozel kembali mengganas

Roza Pedrosa menghubungi aku di fb bertanya kabar dan bertanya sama ada aku memerlukan pembantu sambilan. Dia mengatakan yang dia bekerja cuma 4 hari seminggu dan 3 hari adalah hari kosong yang dia tidak melakukan apa-apa.  Aku balas mengatakan akan aku hubungi dia kalau aku perlukannya.

Ingat lagi pada Ros?  Pembantu rumah aku dulu yang aku terpaksa hantar balik ke indon kerana fomema tak lulus. Tak lulus hanya kerana aku beri dia minum ubat batuk untuk mengurangkan batuknya, betul-betul sebelum dia membuat medical check up. Rupanya ubat batuk itu mengandungi kadar dadah yang tinggi.

Tak lama dia berada di indon.  Dia datang balik ke sini tetapi bekerja di kilang. Rasanya sudah setahun lebih juga dia di sini dan pernah sekali datang ke rumah aku semasa hari raya lepas.
Ros atau nama glemernya Roza Pedrosa.  Siapa menyangka yang mereka juga tidak lepas daripada berFB.

Aku teringatkan Ros@Roza kerana nama itu begitu hampir dengan nama Rozel ku.
Ya.. Rozel aku yang tengah mengamuk sakan di belakang rumah.  Ingin aku perkenalkan?  Sila...




Inilah rozelku. Hasil pungutan hari ini. Ia akan direbus untuk diambil jusnya dan hampasnya akan dibuat jem.  Jem rozel.



Air rozel 3 layer. Teramatlah nyaman untuk tekak yang kehausan semasa cuaca panas begini.
Mungkin juga akan ku buat muffin rozel? Atau bingka Rozel? Atau kaswi rozel?

Sekian.

ibundo








Wednesday, May 16, 2012

Pakcik Lawak

Semasa aku menulis n3 ini aku tergelak sengsorang.  Tergelak sungguh. Apa yang lucu sangat?  Nantilah kejap lagi aku cakap.

Sebenarnya aku tengah mencari post lama aku mengenai hari guru. Aku nak menulislah sikit tentang hari guru dan supaya cerita aku tidak bertindan dengan cerita yang pernah aku tulis, aku korek balik n3 lama.  Bila susah nak cari, aku cari melalui pakcik gugel. Tapi benda lain yang aku jumpa.

Aku tak tahu pun selama ni yang pakcik gugel boleh translatekan n3 kita ke bahasa inggeris. Haha.. ni yang aku tergelak ni.  Aku suruh dia translatekan cerita aku mengenai kuala nerang kena serang. Korang bacalah sendiri lepas tu pandai-pandailah sama ada nak tergelak ke tidak.



Hah .. surprised by the title?
It is today Sunday, May 13 Kuala Nerang have to attack.
Pikirlah right, Kuala Nerang great about the town of Kuala Pilah I came suddenly people flocked from all over malaysia ni. It jams the car. Jam with people. Pass on my rice restaurants shops already exhausted because I toke enough budget.

Not yet in stores, shops toke I rushed to the front. Sorry aunt ..
takdak rice. Habih teghuih!

Laa ..
How I can run out?

Do not know it.
Oghang mai ni haghi ghamai enough. Look nu .. I could even dak table kemaih.
Ms. tried there, my pi.
Back there, there is another eatery.

We then terhegeh-hegeh in the car while looking for another restaurant I began to krukk krakk stomach krukk krakk.

Kuala Nerang be attacked until the rice is finished.

Luckily, we found that rice eatery unfinished again.
That I lived an eccentric-eccentric. Able to eat a plate of chicken rice. Although in my heart speak the chicken rice that I cook now.

How can the original creation Kuala Nerang was I attacked.


My youngest brother is the very want to take interest in aviation engineering.
That there is ofer uni course I MIAT KL. People say the best in malaysia. Really? He was the beg. He paid for everything themselves accept our current offer at Mecca haritu.

Waiting time result haritu she says want to take aerospace engineering.
I think both about the same I is coat. Which he said he was interested. Offer for matriculation in penang, rejected. Offer a foundation for the UIA was rejected. When asked to:
Ala ..
later for matriculation when in U who knows what the course will be shared.
UIA computer science courses I offer.
Do not want it ..

