Minggu lepas aku dan anak-anak murid membuat jalur gemilang kemudian melekatkannya pada sebatang straw. Anak-anak mengibarkan jalur gemilang sambil terjerit-jerit penuh semangat
MENDEKA!
MENDEKA!
MENDEKA!
Laungan itu disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu sudirman. Mereka sudah hafal liriknya.
Hari ini 31 August, anak-anak muridku mungkin sedang melaungkannya bersama keluarga. Dan aku... masih di D503 menemani adik yang semakin pulih dan pulih. Alhamdulillah.
Aku benar-benar merasa Merdeka. Merdeka daripada perasaan gusar. Merdeka daripada kerisauan. Kerana menurut doktor tahap kuman dalam darah adik sudah turun. Kalau besok turun bawah 10,000, adik sudah boleh balik.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
kakpah
Followers
jom klik
Tuesday, August 31, 2010
Sunday, August 29, 2010
Satu Hari Daripada Hari-hari Yang Tidak Dapat Dilupakan
sekadar catatan untuk diri sendiri.
Semalam, Sabtu 28 August bersamaan dengan 18 hari puasa, adalah salah satu daripada hari-hari biasaku pada hujung minggu. Itulah tanggapan aku.
Dan semalam aku terlebih rajin. Aku mengemaskan rak-rak buku yang berabuk, memilih buku dan bahan yang sudah perlu dibuang dan mengalihkan file cabinet ke tempat yang lebih sedap mata memandang. Kesudahannya aku melepek kepenatan sedangkan jam baru merangkak ke angka dua belas tengahari.
Persediaan untuk berbuka menjadi ala kadar kerana kepenatan melampau. Siti merebus nasi impit berlaukkan ayam masak padang yang masih berbaki daripada berbuka hari sebelumnya. Kemudian di tambah sedikit dengan sayur masak lodeh dan imah membeli sate semasa dalam perjalanan balik dari Gombak.
Adik aku lihat seperti biasa. Selepas subuh dia tidur semula dan bangun mandi ketika aku sedang sibuk berkemas. Kemudian aku lihat dia menghadap laptop, menghadap tv dan juga menghadap buku kerana masih berada dalam minggu ujian.
Adik pening lagi dik?, aku bertanya kerana tiga hari lepas dia mengadu kepalanya berat. Memang dia ada terbatuk-batuk dan sedikit selsema. Hari Jumaat suami membawanya ke klinik kerana suhu badannya tinggi dan dia balik berbekalkan ubat-ubat yang dimakan selepas berbuka dan juga semasa bersahur.
Sikit-sikit je, jawabnya.
Adik memang tidak banyak kerenah. Perangainya tidak suka menyusahkan orang dan dia jarang kali kudengar mengeluh melainkan kalau sakitnya sudah tidak dapat dibendung. Aku lekapkan tapak tanganku di dahinya, di lehernya, di lengannya, memang tidak ada tanda-tanda yang dia masih demam.
Sebelah petang, setelah selesai tugasku di dapur, aku naik ke bilik meluruskan badan di atas katil. Dari bilikku aku dengar anak-anak tengah sibuk masuk ke bilik air seorang demi seorang. Aku perhatikan jam dinding menunjuk ke angka 6:30 petang. Dan sambil berbaring-baring aku menekan butang remote satu lepas satu.
Tiba-tiba kedengaran kecoh di ruang tv di luar bilik aku. Kakngah menjerit-jerit memanggil Man. Imah ku dengar keluar dari bilik dan Man dan Imah terjerit-jerit memanggil suami aku yang sedang mengaji di bawah. Aku meluru ke luar.
Aku lihat adik sudah terkapai-kapai dan matanya terbeliak ke atas. Suami aku memangku adik dan menepuk-nepuk mukanya supaya dia sedar.
Ambil air... ambil air... Imah meluru masuk ke bilik air.
Ambil air minum.. ambil air minum.. Man meluru ke bawah mengambil air minum
Jirus air kat kepala... Jirus.
Lagi... lagi...
Adik.. adik... bangun... bangun... suami menepuk-nepuk lagi pipinya
Adik.. adik...
Adik... adik..
Adik.... adik...
Adik membuka mata tapi pandangannya kosong.
Minum air ni, suami menuangkan sedikit air ke dalam mulutnya. Adik meneguk beberapa teguk dan selebihnya meleleh membasahi bajunya yang telah sedia lencun.
Kemudian dia mengerang kesakitan dan tangannya menunjuk-nunjuk ke arah kakinya. Aku letakkan tangan di betisnya dan dapat merasa musclenya tegang.
Tolak tapak kaki ke atas... Picit-picit betis dan peha.
Aku menolak hujung tapak kakinya ke atas. Siti memicit. Man memicit. Imah memicit. Abah memicit. Kami semua benar-benar cemas dan gabra.
Adik makan kurma ni sikit, dan adik membuka mulutnya sedikit.
Ambil air manis. Air apa ada?
Milo.
Pergi ambil milo.
Man turun ambil milo tapi naik dengan sedikit tersengeh-sengeh.
Man dah terminum sikit. Man nak tau manis ke tidak. Terminum pulak.
(Pandailah kau Man nak buat lawak dalam situasi macam ni.)