We then follow what he doth interest.

Brother must follow the foundation of one year at the College Mara Kuala Nerang.
(Register only 500. Food and drinks for all the living relatives to bear).

So today we set off from New York Saturday.
Up to Alor Star stay in Sri Malaysia. That good luck may the room. Call to reserve your time, living room one reminder again. See .. alor star until I termuntah with people who want to go and attack Kuala Nerang which is only 30 km away.

Yesterday, Sunday, May 13th a violent assault incident began at eight in the morning came the afternoon.
Tired advanced college attack, was rushed to attack the town and eateries. I was ready to attack clothing stores for a pair of sister forgot Malay shirt, side and skull cap.

While shaking hands and hugging when I go home, I was choked that every effort I had been hiding.
Sad because I had to break away with her. Is not never left the other children at the hostel but I s the impact of the youngest son of another little coat ...

Thank you.
Oooopss .. will wince. There is a little more. Annotated time through on the way back, I will looking Lahuma fields and Jeha. I saw only the rubber tree. Perhaps the children of six Jena Lahuma and the person has moved sat in kuala lumpur.



Serlamat hari guru kepada insan yang bergelar guru.  Selamat hari guru kepada staff aku yang bergelar guru walaupun kita hanyalah guru tadika yang tidak glemer walau sedikit pun.

Assalammualaikum.

ibundo


Monday, May 14, 2012

Kuala Nerang kena Serang

Hah.. terkejut dengan tajuk?
Memang semalam ahad 13 Mei Kuala Nerang kena serang. Pikirlah kan, kuala nerang yang besar lebih kurang sebesar pekan kuala pilah tu tiba-tiba orang datang berpusu-pusu dari segenap pelusuk malaysia ni. Ia jem dengan kereta.  Jem dengan orang. Sampaikan nasi kat restoren pun habis sebab toke kedai tak bajet cukup-cukup.

Belum masuk kedai lagi, toke kedai dah meluru ke depan. Maaf cik.. nasi takdak.  Habih teghuih!!

Laa.. macamana boleh habis?

Tak tau la. Oghang mai cukup ghamai haghi ni. Tengok nu.. meja pun dak sempat nak kemaih.
Cik cuba pi kat sana tu. Belakang sana tu ada lagi kedai makan.

Kami pun terhegeh-hegeh masuk kereta semula cari kedai makan lain sedangkan perut dah mula krukk krakk krukk krakk.
Kuala Nerang kena serang sampai nasi habis.
Nasib baik kami jumpa kedai makan yang nasi belum habis lagi.  Itupun dah tinggal sipi-sipi. Dapatlah makan nasi ayam sepinggan seorang. Walaupun dalam hati aku berkata-kata yang nasi ayam yang aku masak lagi sedap.

Macamana pula asal kejadiannya kuala nerang ni diserang.

Anak bongsu aku si adik memang minat sangat nak ambil aviation engineering. Yang ada ofer course ni MIAT uni KL. Orang kata the best di malaysia. Betul ke? Dia sendiri yang mohon.  Dia sendiri yang uruskan bayaran menerima tawaran semasa kami di mekah haritu.

Masa menunggu result haritu dia cakap nak ambil aerospace engineering. Rasanya dua-dua ni lebih kurang sama lah kot. Yang jelasnya dia memang minat.  Tawaran buat matrikulasi di penang, ditolaknya.  Tawaran buat foundation di UIA pun ditolaknya. Bila ditanya:
Ala.. nanti buat matrikulasi bila masuk U entah apa kursus yang dibagi.
UIA tu tawarkan kursus computer science.  Taknak la..

Maka kami pun ikut sajalah apa yang dia minat.
Adik kena ikut foundation satu tahun di Kolej Mara Kuala Nerang. (Register cuma 500.  Makan minum tempat tinggal semua mara tanggung).

Jadi, hari sabtu kami bertolak dari bangi.  Sampai Alor Star menginap di Sri Malaysia. Itupun nasib baik dapat bilik.  Masa call untuk booking, bilik tinggal satu je lagi. See.. sampai alor star dah termuntah dengan orang yang nak pergi menyerang kuala nerang yang hanya 30 km saja jauhnya.