Kita bawak hospital, kata suami. Suami mencari nombor telefon Pantai MC dan meminta ambulans datang mengambil adik.
Kami tidak sedar masa berjalan sehingga ke waktu berbuka puasa. Siti membawa naik semua makanan yang terhidang di atas meja ke tingkat atas dan kami semua berbuka dengan menjamah ala-ala kadar bersama adik yang masih tidak berapa sedar.
Ambulans datang siap dengan paramedik. Waktu sudah jam lapan lebih sikit. Lengan adik dicucuk dengan jarum untuk memasukkan air dan adik di angkat terus ke dalam ambulans, terus ke wad imejensi. Di dalam ambulans adik diberi oksigen dan dia masih di antara sedar dengan tidak. Di pertengahan perjalanan, adik termuntah hampir semangkuk penuh.
Melalui pengalaman lalu, Pantai MC cekap dan pantas menangani masalah pesakit. Sampai saja di sana doktor bertugas sudah sedia menunggu. Doktor bertanyakan itu ini. Aku jawab begitu begini.
Kena ambil blood sample.
Nurse membelek tusukan jarum di lengan adik. Sudah hampir tercabut. Mungkin sebab adik lasak dah resah semasa dalam ambulans. Lengan adik di sebelah kanan pula di tusuk. Adik mengadui. Sample darah di ambil. Dapat setabung. Tetapi untuk tabung berikutnya darah sudah tidak menitis lagi.
Darah pekat ni. Dehydrate. Saya kena ambil darah kat tangan kiri.
Pelipatan tangan kiri adik pula ditusuk jarum tajam. Ngilunya tertusuk ke jantung aku.
Aku lihat adik resah di pembaringan. Katil kecil wad emegensi itu nampak tidak selesa untuk badan besar adik. Sekejap adik mengereng ke kanan. Sekejap adik mengereng ke kiri. Sekejap tangannya dinaikkan ke kepala. Sekejap di letak di atas perut.
Mak, kenapa adik kat hospital ni, tanyanya. Memang sah dia tidak sedar apa yang berlaku padanya.
Oleh kerana ini pertama kali adik diserang seizure, doktor menyarankan adik dikenakan membuat Ct scan. Tujuannya untuk mengetahui sekiranya ada apa-apa yang tak kena melibatkan otak. Adik dibawa untuk Ct scan.
Kemudian doktor datang kembali, mengatakan imbasan otak tidak menunjukkan sebarang kecederaan tetapi nanti doktor neuro akan memberitahu lebih lanjut. Aku mengangguk-angguk.
Aku begitu trauma untuk bercakap banyak.
Kemudian doktor datang lagi.
Kandungan kuman dalam darah terlalu tinggi. Kami belum tahu kuman apa. Kami start dengan antibiotic tapi belum tentu antibiotic ini sesuai untuk kuman ini. Kita ambil darah lagi untuk determine kuman apa.
Aku angguk. Suami sudah naik menunggu di wad.
Kami kena masukkan dia ke ICU. Di sana kami boleh pantau dia dengan lebih baik.
Mendengar ICU aku bertambah gambra. Ya Allah.. janganlah anak aku apa-apa.
Kami risaukan meningitis..
Ya Allah.. janganlah. Kau panjangkan umur anakku. Itu yang terpikir dalam kepala aku ketika itu. Aku menelefon suami. Tidak diangkat. Aku menelefon imah.
Ayah mana.
Solat.
Adik kena masuk ICU. Nanti bagitau ayah.
Hah?.. okay..okay..
Adik kemudian di sorong ke ICU. Nurse menyuruh aku dan suami menunggu di ruang menunggu. Di situ sudah ada kirin, imah, man dan wati kawan kirin. Tidak lama kemudian ada pembantu memanggil dan suami aku masuk. Agak lama juga.
Apabila keluar, suami menerangkan:
Doktor neuro bagitau otak kita ni tiap hari keluarkan fluid. Dia risau sekiranya fluid ini bertakung dalam otak. Kalau itu berlaku doktor terpaksa ambil air tulang sumsum. Dia akan buat segera. Tetapi untuk tahu samaada ada air bertakung atau tidak, dia cek tengkuk. Kalau tengkuk stiff, maknanya kena buat masa tu jugak. Doktor cek, tengkuk ada lembut. Doktor tengok xray pun, clear. Cuma dia on kan antibiotik yang ada ni. Tengok sesuai ke tidak.
Kata-kata suami aku itu banyak membantu menenangkan aku. Aku risaukan darah tinggi aku jugak sebab aku tidak boleh merasa tension. Darah tinggi aku akan naik mendadak.
Pada jam hampir pukul dua belas, aku turun ke surau menunaikan solat isyak dan aku kehilangan satu solat sunat tarawikh pada malam tadi. Sekembalinya aku ke ruang menunggu suami mengatakan yang doktor datang berjumpa dengannya. Keadaan adik stabil dan kami boleh pulang. Aku keberatan untuk pulang tetapi oleh kerana aku tidak membawa bekalan medication aku, aku terpaksa juga pulang. Imah dan Man menunggu di sana.
Hari ini Ahad 29 August.
Kami berkampung di bilik menunggu. Tadi aku masuk ke dalam wad. Adik sudah boleh bercakap-cakap dan mengatakan lapar.
Tolong doakan supaya anakku Ahmad Izzuddin sembuh seperti sediakala.