Semalam, ahad 13 Mei berlakulah peristiwa penyerangan bermula jam lapan pagi sampailah tengahari. Penat menyerang kolej mara, berpusu-pusu pula menyerang pekan dan kedai-kedai makan. Aku siap menyerang kedai baju sebab adik terlupa bawa sepasang baju melayu, samping dan songkok. 

Semasa bersalaman dan berpelukan ketika aku nak balik, aku terasa sebak yang sedaya upaya aku sorokkan. Sedih sebab aku terpaksa berpisah jauh dengan adik.  Bukan tak pernah tinggalkan anak-anak lain di asrama tapi penangan anak bongsu ni lain sikit kot...

Sekian.  Oooopss.. nanti kejap.  Ada sikit lagi.  Semasa melalui Padang Terap on the way balik, aku tercari-cari akan sawah Lahuma dan Jeha.  Yang aku nampak cuma pokok getah. Agaknya anak-anak Lahuma dan Jeha yang enam orang itu sudah berpindah duduk di kuala lumpur.

Sekian.

ibundo


Saturday, May 12, 2012

Tesco yang tak customer friendly

Dah lama tak cerita pasal tesco. Seperti biasa aku ni tiap-tiap minggu tak mis pergi menghabiskan duit kat tesco. Tiap minggu beli barang dua troli. Telinga dah  lali mendengar pertanyaan:
berniaga ke?
stok sebulan ke?
Selalunya aku selamba jawab yang famili aku besar. Anak cucu aku ramai nak bagi makan. Sebab tak ada sebabnya aku nak explain panjang-panjang yang aku ada ramai anak taska dan tadika yang aku juga nak bagi makan.

Cerita aku sebenarnya bukan pasal ini. Tapi pasal milo dua kg yang aku beli. Apa yang kepoh sangat dengan milo dua kg ni. Ha..ni lah yang aku nak cerita.

Bila sampai kat kaunter bayaran, budak yang jaga kaunter tu cakap:
cik.. milo ni ada free gift. Dapat mancis sekotak.

Dalam hati aku, ape ke jadahnya aku nak buat dengan mancis. So aku tanya balik.
Mancis?
Haah cik . Ada kat rak tengah tu ha.. Sambil dia menunjukkan ke arah rak biskutbiskut.
Dan barulah aku faham yang mancis yang dimaksudkan itu ialah sejenis biskut.

Kalau acik nak,cik kena ambik kat situ. Kata budak tu lagi.

Korang nampak tak. Kat sini je dah ada sesuatu yang tak betul. Aku ni yang memang sedikit tak megheti tentang jenama biskut ni pergilah ke rak yang ditunjukkan tapi datang balik ke kaunter dengan tangan kosong sebab memang sebenarnya aku tak kenal. Kirin yang ada bersama aku sudah mula membebel-bebel marahkan tesco.

Datang seorang pekerja yang berpangkat sikit. Agaknya lah. Budak jaga kaunter minta dia tolong ambilkan biskut mancis. Aku tak salahkan yang jsga kaunter sebab dia memang tak boleh tinggalkan kaunter dia. Orang lainlah yang perlu tolong kan. Pekerja yang berpangkat sikit, agaknyalah, datang dengan biskut sebeban di tangan. Dia bagi sebungkua pada budak jaga  kaunter.

Nah! buat contoh. Dia cakap.
Dan aku kata, bagilah saya sebungkus.
Dengan penuh lagak dia menjawab, pergi ambil sendiri di rak.

Tak mendidih kau?

Aku tengok contoh biskut. Tertulis Munchys kot. So, berdasarkan contoh aku pergi cari. Aku bukanlah hadap sangst nakkan biskut tu tapi dah memang hak aku kan.

Dipendekkan cerita aku pergi komplen kat customer  service. Budak ysng konon sda pangkat sikit kena panggil  dan terhegeh hegeh nak tegakkan benang basah. Aku cakap tak payah cakap. Dengar saya  nak cakap. Awak tu tak customer  friendly.

Dan dengan itu aku isi borang komplen.
Bukankah sepatutnya:
Free gift diletakkan di customer service supaya customer cuma bawa resit dan ambil?