Friday, August 27, 2010
TASBIH KIFARAH
Satu hari aku melihat Aishah berbisik ke telinga Intan Maisarah. Sok sek sok sek tidak tahu apa butir yang diperkatakan. Rakan-rakan semeja memerhatikan mereka dengan penuh curiousity lantas mengundang Hajar untuk mengadu;
Ummu!!! tengok Aishah ni. Dia berbisikkk...
Hajar berkata dengan nada keanak-anakannya.
Aku menegur sikap Aishah dengan mengatakan adalah tidak baik berbisik-bisik apabila ada orang lain di sekeliling kita. Kalau hendak memberitahu sesuatu, katakan dengan suara yang boleh didengar oleh orang lain.
H'aa.. padan muka. Dah kena marah dengan ummu, kata Hajar puas hati.
Sebenarnya aku tak marah pun. Cuma memberi nasihat.
Pada hari yang lain kedengaran Hajar berkata pada Ainis;
Awak nak tauuu.. tadi kan..Damia kan.. kita nak pinjam pemadam dia... tapi kan.. dia tak bagiiiii..
Awak tak usah kawan dia ek....
Lantas aku pun menyampuk;
H'a... kecik kecik dah pandai nak gosip. Ni bulan puasa ni , jangan mengata orang. Berdosa. Buat kerja tu.
Mereka terus diam.
Nanti malaikat Atid tulis pangkah besar-besar kan ummu kan? Sampuk Haziq.
Kalau anak-anak kecil apabila berkumpul boleh mengeluarkan kata-kata atau melakukan perbuatan yang kurang baik, apatah lagi bila kita orang dewasa ini berkumpul sesama kita. Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang kita tuturkan atau lakukan itu ada salah silapnya. Oleh itu alangkah baiknya kita memohon ampun dan taubat daripada Allah sebelum kita meninggalkan majlis atau perhimpunan.
Kami guru-guru dan murid-murid Aulad menjadikan Tasbih Kifarah sebagai antara doa-doa kami setelah selesai sesi pengajaran/pembelajaran setiap hari dan di sambung dengan surah wal asr. Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa kami sepanjang waktu pengajaran kami dan juga dosa-dosa anak murid kami sepanjang waktu pembelajaran mereka.
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau)
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.kakpah
Wednesday, August 25, 2010
karipap gardenia
Salam.
Dua hari lepas aku menyuruh kirin membeli roti untuk aku buat croutons yang nak dimasukkan ke dalam caeser salad aku. Kirin membeli satu buku panjang roti gardenia. Aku cuma pakai beberapa keping saja dan selebihnya tersadai di dapur. Dalam bulan puasa ni roti sandwich gardenia tak berapa laku di rumah aku.
Kemudian, semasa aku menonton tv acara masak-masak chef-apakenamanya-aku-dah-lupa, membuat karipap pakai roti high 5. Aku mengambil idea itu dan kebetulan pula inti sotong sumbat aku ada berlebihan. Aku mahu berkongsi idea ini dengan sesiapa yang sudi. Sekiranya belum ada idea nak buat kuih apa untuk berbuka petang ni, bolehlah cuba karipap gardenia ini.

Barang yang diperlukan cuma roti gardenia atau high 5 dan inti karipap. Inti karipap ni ikut citarasa anda. Kalau suka daging sama kentang, buatlah daging sama kentang. Kalau suka sardin, buatlah sardin. Kalau suka ayam, buatlah inti ayam. Pandai-pandailah.
Mula-mula ambil sekeping roti dan gelek dengan rolling pin sampai nipis dan mampat. Buang kelilingnya. Oops lupa nak cakap. Sebelum tu bancuh sesudu tepung dengan sedikit air menjadi adunan yang pekat tapi jangan pekat sangat.

Kemudian sapu bancuhan tepung tadi di tepi sekeliling roti. Gunanya seperti gam untuk melekatkan roti itu bila dicantumkan.

Bubuh intinya. Jangan banyak sangat nanti meleleh ke tepi dan roti tak boleh melekat.
Cantumkan seperti ini:

Dan tekan tepinya dengan garpu untuk securekan lipatan:

Dan goreng.

Sodap!!!!!!!

Tuesday, August 24, 2010
Jus Kurma air Zamzam
Zam zam alakazam..
Mentera magik yang selalu dimainkan anak-anak. Mentera ini mengingatkan aku pada cerita ali baba bujang lapuk bahagian p.ramlee dan aziz satar mahu membuka pintu gua. Aku hafal mentera itu sejak kecil hinggalah masuk u tetapi tidak mengetahui maknanya. Sehinggalah lecturer bahasa jawa aku memberitahu maknanya. Sejak itu setiap kali menontonnya aku pasti akan ketawa terkekek-kekek apatah lagi bila si sudin yang merapu meraban mencuba membuka pintu gua tak dapat-dapat.
Aku rasa pelawak tiga orang ini tidak ada penggantinya.
Minggu lepas aku mendapat panggilan telefon dari sepupu aku Zam di Trengganu. Mula-mula aku tertanya-tanya juga kenapa dia menelefon aku tetapi hanya saja-saja bertanya kabar. Zam ini anaknya ramai macam aku juga dan anak-anaknya alhamdulillah semua pandai-pandai dan berjawatan baik-baik. Hidupnya juga aku lihat sudah berubah. Anak-anak sudah boleh membantu. Dia adalah antara sepupu aku yang rajin mencari saudara. Kalau dia ke kl sudah pasti dia akan singgah ke rumah saudara maranya di sebelah sini.
Tertingat juga aku kepada kawan sekelas aku semasa di tingkatan 4 sehingga tingkatan 6 di JB dulu. Zamharirah namanya. Dua tiga bulan yang lepas aku rasa aku melihat kelibatnya di tesco. Oleh kerana aku sudah berada di kaunter bayaran dan hari pun sudah lewat petang, aku terpaksa menahan diri daripada mengejarnya. Selepas itu aku berharap-harap akan terserempak dengannya lagi. Nampaknya nasib belum menyebelahi aku. Mungkinkah dia tinggal di daerah kajang?
Mereka yang bernasib baik menjejakkan kaki di Madinah dan Mekah tentu tahu akan kenikmatan air zamzam. Rugi kalau tidak mengambil kesempatan meminum air zamzam sepuas-puasnya ketika di sana.

Dulu, dalam masjid Haram berhampiran dengan kaabah terdapat tangga menuju ke bawah ke telaga zamzam. Aku sempat melihat telaga itu walaupun sudah di kepung konkrit tinggi. Di situ ada pancuran air untuk mandi bagi sesiapa yang mahu mandi. Aku tidak melepaskan peluang bersiram air zamzam walaupun memakai baju dan telekung kerana pakaian yang basah akan mengering dengan begitu cepat di bawah cuaca panas Mekah.
Kemudian, air pancur itu sudah tidak ada lagi. Yang ada cuma deretan sinki dan pancutan air paip untuk para jemaah mengambil airnya untuk diminum. Ada juga yang menggunakannya untuk mengambil wudhu. Sekiranya batal wudhu ketika tawaf atau solat, ramai jemaah akan turun ke tempat perigi zamzam itu. Bagi jemaah wanita, tempat itu selesa untuk berwudhu kerana jauh dari mata lelaki.
Kemudian beberapa tahun lepas tempat itu sudah di tutup dan dijadikan dataran.
Aku dan suami telah menjadikan satu habit membawa sebotol kecil air zamzam mengelilingi kaabah ketika kami tawaf. Air zamzam itu kemudiannya kami masukkan ke dalam bekas air besar. Kami buat begitu sehinggalah bekas air itu penuh. Air ini kami bawa balik ke malaysia dan kami gunakan sedikit-sedikit bila perlu. Sekiranya ada anak-anak yang sakit pening atau untuk menghilangkan darah gemuruh atau untuk menenangkan fikiran atau apa-apa sajalah, dengan izin Allah ia membantu.
Semasa mengerjakan haji tahun lepas kami mengisi air zamzam tawaf ini ke dalam bekas air 10L tetapi tidak dapat membawanya balik ke tanah air kerana tidak dibenarkan oleh pihak pekej. Kami meninggalkannya pada sahabat kami Abu Ahmad seorang arab Mekah untuk menguruskannya. Alhamdulillah dua bulan yang lepas air zamzam itu sampai ke rumah.
Aku dan suami mempunyai azam untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan tetapi azam kami masih terhalang kerana sebab-sebab pekerjaan dan anak-anak. Kami berdoa supaya azam kami tercapai satu masa nanti.