Macam sia-sia je aku belanja dua troli tisp minggu dan dapat treatment macam tu.

p/s aku rasa banyak spelling error ni. Aku taip guna tablet. Dan malas nak cek spelling debab cursor aku asek hilang je.


ibundo

Tuesday, May 8, 2012

Cucu Nenda

Sampai di Bandara Adi Sucipto aku terima sms; air dah pecah.

Flight aku pukul 9 pagi waktu Jogja, 10 pagi waktu malaysia. Penerbangan mengambil masa 2 setengah jam. Mengikut perkiraan, sampai lcct pukul 12 setengah. Sepanjang-panjang perjalanan di udara itu aku terpaksa offkan henfon. Dan di dalam hati tidak berhenti-henti aku berdoa semuga semuanya selamat.

Sebaik menjejakkan kaki di bumi tercinta kira-kira pukul 12.35, aku hidupkan henfon aku dan menghubungi ayah faris bertanya kabar.
Dah enam cm, katanya.

Ohh.. mak dah sampai.  InsyaAllah lepas asar mak ke sana.

Rupa-rupanya orang baru sudah tidak sabar-sabar mahu melihat dunia. Baru beberapa minit sampai ke  rumah aku, henfon aku berbunyi;
Alhamdulillah, sudah selamat melahirkan.  Berat baby 3.48 kilo.




Inilah adik Faris.
Bertambahlah lagi ahli keluarga aku.
Faris jeles? Kadang-kadang jeles, kadang-kadang tak.  Tapi aku cuak jugaklah takut kalau-kalau dilepuknya si adik tu.

ibundo


Saturday, May 5, 2012

Hujan..hangus..gajah..whatever

Saja nak buat short n3.
Yang
Kat Jogja tengah hujan sekarang ni. Dari petang tadi hujan. On the way balik dari guung merapi tadi dah hujan.

Tak dapat nak tunjuk gambar gunung merapi sebab puncaknya tertutup dek awan tebal. Tapi bau belerang memenuhi ruang di kaki gunung. Aku melihat kesan-kesan letupan gunung merapi duantahun lepas. Pokok-pokok banyak yang hangus tinggal batang yang rentung sahaja.

Gambar di atas tu sepatutnya aku letak kat sini tapi pakai tablet ni aku tak pandai nak adjust. Biaq pi la no..



Mana cursor ni. Susah betul aku nak cari. Gambar yang ni dah cerita dah cerita lain. semalam kitorang makan nasi goreng gajah mada. Tu gambar nasinya. Hasben aku tanys pelayan tu, gajahnya mana. Budak tu jawab, gsjahnya belum disembelih pak!..

Ish.. aku dah give up nak nulis.  Asek terkial-kial mencari cursor je. okay bye..

ibundo.

Thursday, May 3, 2012

Tong Oren

Kalau ke Mekah aku dan hasben suka beli tong air macam tong air zamzam di masjidil haram tu. Aku ada beli satu tong yang sama besar macam yang ada dalam masjid. Tapi warnanya oren.  Warna tong air zamzam tu tak ada dijual.  Pergilah mana-mana pun.  Yang ada warna oren.

Tong besar tu aku beli beberapa tahun dulu.  Bagus tong tu.  Banyak gunanya.  Kalau diisi dengan air batu, sejuknya akan tahan lama.  Lama sangat. Aku selalu gunakan masa kenduri kendara.  Aku selalu gunakan masa sukan tadika juga buat air batu untuk diorang minum.

Dua tahun lepas, pada hari sukan tadika, hasben aku masukkan tong oren itu bersama dengan peralatan sukan ke dalam STORM yang hasben aku pinjam daripada kawannya.  Nak dijadikan cerita, semasa aku mahu menyusun-nyusun peralatan sukan dan juga peralatan lain aku dapati ada di antara barang-barang yang tidak ada di padang padahal semuanya sudah dimasukkan ke dalam STORM.  Tong air itu juga tidak ada.  Aku tanya hasben aku dia cakap  entah.. mana pulak perginya.

Bila Imah dan Kirin datang ke padang dia mendapatkan aku dan berkata;
Mak.. tadi kitorang nampak ada tong oren tergolek tepi jalan.  Tong sapalah agaknya ek.  Sama pulak tu macam tong kita...