Saturday, August 21, 2010
Yang sakit
Satu petang semasa aku di tingkatan enam, kami enam sekawan duduk-duduk di tepi tebing menghadap ke jalan larkin. Kami duduk membelakangkan bangunan sekolah. Tujuan kami duduk di situ ialah untuk mengulangkaji secara santai tetapi lebih ke arah berbual-bual kosong.
Kemudian lalu seorang lelaki berjalan kaki. Sambil berjalan sambil dia memandang ke arah kami. Dia berjalan lambat-lambat sambil tersengeh-sengeh macam orang tidak betul. Tiba-tiba dia berhenti, memusingkan badannya menghadap kami dan melondehkan seluarnya. Kami menjerit terpekik terlolong dan lari lintang pukang.
Banyak tahun yang lalu ketika farah masih di sekolah menengah, kejadian yang sama berlaku. Ketika itu dia sedang menggunakan public phone dan tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang dengan gila meroyannya membuka zip seluar dan menunjukkan benda alah yang tak sepatutnya. Farah pulang dengan tergigil-gigil.
Beberapa hari yang lalu emak Tariq menghantar sms mengatakan Tariq bercerita si Haikal melondehkan seluarnya di depan budak2 lain di kelas. Tariq dan Haikal dalam kelas aku. Aku sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi dan aku agak mesti perkara itu terjadi semasa cikgu bertugas diluar. Ada dua orang guru bertugas di dalam bangunan sekolah sebelum loceng berbunyi dan oleh kerana ruang di dalam berbilik-bilik, mungkin perbuatan Haikal terlepas pandang.
Haikal! Betul ke haikal buka seluar depan kawan-kawan.
Dia senyap dan tunduk.
Betul ke haikal buka seluar semalam, aku tanya pada yang lain.
Betul ummu.
Habis tu kamu semua tengok?
Taakkkk! Kitorang tutup mata.
Aku membebel-bebel depan kelas dekat setengah jam. Aku kaitkan dengan malaikat Roqib dan Atid yang mencatatkan kebaikan dan kejahatan. Apa saja kesalahan dan kejahatan yang dibuat akan ditulis oleh malaikat Atid. Kalau perbuatan itu salah Atid akan pangkah besar-besar dan aku gariskan tanda X besar-besar di udara.
Mungkin anak ini tidak tahu kenapa perbuatan itu salah dan tugas kamilah untuk membetulkannya. Aku juga berharap supaya ibu dan bapanya juga sama-sama membentuk anak ini menjadi anak yang soleh dan bijak pandai sebab aku kadang-kadang terasa penatnya asyik menyebut namanya dari pagi sampai balik sekolah.
Hati aku masih berbuku bila membaca berita mayat bayi yang dipercayai didera ditinggalkan di perhentian bas. Juga berbuku apabila seorang bapa dan dua orang abang sanggup merogol anak/adik mereka yang kudung sebelah tangan.
Di manakah letaknya akal dan keperimanusiaan.

Thursday, August 19, 2010
KLASIK
Guk ugai
pang alang
ambil air
asah parang
buat apa parang
ambil buluh
buat apa buluh
kait bulan
Kedengaran abah aku menyanyikan puisi lama turun temurun ini semasa dia bermain-main dengan faris. Abah duduk di kerusi dan faris didudukkan di hujung kaki abah yang dilunjurkan. Abah mengangkat kedua kakinya seolah jongkang jongket. Abah mengulang-ulang puisi tersebut dan faris tersenyum lebar keseronokan.
Banyak puisi 'kampung' yang klasik dan tidak dibukukan. Mungkin anda juga ada puisi klasik yang hanya anda saja yang mengetahuinya?

Ini projek hari raya kirin dan imah. CHOC CHIPS COOKIES. Nampaknya banyak juga mereka dapat oder. Ada sesiapa yang berminat? RM27.00 untuk 50 biji. Kalau minat bolehlah oder. Aku tolong ambil oder je. Membuatnya aku tak masuk campur. Hari raya ni pun malas nak buat biskut. Beli pun malas.
Salam

Sunday, August 15, 2010
Ya Ampun
Salam ramadhan kelima.
Jam baru pukul enam tapi aku dah selesai masak. Hari ahad macam ni ada banyak masa untuk rehat-rehat dan masak pun tidaklah kelamkabut macam hari sekolah.
Buat barbeque semalam ada ayam yang berlebih. Tidak baik membazir-bazir dan lebihan ayam itu aku potong-potong jadikan inti pie.

Bila dah masukkan ke dalam pie crust, masih ada inti yang berlebih. Aku jadikan shepard pie.

Dan menu utama hari ini ialah laksa nyonya tapi pakai mee kuning.

Selamat berbuka puasa. Maaf sebab tayang gambar (hehe)

Saturday, August 14, 2010
Api yang menjilat daging
Tengok api ni teringat pada api neraka.
Kalau kayu dan batu menangis takut dijadikan bahan bakar api neraka, apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal fikiran. Kepada yang saja-saja meninggalkan puasa tu, takut takutlah pada api yang mengganas.
Petang tadi anak-anak sibuk membuat barbeque untuk berbuka. Aku sudah menyiapkan nasi lemak dua periuk. Satu bewarna hijau dan satu lagi nasi lemak biasa. Masak rendang kerang tiga kilo. Biasalah kalau beli kerang ni. Dua kilo tu berat kulit saja. Isi dapatlah seciput. Sambal, siti yang masak sebab kaki aku dah tegang sebab berlama-lamaan bersilat di dapur.
Aktiviti hari ni penuh sejak pagi. Pukul lapan lebih sikit aku dah terpacak di pintu tesco. Harini 'no plastic bag's day'. Aku bawak 4 raga besar siap2 dari rumah. Balik rumah terus buat puding cendol yang memang telah dirancang sejak semalam.
Kemudian aku tengok dalam peti ais ada whipping cream, ada lebihan fruit cocktail, ada lebihan cincau juga. Tengok dalam almari ada pulak tepung kastad dan agar-agar pun ada sikit. Lebur semua dalam periuk, buat dua warna, maka jadilah:
Sebelum maghrib, adik beradik dan anak buah sudah mula datang. Berbuka ramai-ramai memang seronok. Seronok berebut-rebut. Tapi bos sudah sound dulu; azan berbuka dengan kurma dan minum air saja. Makan kuih sikit. Lepas tu maghrib. Lepas maghrib baru makan-makan sampai puas.
Ni gambar masa berbuka. Ada satu grup lagi yang tua-tua kat bawah. Acara makan tak ada gambar sebab kamerawoman pun sebok makan.
kakpah
Friday, August 13, 2010
CUTI PUASA
Salam.
Kecik dulu kalau terserempak dengan emak yang misalnya sedang bertenggong atas pengukur kelapa sambil menatang sepinggan nasi dan dengan kusyuknya memasukkan nasi itu ke dalam mulut, aku akan berlari mendapatkan abah.
Abah..abah... omak tak poso
dan abah akan jawab
Omak kau tolupo lah tu..
Logik aku ketika itu belum sampai ke tahap kalau-terlupa-kenapa-makan-dengan-nasi-sepinggan -penuh-dengan-lauk-pauk-bagai. Aku terima jawapan abah seadanya sehinggalah aku faham kenapa emak tidak berpuasa beberapa hari dalam bulan ramadhan.
Satu ketika semasa aku berumur sembilan belas tahun, aku membantu maklang membuat biskut raya di rumahnya di damansara height. Anaknya yang belum baligh ada sama membantu. Bau biskut yang harum semerbak memenuhi ruang dapur dan tengahari yang rembang menambahkan rasa lapar di perut yang sememangnya sedang lapar. Aku mengambil sebiji dan mengatakan pada anaknya yang aku akan makan biskut itu.
Kalau berani kaklang makanlah..(dalam famili aku dipanggil kaklang)
Dan aku memasukkannya ke dalam mulut.
Mama!!!.. kaklang tak puasa.
Dan maklang cuma tersengih.
Apabila telah berkeluarga dan anak-anak telah ramai dan sudah mula belajar-belajar berpuasa, aku akan makan menyorok-nyorok supaya mereka tidak nampak. Tetapi ada juga sekali sekala terkantoi dan anak yang lelaki berlari mengadu pada ayahnya.
Lama kelamaan apabila melihat anak-anak letih loyak terutamanya bila pulang dari sekolah dan dalam masa yang sama aku tidak boleh berpuasa, datang satu perasaan sayu dan serba salah. Anak-anak letih dan lapar. Aku sedap-sedap memenuhkan tembolok. Sejak itu kalau aku tidak berpuasa, aku akan hanya minum air sahaja dan sama-sama berlapar dengan mereka.