Aku yang dah menggelabah sebab alat sukan banyak yang tak ada dan tengah rasa nak menangis sebab sukan dah nak start, terus meluru ke hasben aku.
Bang!! Barang-barang kita cicir ke

Iye agaknya.  Abang memang tak tutup pintu belakang tu sebab tak boleh tutup.  Barang penuh.

Aku terus heret hasben aku masuk dalam kereta dan pergi cari balik kat jalan yang kami lalu tadi.  Memang betul pun. Alat sukan aku kat sini satu plastik, kat satu satu plastik, kat sinun satu plastik.  Tong oren tu pulak elok tegak tepi jalan.  Agaknya ada insan marhaen yang tolong ketepikan ke pinggir jalan.

Begitulah ceritanya.  Alhamdulillah sukan aku berjalan dengan lancar. Dan air batu dalam tong oren tu tetap sejuk..

Tahun-tahun selepas aku beli tong oren yang gedabak itu, aku ada beli beberapa yang sederhana besar pula. Lama  aku guna sehinggalah plastik dalamnya meleding. Aku pun tak faham kenapa dia boleh jadi seperti itu.  Mungkin sebab kadang-kadang isi air batu, kadang-kadang isi air panas.  Sekejap dia kembang sekejap dia kenyut sampaikan dia dah tak tahu mana satu nak ikut. Oleh sebab tak boleh pakai lagi, aku buang.  Jangan salah paham.  Tong oren yang gedabak yang tergolek tepi jalan tu masih bagus sampai sekarang.

Umrah baru ni hasben aku tanya nak beli tong air tak. Aku kata kalau dia sponsor, belilah.  Semasa aku shopping kat supermarket di safwa tower, aku ternampak tong air berwarna oren dengan saiz yang aku pekenan.  Cukup mengisi air minuman untuk duapuluh orang atau lebih sikit minum. Aku beli.  Hasben aku bayar. Dan aku bungkus cantik-cantik dengan beg plastik yang harganya sepuluh riyal. Di sekeliling tong itu aku letak baju-baju busuk bekas umrah. Aku ikat dengan tali dan di luarnya aku letak alamat dan nombor telefon. Malangnya bila sampai di madinah, tong air itu entah kemana lesapnya. Hilang ghaib tak tahu kemana pergi.  Aku dah pasrah yang sememangnya baju-baju (baju umrah sekarang ni mahal weh), kain ihram dan tong oren itu tidak mahu ikut kami balik ke malaysia.

Sehinggalah aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang seminggu selepas kami balik. Dia mengatakan beg/tong aku yang hilang itu ada di klia dan dia akan membawanya ke opis andalusia supaya aku mengambilnya di opis andalusia saja.  Alhamdulillah.  Memang dia masih rezki kami.

Maknanya, kali ini aku pergi umrah aku bawa balik dua tong oren.  Oleh sebab menyangka tong yang aku beli di mekah itu dah hilang, aku beli satu lagi di bin dawood ketika kami berada di Madinah.

Nota: lain kali aku ambil gambar tong oren ini.

Sekian.

ibundo

Tuesday, May 1, 2012

Makan untuk tambah tenaga yang hilang

Sebelum pergi aku beritahu imah dan kirin;
Nanti kat mekah selera kita sedaaapppp je.

Memang pun. Lepas subuh, lapar.  Pukul 10 lepas umrah, lapar. Lepas zohor lapar.  Nanti kang asar, lapar. Lepas isya' lagilah lapar. Diaorang berdua merungut-rungut sebab asek makan.  Kononnya takut gemuk.

Tapi aku kata, di mekah ni kita banyak guna tenaga. Hari-hari tenaga dikerah. Dari pagi sampai ke malam. Imagine la, duduk di hotel yang jauhnya lebih kurang 200 meter lebih. Dari hotel ke perkarangan masjid mahu makan sepuluh minit. Puas kaki menghayun dan peluh juga tidak boleh disukat banyak mana mencurahnya terutamanya kalau berjalan masa mahu bersolat zohor atau asar. Itu baru sampai ke kaki masjid. Dari situ ke tempat nak sembahyang jaraknya ditambah lima minit lagi.  Kalau kami memilih untuk bersolat di safa/marwah, jaraknya dari kaki masjid ke sana semacam sama dari hotel ke kaki masjid.