Perempuan diberi kelebihan ini. Diberi cuti beberapa hari di dalam bulan Ramadhan dan kadang-kadang diberi cuti lebih daripada beberapa hari seperti yang sedang dialami oleh lilies yang telah selamat melahirkan bos keciknya. Tapi cuti kami cuti berganti.
Dan ada kaum adam yang iri hati terhadap kelebihan orang perempuan. Sanggup mereka tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini. Kesiannya.
Berpuasa. Letih. Mengantuk. Biasalah.
Semalam, semasa melayan rasa mengantuk di dalam kelas, aku menyandarkan kepala ke rak buku di belakangku sambil memejamkan mata. Aku tahu, berpasang-pasang mata tengah memerhatikan aku.
ei..ei.. ummu tidurlah.
Ummu pening kepala tu. Ummu puasa.
Terima kasih anak-anak kerana memahami ummu kalian...hahaha..
Selamat berbuka puasa.

Tuesday, August 10, 2010
Tiba Jua Akhirnya
Monday, August 9, 2010
Air lam bosi. Potik topi tongah monyalo... ........ Kok tau jawab.
Salam.
Pagi ini basah dan lembap.
Aku terasa sejuk.
Teringat zaman kanak-kanak ketika tiada air mengalir di dalam besi. Pagi-pagi ketika mandi untuk bersiap-siap ke sekolah, pasti aku akan mencangkung dahulu di depan perigi memerhatikan air yang pastinya sejuk hingga masuk ke tulang som-som.
Kadang-kadang aku hanya mencucukkan jari jemari ke dalam air dan menenyehnya kepada dua biji mata sahaja. Celup lagi jari jemari dan mengusapnya ke rambut. Gosok gigi pun tidak.
Dah mandi?
Dah!!!
.
.
.
.
.
Haih!!!!... malasnya nak ke tadika pagi ni. Penat kenduri bakso semalam belum reda.

Sunday, August 8, 2010
Tetamu
Salam.
Semalam semasa melayan tetamu istimewa ini, loceng gate berbunyi. Aku keluar menjenguk dan ada seorang lelaki tercegat di depan gate.
Prof suruh datang ambil cek.
Baru aku teringat sampul surat yang terlekat di peti ais yang diletakkan suami sebelum dia bergerak ke melaka. Untuk kesahihan, aku bertanyakan namanya dan dia menjawab;
Romainoor
Dan dengan sepontan pula aku bertanya;
Ummi Kalthum tak datang sama ke
Aku lihat senyumnya melebar hingga ke tepi telinga.
.
.
.
Aku teringatkan:
Latipah Omar - kawan satu universiti
Sarimah - bekas staff aku
P.Ramli - bapa kepada staff aku
A. Romzi - kawan satu universiti
Normadiah - kawan ingat-ingat lupa
Kepada tetamu istimewa aku, terima kasih kerana deliver pentol sampai ke rumah. I lap u. (Malu sebenarnya bila dipanggil akak sebab aku 22 tahun lebih tua daripada kamu).
Harini kenduri bakso hehe..

Friday, August 6, 2010
Yang Memerlukan
STICKY POST.
SILA KE BAWAH UNTUK N3 TERKINI
Dia datang pada satu petang yang lembap. Sepatunya hanya sebelah dan sambil membetulkan kayu penupang yang terselit di celah kedua ketiaknya dia memberi salam sambil menawarkan senyuman. Mataku meneliti keseluruhan dia. Kelihatan titis renyai mula membasahi tudung dan mukanya.
Aku mempersilakannya melangkah melalui pintu pagar yang aku buka dan mula meminjamkan telinga untuk keluh kesah yang keluar dari mulut yang tak berhenti tersenyum itu.
Saya kemalangan kak. Kaki saya terpaksa dipotong. Saya perlukan duit untuk kaki palsu.
Begitulah dan begitulah dan begitulah seterusnya. Dia meninggalkan aku dengan ucapan terima kasih dan doa.
Selang beberapa bulan selepas itu dia datang lagi. Cuma kali ini aku melihat ada sepasang sepatu yang menyarung kakinya dan kayu penupangnya juga sudah tinggal satu. Yang masih ada ialah keluh kesahnya.
Begitulah juga beberapa kali lagi selepas itu.
Sabtu lepas semasa menyelak helaian akhbar yang dibeli abah mata aku terpaku kepada tajuk ' wanita dipotong kaki rayu bantu pembedahan anak'. Aku meneliti gambar perempuan itu dan untuk mensahihkan rasa hatiku, aku menelefonnya menggunakan nombor telefon yang tertera. Memang sah. Itu dia.

Perempuan ini diduga lagi apabila anak bongsunya mengidap sakit jantung tersumbat dan memerlukan wang untuk pembedahan.
Kita mungkin tidak kaya raya tetapi ada lagi orang yang tidak kaya daripada kita. Sempena menyambut bulan ramadhan ini mungkin kita boleh sedekahkan seberapa yang kita mampu kepada orang yang memerlukan seperti perempuan bernama Noridawati Hussin ini. Hubungi dia melalui 017-6357791 atau derma terus menerusi akaun maybank 112308004966.

Thursday, August 5, 2010
Ketuk dan Lempang
Salam.
Satu hari aku melihat Faris mengambil remote astro dan menghalakannya ke tv. Bila tiada gambar yang keluar, dia mengetuk-ngetuk remote ke atas tapak tangannya yang sebelah lagi. Dihalakannya ke tv semula. Bila tiada juga gambar yang keluar dia mengetuk-ngetuk remote itu di atas lantai. Aku menegurnya.
Aku bertanya pada emaknya akan perihal itu. Emaknya mengatakan remote astro di rumahnya buat hal. Kadang-kadang elok dan kadang-kadang tak elok. Apabila tiba angin remote tu tak elok, maka diketuk-ketuklah akan dia. Adakalanya di ketuk di tapak tangan. Ada kalanya diketuk di atas lantai. Tanpa disedari sikecil yang melihat telah merakam apa yang dilihatnya itu di dalam otak.
Siapa yang memulakan teori ketuk mengetuk ini tidaklah aku ketahui. Tetapi ia telah berlaku sejak aku kecil lagi. Aku melihat abah mengetuk-ngetuk radio sekiranya suara di corong radio keluar di antara hendak tidak hendak. Aku melihat abang aku mengetuk-ngetuk jam tangannya di atas meja apabila jarum jam tidak bergerak. Aku juga melihat ,dan pernah juga melakukanya, mengetuk tv dengan tapak tangan apabila gambar tidak terang.
Anehnya, alat yang rosak itu baik dan pulih seketika apabila dia diperlakukan sedemikian.
Beberapa bulan kebelakangan ini vitara aku sering keluar masuk workshop. Pada suatu hari ia tidak boleh dihidupkan. Suami memanggil pomen ke rumah. Sesuatu yang aku anggap kelakar tahap antarabangsa berlaku. Pomen itu berjalan ke tepi vitara dan melempang body kereta itu betul-betul di tangki petrol. Dia masuk ke dalam kereta dan cuba menghidupkannya. Taraaa!!!..
Enjin kereta mengaum.
Pada aku perbuatan mengetuk, melempang, menyepak benda-benda atau alat yang rosak adalah lebih menjahanamkan daripada memulihkannya.
Ooooopss... kenapa agaknya ya, apabila kita tersilap perkiraan atau terlupa kita selalu melempang dahi kita?
p/s Semalam aku baru beli remote astro. Yang ada ni dah terbarai dihempas dek Faris.

Tuesday, August 3, 2010
WHYS and BECAUSES
Salam.
The 'whys' to your acts always lead to the 'becauses' and when you cannot find the perfect 'because' that suits your doings, you will invent one. So, our life is full of the 'whys' and the 'becauses'.
For instant, when your teacher asked for your homework that you hadnt done, you would probably say;
ah.. forgot to bring la teacher...
The real thing is you purposedly 'forget' to bring the book. You didnt care how lame your excuses were as long you had your reasons. During my time, we were told to stand on our chairs for the whole period if we gave such excuses.
Why do yo put this photo when it has
no connection to the things
that you're bebeling here
because
I just want to put it
Our days are filled with chores and errands apart from the job that we are attached to. We will be amazed if we manage to get them all done. Most frequently the things that we are supposed to do are left unattended for reasons that we create.
Why havent you filled up the forms. I gave it to you months ago.
Havent got the time
What have you been doing
I work. I cook for the family. I babysit my granchild.
Reasons. Excuses. No matter how lame your 'becauses' are you have to have them. You have to have your reasons to conceal the fact that you spend the extra time you have, on bed watching your favourite sitcoms or sittting unguiltily infront of your laptop browsing recipes for you ramadhan's menus.
Actually, I am trying to give you reasons for not updating my blog.
Will busy and tired do?

Subscribe to:
Comments (Atom)