Itu baru satu hala untuk sembahyang satu waktu. Pergi balik dah dua kali ganda. Kalau lima waktu, darab je lah.  Itu pun tak termasuk buat umrah satu kali setiap hari. Kadang-kadang kami pillih untuk duduk di masjid saja dari asar sampai ke isyak untuk jimat tenaga dan lenguh kaki.

Jadi, kalau banyak makan pun memang tak heran. Makan untuk ganti tenaga yang banyak keluar. Rasanya tak sempatlah budak-budak tu nak gemuk pun.

Imah dan kirin tak habis-habis mencari kebab. Kali akhir aku bawa mereka ke mekah, mereka masih lagi bersekolah. Masa itu  mekah masih ada kedai-kedai dua riyalen, gerai-gerai di tepi jalan yang beratap di mana di celah-celahnya terdapat kedai-kedai makan menjual kebab dan roti canai. Roti kebab yang dirasa pada masa itulah yang mereka ingat. Tersangatlah sedap mengikut tekak anak sekolah.

Kedai makan seperti itu sekarang sangat susah untuk kami cari di sekitar masjidil haram. Kedai makan yang menjual roti canai dan ayam golek semasa ramadhan tempoh hari pun sudah dirobohkan. Dan kami sebenarnya terlalu penat untuk merayau-rayau mencari. Keinginan aku untuk makan ayam golek juga terpaksa dilupakan kerana ia tidak kelihatan pun di mana-mana.

Kami membeli kebab di kedai ini yang mengikut imah tidak sama dengan kebab yang dia makan dulu. Di sebelah kedai ini terdapat satu lagi kedai yang menjual 'chicken broast'. Satu set mengandungi ayam 4 pieces dan fries berharga 12 riyal. Kami beli set 8 pieces yang berharga 24 riyal untuk dimakan 4 orang. Sedap. Ayam gorengnya lebih sedap daripada ayam kfc.




Andalusia menyediakan makanan di dewan makan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ustaz yang ada di situ semasa jemaah menjamu selera selalu berkata;  Makan kalau sedap boleh tambah.  Kalau tak sedap diam sahaja.  Kami pilih untuk diam.



Setiap hari berulang alik ke masjid, kami akan lalui jalan ini. Jalan bersebelahan safwa tower yang menempatkan jam besar, hotel berbintang-bintang dan shopping complex. Kami selalu singgah di sini membeli nasi briyani arab. Satu set boleh makan dua orang sebab nasinya memang tersangat banyak.  Pertama kali kami membelinya semasa perut memang tengah lapar giler. Kami beli 4 set, satu set seorang.  Oleh kerana kedai tidak menyediakan kerusi untuk kami duduk, kami cari satu port yang tidak ramai orang lalu lalang dan membentang saprah (selalunya kedai yang jual nasi briyani ini menyediakan alas plastik untuk dijadikan lapik makanan). Lawak betul. Terlupa pula untuk mengambil gambar sebab masing-masing yang kebuluran hanya ingat makan saja.  Sudahnya yang habis cuma dua set setengah.  Selebihnya kami bawa balik ke bilik.

Oleh kerana imah batuk, kami tak makan aiskrim takut memburukkan keadaan batuknya. Di hotel hilton bersebelahan safwa tower ada kedai menjual baskin robin.  Aku cuma jengah dari jauh sahaja. Tapi dalam hati sebelum pulang ke malaysia kami mesti pekena aiskrim sekali. Kami makan aiskrim semasa di madinah. Masing-masing kemaruk walaupun batuk kelengkang kelengkung. Masa ni semua orang dah batuk tapi oleh sebab umrah sudah selesai dan kalau nak batuk pun dah-nak-balik, kami makan je lah aiskrim dengan nikmatnya.

Makanan yang paling aku nanti-nantikan ialah nasi briyani di wadi kudait semasa dalam perjalanan ke madinah dan dari madinah ke jeddah. Memang power.



Sekian.


ibundo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...